Tuesday, November 29, 2011

warkah buat yang tercinta


kadang-kadang amani terfikir...
bibir kata cintakan Dia..
tapi hati rasa seperti mendua..
kerana..kadang-kadang terleka dengan dunia
dek kerana iman masih seusia rebung...

lalu..bila tersedar dari leka yang merugikan
aku kembali ke jalan cintaNya..
ku sedar...seringkali aku khilaf seperti itu..
leka kemudian berpatah semula
lalai kemudia mencari Sang Pencipta...
acap kali

aduhhh Tuhan...
kurasa cinta kepadaMu belum kukuh
sekukuhnya cinta Rabiatul Adawiyah kepadaMu
kurasakan hatiku belum sempurna di'niqab'kan..
terlindung daripada cinta dunia

pesan seseorang yang bermakna dalam hidupku..
sewaktu aku bertanyakan pandangan darinya..
"sebelum meniqabkan wajahmu..
niqabkan dulu hatimu srikandi..
kerana Allah melihat pada hatimu bukan pada wajahmu.."

Ya Allah...
maafkan aku jika terkadang
aku tak sempurna mencintaiMu..
di dalam dadaku.ku harap
hanya cintaMU yang bertakhta





4 comments:

CintaZulaikha said...

like..:)

Faaein Talip Roy said...

yup.. penting untuk niqabkan hati dulu kan..

lama tak jengah sini.. moga amani baik2 aje yer.. ^^,

JIJI YU said...

takkan aku nak wat set induksi ceni..ehehe

Amy Syaquena said...

adik dah pakai niqab ke sekarang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...