Tuesday, November 1, 2011

tinta hati..


catatan dan penulisan ini bukan kerana nama
nama tidak menjaminkan Redha rabbuna
penulisan ini bukan kerana harta
lagilah harta tak menjamin ke syurga
bukan juga kerana terpaksa
memaksa itu bukan sifatnya Habibullah
ini bukan kerana sesiapa
kerana sesiapa bukan ghoyah utama
penulisan ini hanyalah kerana Allah
kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia
gerbang menuju jannah

ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta
berfikir sebelum bertindak
santun dalam berbicara
tenang ketika gundah
diam ketika emosi melanda
bersabar dalam setiap ujian

jadilah kami orang yang selembut Abu Bakar As-siddiq
sebijaksana Umar bin Khattab
sedermawan Uthman bin Affan
sepintar Ali bin Abi Thalib
sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid r.a
Amin ya rabbal'alamin


di dalam perjalanan di taman itu..aku terfikir sejenak tentang kehidupanku...lalu, ku nekadkan hatiku...azam telah ku pasakkan, tinggal untuk ku lunaskan saja. dan pastinya tak lama lagi....insyaAllah. Allah bersamaku...

6 comments:

JIJI YU said...

perbetulkan niat..

azwa amani said...

jiji : yupss..itulah maksud entry amani ni...perbaharui niat dalam setiap yg kita lakukan.. :)

delarocha said...

"aku menulis bukan kerna nama" - ramli sarip

IMANSHAH said...

berkongsi rasa dan citra

Amy Syaquena said...

akak dah terima no adik , nanti pape akak mesej ye , ni ada something untuk adik , nak tahu apa boleh lihat sini hehe...

http://www.sinarraudah.com/2011/11/nama-ku-di-tag-oleh-blogger-pu.html

Asrul "iLham" Sany said...

yg penting adalah kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri

:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...