Tuesday, November 29, 2011

kisah hati 2


ya Tuhan...
aku rindukan dia ya Tuhan..
aku rindukan dia sangat2 di saat aku cemburu melihat sahabatku punya dia..
aku cemburu melihat sahabatku berbual dengannya di telefon..
berbicara tentang itu dan ini...
bercerita tentang pengalaman baru dalam meniti dewasa..
berbicara bahawa anaknya sedang belajar menjadi wanita solehah...
ya Allah, hatiku menangis kerana rindukan dia..

ya Hannan...
Engkau tahu walau aku tidak berbicara kan??
Engkau tahu walau puas aku sembunyikan perasaan dari pengetahuan yang lain...
Ya Tuhan.. temukan aku dengannya Ya Allah..
walau dalam mimpi aku sanggup ya Allah..
aku tersangat rindukan dia...
tersangat ya Allah...
gambarnya ku bawa tidur..
supaya bila aku ingin tidur, aku rasa dekat dengan dirinya..
bila aku terjaga, aku melihat dirinya ada disisiku,,,
ya Rahim... tidak kutahu bagaimana ingin kuluahkan rasa...

hanya Engkau mengetahui kerana aku tidak pandai berkata tentang rasa,,,
aku kekok meluahkan perasaanku...
aku malu berbicara bahawa aku sedih, aku kecewa, aku malu dan sebagainya...
Ya Allah...kutahu tiada yang dapat mengantikan dia dalam hidupku...
yang ku pinta temukan aku dengan insan yang boleh memahamiku walau aku tidak berbicara...
yang mengetahui bahawa aku menangis walau tidak mengeluarkan air mata...
yang memahami aku terasa dan kecewa..
yang boleh membuatkan aku dekat dengan dia yang telah pergi...
aminnn Ya Allah... Amin ya Rahman.. amin Ya Rahim...


Ya Tuhan...temukan aku dengan ibuku. kerana ku belum puas bersamanya. dia belum mendengar lagi aku bersuara bercerita tentang hidupku...
anak yang merindui ibu

10 comments:

CintaZulaikha said...

rindu juga pd arwah abah..

Hazwan Arif said...

knp ni amani....

Muslimin Ibnu Hassan said...

Jdkan pemergiannya penguat iman, jadikan kerinduan itu sbgai persembahan kita untuk dkt pd Allah, jadikan kesedihan itu sbgai muhasabah diri dan jadikan kesabaran utk bertemu sbgai matlamat yg akan dicapai nti.. InyaAllah.. Allahumma Ya Allah, kuatkan ati sahabatku ini agar dia mampu menghadapi ujian Mu ini. Bantulah sahabatku dan hancurkan org yg dengki dgn dia. Amin Ya Allah.

azwa amani said...

hazwan : takde ape la wan.. cuma rindu pada arwah mak yg tak mungkin terubat.. hanya Allah je pengikat kasih syg kami.. :)

Khairul Adam said...

slm..kuatkan semangat tau pn awin... apa2 pun buat yg terbaik praktikum yea :) :)

azwa amani said...

khairul adam : waalaikumsalam tuan kkhairul adam... huhu, sykran akhi, insyaAllah, semuanya akan baik2 je.. :)

Tukang Tulis said...

Sebuah luahan hati
Dari seorang anak
Untuk semua ibu
Ibu yang banyak berjasa
Dan khas
Buat umiku yang tercinta
Dengarlah
Sejak aku dilahirkan
Tak pernah henti kau berkorban
Mengajar ku menjadi insan
Yang berbudi punya pegangan
Kala ku tak mendengar kata
Tak pernah kau doa ku binasa
Cintamu terhebat di dunia
Tiada lagi yang sepertinya
Bagiku kau segalanya
Kau sentiasa dalam jiwa
Umi engkaulah ratuku
Permaisuri dalam kalbu
Ummiiii….Ummiii…..Ummii….Ummii
Khilaf antara kita lumrah
Buat ku sering rasa bersalah
Wahai umi ketahuilah
Kan ku terus melangkah gagah
Sejuta harapan ku bawa
Semangatmu tetap bersama
Sungguh kau tiada gantinya
Walau ku cari serata dunia
Umi engkaulah maharani
Senyum untukku sekali lagi
Usah bimbang wahai ummi
Andai jatuh ku bangun lagi
Ummiiii….Umiii…..Ummii….Ummiii
Mungkin engkau sangka aku
Tak peduli tak ambil tahu
Sedang aku teringat kan mu
Senyum tangis dalam rindu
Manis pahit legar di minda
Aku harap dikau percaya
Bahwa aku tetap setia
Doakanlah aku bahagia
Bahtera ini kan ku layar
Hidup ini terus mengajar
Wahai umi engkau penawar
Kau tetap nyalakan sinar
Ummi yaa lahnan a\\\'syaqohuwanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhuwa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ini janji ikrar anakmu
Berjuang betuli yang lalu
Daku ingin engkau tahu
Kan ku penuhi hasratmu
Walau hidup dengan caraku
Dibina dari petunjukmu
Usah kau bimbang dan pilu
Ku kenangmu dalam doaku
Rindu pasti terlerai nanti
Engkau kan tetap ku ingati
Andai ku tiada di sisi
Di hati tetap menemani
Ummiiii….Umiii…..Ummii….Ummiii

azwa amani said...

abg : huhuhu.. sedih sgt ni hah... hehehehe :)..blajar molek kat uia tu deh... :)

Shuq FaqaĊ£ said...

sentiasa tabahkan hatimu wahai adikku sayang.. hidup di dunia ini tak lama... insyaAllah akhirat yg kekal bertemu jua....

azwa amani said...

muslimin ibnu hassan : Aminn Ya Allah... kabulkanlah doa-doa orang yg mencintaiMU... TQ ibnuhassan sebab memberikan semangat untuk diri amani :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...