Wednesday, November 2, 2011

kahwin muda..siapa taknak??


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Bicara Amani...selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat, semoga dengan berselawat kita memperoleh syafaat yang diimpikan di negeri akhirat kelak..aminnn...

tajuk kat atas nun macam tak percaya je tajuk entry amani..huhuhu..(gelak jap)..bukan apa, amani terbaca tentang pandangan orang terhadap isu kahwin muda di sini. muslimin ibnu hassan. masa baca entry tu baru selesai solat subuh... otak tengah fresh, tu yang tiba-tiba terberangan nak kahwin muda..opssss...bukanlah, amani fikir elok ke kahwin muda ni??? okeylah, pandangan amani pula ye, pandangan je tau, tak semestinya betul ataupun salah...


bagi amani, kalau diberikan pilihan untuk kahwin muda atau tidak, semestinya amani akan bagi jawapan..NAKKKKKKKKKK, siapa yang taknak kahwin kan..lagi-lagi bila umur dah masuk era 20-an... diantara faktor-faktor pemilihan untuk berkahwin awal..

1- dapat jaga hubungan. pertama sekali wajib kita lakukan sesuatu kerana Allah. semua niat disandarkan kerana Allah, so, kahwin muda ni pun kerana Allah. amani nak jaga hubungan dengan Allah, amani kalau boleh taknak bagi 'kekasih hati 'amani cemburu bila amani rindukan manusia lebih daripadaNya.. amani ternantikan panggilan/mesej daripada manusia daripada panggilan bersama denganNya... bila kita niatkan macam tu, insyaAllah Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia dengan cara yang halal...Alhamdullilah.. cintakan Allah, Allah pasti beri insan yang turut mencintaiNya...

2- dapat jaga nafsu. hah, banyak-banyak ciptaan Allah pada manusia, nafsulah yang paling susah untuk dikawal jika iman dan akal diletakkan di tempat yang paling bawah. sekarang banyak dah remaja yang hanyut dalam syurga ciptaan mereka, bersedudukan, berzina..Astaghfirullah...tapi kalau kahwin awal, semuanya itu pahala...tengok suami dengan penuh rasa cinta dapat pahala, sediakan makanan suami dapat pahala,..best ape kahwin awal..huhu nafsu terjaga,..

3- menjimatkan umur. kalau kahwin muda ni orang cakap " tak syok lah kahwin muda, belum puas hidup bujang".. tapi kalau amani pula, hidup berdua kan lebih seronok daripada hidup seorang... tahun hadapan bertiga, berempat, berlima, berenam...ber... ber.. ber.. jimat umur, nanti umur dah masuk 30-an dah takyah pikir pasal anak-anak lagi, boleh fikirkan tentang hal lain pula, contohnya nak pergi haji, nak tingkatkan amal ibadah... muka muda lagi, anak-anak dah besar panjang, nanti orang cakap macam adik beradik, best ape kahwin muda..


ehhh, tu je kot,.. dah takleh fikir sangat laa..pokoknya, bagi amani kalau jodoh dah ditetapkan untuk kahwin awal amani terima, yang penting boleh membawa kepada redha dan rahmat Allah..buat masa ni, amani fokus study dulu, belum masanya lagi dan rasanya masih jauh. melainkan Allah buka pintu hati tuk menerima sesiapa yang ajak kahwin.. :) okeyy,..entry ni macam ntah apa-apa je amani rasa. amani nak siap pergi library dulu.tesis menanti-nanti tu...daaa.. Assalamualaikum.semoga dalam lindungan kasih sayang Allah..

salah satu ciri lelaki idaman-berkaca mata and chinese look. :)... ketetapan jodoh telah ditetapkan, siapa sahaja diciptakan untuk bersamaku kelak, aku menerima dirimu seadanya, dan mengharap, engkau juga mampu menerimaku apa adanya... :)

6 comments:

Faaein Talip Roy said...

wah.. suka juga dengan lelaki berkaca mata dan Chinese look.. hehehe.. eh lagi tepat kalau ada iras2 rupa Korea.. adoiyai.. kuat saya berangan..

apa-apapun Amani.. semoga bahagia dengan pasangan kamu nanti hingga ke syurga.. ^^

kahwin awal.. siapa tak nak kan.. hehehe.. ;p

JIJI YU said...

hurm...kawin ni bukak pintu rezeki

Sekamar Rindu said...

salam..

tak ada salahnya berangan faaein..:))

erika nuris said...

insyaALLAH..betul3..setuju2...hehehe

Cahaya Muktamad Dengan Allah said...

Mestilah NAK!!!
Hehe amboi2... Semoga bertemu jodoh yang diidam-idamkan..^___^

Prof Rashidi said...

hahaha..betoi2..nnti awin nk kawin jgn lupa jemput tau...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...