Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah 1433H


Assalamualaikum... Alhamdullilah, sudah seminggu memulakan tugas sebagai pelatih praktikum...semuanya berjalan dengan baik dengan izin Allah...

amani nak buat entry ringkas je sebab ada lagi kerja yang harus diutamakan, maafkan amani sebab jarang blogwalking kat blog kawan-kawan... huhu..thanks untuk yang setia datang ke Bicara Amani...

tadi sempat juga dengar tazkirah maghrib sementara tunggu waktu Isyak... tazkirah ustaz hari ni citer tentang penghijrahan Nabi (ustaz cakap nabi hijrah 12 rabiulawal)..kalau ada salah betulkan yee... tapi yang melekat dalam hati amani ialah, bagaimana hebatnya perancangan Nabi untuk berhijrah... harus amani ambil pengajaran daripada kisah Nabi ini, kerana orang yang berjaya ialah orang yang mengkaji sejarah...

niat sudah amani tekadkan, langkah sudah mula diaturkan, walau kadang-kadang dalam tatih ini, amani tersadung, terjatuh, luka... tapi harus bangun dan terus melangkah ke depan.... hijrah dan impian amani, perlu amani sediakan dengan perancangan dan kesediaan yang rapi, supaya tiada masalah yang akan timbul..

tapi dalam sejarah Hijrah Nabi, bagaimana hebatnya perancangan Nabi, ada juga orang Qurais yang dapat mengesan Nabi dan ingin membunuhnya... jadi amani fikir, bagaimana hebatnya perancangan kta sebagai manusia, hebat lagi perancangan Allah dalam mengaturkan segalanya untuk kita.. yang penting, harus cari hikmatun di dalamnya supata tiada rasa sedih dan kecewa,,,

thats All untuk hari ini, semoga mendapat sesuatu daripada Bicara Amani walau sedikit...jazakumulllahu Khaira kasiro sahabat-sahabat. jangan lupa,.. tingkatkan iman dalam seharian.. Assalamualaikum..

syukur Ya Allah kerana Engkau menunjukkan serta merta setiap persoalan dalam jiwaku... syukur Tuhanku

6 comments:

Cikgu Ma said...

mungkin ini cerita adat...

salam kenal...=)

jom baca =)
sambutan sekadar adat atau penghayatan???

IMANSHAH said...

Ya Tuhan kami yang Maha Esa,
Kau hadiahkan kami lagi 1 Muharram buat kali ke-1433, dalam nikmat Iman dan
Islam. Kami mohon ya Allah, bantulah kami menyempurnakan Islam kami dengan Iman yang benar-benar sahih. Semoga kami tak jatuh menduakan Engkau, dek kerana dilamun nikmat yang membutakan mata dan memekakkan telinga

Unknown said...

allah tidak akan kecewakan hamba yg ingin menghampirinya sekalipon hamba ittu bertatih

Pondok Usang said...

Salam Maal Hijrah dik..

ewanthology said...

salam maal hijrah

Unknown said...

salam maal hijrah amani..

tertarik dgn petikan ayat dlm entry ni..
sehebat manapun perancangan kita tetap takkan dpt melawan perancangan terbaik yg telah Allh tetapkan utk kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...