Tuesday, March 8, 2011

kerana ALLAh ciptakan kita HEBAT

“kekuasaan mencerminkan kepercayaan yang diberikan seseorang kepada orang lain bagi melakukan sesuatu yang sudah disepakatkan bersama. Kekuasaan juga adalah cemin karakter seseorang semasa individu itu menjalankan kekuasaan yang diamanahkan kepadanya”

Kata-kata ini menguatkan diri cik amani sebagai seorang pemimpin di Kolej. Bukan senang untuk memimpin lebih 2000 penghuni. Bukan senang untuk membuat satu keputusan yang baik kepada lebih 2000 penguni di Kolej dan bukan senang untuk menjadikan diri model yang terbaik kepada 2000 orang penghuni di kolej. Dan bukan senang untuk senang dan bukan senang untuk segala-galanya….

Kadang-kadang ia menuntut 1001 pengorbanan, dan itulah mahar yang terpaksa kuberikan setelah menjawat jawatan sebagai exco kebajikan dan kemasyarakatan, jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kini, diriku sedang di ambang pintu keluar. Terdetik di hati naluri dan sanubari. Apakah yang telah aku laksanakan sejak aku menjadi JMK kolej???.....berjayakan aku menjalankan amanah yang telah diberikan kepadaku…terjagakah kebajikan-kebajikan penghuni di bawah pimpinanku…cukupkah ilmu-ilmu yang telah aku berikan kepada pengikut-pengikut dibawah ku????....Astahgfirullah….bagaimana kalau amanah ini tidak aku laksanakan sepenuhnya…

Bertapa beratnya amanah dibahuku ini……disaat Allah bertanya kepada gunung ganang untuk memegang amanah sebagai khalifah dibuminya, bergetar seluruh gunung ganang kerana takut akan amanah. Tetapi datuk kita NAbi Adam amat berani untuk menerima amanah ini untuk menjadi khalifah dibumi?...terfikirkah kita, mengapa gunung sangat takut sehingga menggigil seluruh tubuhnya, kerana amanah itu berat. Kerana kita bukan ciptaan sempurna yang selalu lupa pada janji-janji kepada tuhan untuk terus taat kepadaNya….untuk terus beribadah dengan menyembahNya….kerana itulah…..kita disini…kita berdiri sebagai khalifah yang membawa amanah untuk memakmurkan bumi yang milikNya…kita berdiri sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menyebarkan agamanya dengan berdakwah sebaiknya……tetapi, sejauh manakah kita melaksanakan amanah itu????....bila ditanya kelak, mampukah kita menjawab dengan pelbagai alasan????...fikir-fikirkan lahhhh…

Seorang lelaki bukan sahaja pemimpin sebuah Negara yang maju. ..seorang lelaki bukan sahaja pemimpin kepada makmum di dalam solat, seorang lelaki bukan sahaja pemimpim kepada isteri dan anak-anak….seorang lelaki bukan sahaja pemimpin kepada pengikut-pengikut di pejabat, yang paling penting, seorang lelaki adalah pemimpin kepada diri sendiri..begitu juga dengan wanita…pimpinlah diri kita untuk menjalankan amanah dengan sebaiknya…insyaAllah…

p/s : encik…..sekarang ni kita sama-sama JMK kolej….kalau awak terima jadi Ydp….awak pandai-pandailah bahagikan masa yerrrr….berjaya dalam pelajaran, berjaya jadi pemimpin yang hebat, berjaya menjadi anak yang soleh pada ummi, berjaya menjadi InsyaAllah suami yang hebat suatu hari nanti..dan yang penting menjadi hamba yang mulia lagi diberkati…aminnn ya rabb….dirimu sentiasa dalam doaku…insyaAllah..

5 comments:

Efa Nur said...

suka baca entri amani..:)
semoga dapat sama-sama menjalankan amanah dgn sebaiknya.. :)

azwa amani said...

efa : yeke...huhuhuhu...biase2 jerkkkk...efa pun boleh jadi pemimpin yang hebatkan...jalankan tanggungjawab dengan sebaiknyerr :)

Muslimin Ibnu Hassan said...

em insyaAllah, saya pun akan jadi lelaki yg menjalankan amanah sbgai hamba Allah, anak soleh dan khalifah di muka bumi yang baik. sama2 kita doakan. amin Ya Rabb..

azwa amani said...

efa : tq dear....yupss...jalankan amanah sebagai seorang hamba yg paling pentng..

azwa amani said...

encik Anugerah : aminn ya rabb... :) ur the good leader...isnyaAllah...Allah and me always beside u...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...