Friday, March 11, 2011

kusampaikan kepada semua...

as-salam semua....

cik amani tak sihat ......suara dah hilang dah....semoga Allah memberikan nikmat sihat..Aminnnnn...
cik amani tengah tengok video Japan Earthquake.....Ya Allah....bertapa besarnye kuasa Allah bila cik Amani tengok ombak tsunami tuuuu....bila cik amani tengok, pemikiran cik amani terus teringatkan hari kemusnahan nanti.....tsunami itu kecil sahaja.....tapi, cik Amani sangat takut melihatnya. Bagaimana pula dengan hari Pergulungan bumi nanti.....yA Allah..sesungguhnya kebesaran dan kebijaksanaanMU ada dimana-mana bagi orang-orang yang berfikir.........

teringat pada buku Armagedon 2012...hadis Rasullullah menyatakan bahawa, bumi ini akan musnah bila tiada lagi yang menyebut nama Allah.....tiada lagi yang berkata "bertaqwa lah kepada Allah..." sebabnye, kita balik semula kepada kisah nabi Adam, apabila Allah memerintahkan pokok, daun, langit dan semua mahluk hendaklah tunduk kepada Nabi Adam....makanya, semua mahluk tunduk melainkan syaitan....semua mahluk itu tunduk kerana manusia hidup dengan menyebut nama Allah, dan mereka akan memenuhi keprluaan manusia, seperti air, udara, makanan dan semua keperluan kita...semua kurniaan itu adalah kerana manusia masih mneyembah ALlah...kerana manusia masih beribadah kepada Allah..tapi bila saatnya tiada seorang pun yang menyebut nama Allah, makanya, habis sudahlah tugas mahluk-mahluk Allah seperti langit, gunung ganang bintang-bintang dan kesemua isi dunia untuk memenuhi segala keperluan manusia...

ketika itu hanya tinggal orang kafir, kerana Allah ingin menunjukkan bahawa apa yang dibawa oleh nabi itu benar, Allah itu benar, dan kata-katanya adalah Benar....dan Kiamat itu benar

sebelum perkara hari kehancuran ini terjadi...Allah akan mengurniakan satu lagi kelebihan kepada orang-orang yang beriman agar mereka tidak akan merasa seksanya hari Kiamat, iaitu Allah mengurniakan mereka satu angin lembut yang mematikan kesemua orang-orang yang beriman ...pada masa ini, ilmu pengetahuan moden belum dapat menganalisis tentang angin ini,,,bagaimana mungkin angin dapat membezakan orang yang beriman dengan yang kafir????

dengan kebijaksanaan Allah, angin yang dikurniakan ini akan meniup debu-debu..dan debu-debu ini berisi partikel-partikel virus yang berbahaya...dan debu-debu ini akan mematikan orang beriman sahaja......kita berbalik semula kepada cara hidup orang beriman yang dituntut oleh syariat, dengan amalan hidup ini lah yang dapat membezakan kita beriman atau tidak....ini lah perlindungan yang Allah kurniakan kepada muslim agar tidak merasa seksa hari Kiamat.

begitulah tanda kekuasaa Allah....dan tinggallah orang-orang kafir yang bersifat seperti pada zaman nabi dimana, mereka kembali menyembah Uzza dan latta...seks berleluasa disana sini seperti keldai........dan syirik kepada Allah...pada ketika itulah Allah akan menjadi hari Kiamat yang kita tidak tahu bila???...semoga kita semua terlindung dari Azab Allah...

jadinya, kita timbal balik ibadah kita.....sudah cukup atau belum????...dalam sehari, berapa banyak amal baik dan berapa banyak yang buruk kita lakukan...???..kita dapat menipu orang lain, tapi kita tak dapat menipu mahkamah Allah dan mahkamah hati sendiri...

fikir-fikirkan...

p/s : .....semoga semuanya sihat-sihat selalu dan sentiasa di bawah lindungan Allah....encik anugerah, terima kasih dengan kehadiranmu disisi....semoga Allah mempertemukan jodoh kita dengan akad..insyaAllah...semoga diberkati...aminnnn ya rAbb

8 comments:

ewanthology said...

sekali lagi peringatan diberi oleh-Nya

azwa amani said...

delarocha : yupsss...tapi. setiap hari kita diingatkan untuk beribadah... :)

Muslimin Ibnu Hassan said...

Subhanallah, hebat kuasa Allah. semoga kita smua trmasuk dlm golongan org yg beriman agar kita dimatikan oleh angin itu bukan mati oleh bencana yang maha dasyat. Amin..

azwa amani said...

encik Anugerah : aminnn ya rabb.. mati kita dengan iman dan Islam... insyaAllah..

Solihin Zubir said...

Sangat berdebar-debar tengok tsunami tu..
dunia semakin tua..
kiamat makin dekat..
Ya Allah.. Kuatkanlah iman kita semua..

azwa amani said...

solihin zubir : betull.sangat takut tengok bah tuuu....kita tidak punya banyak masa...perkuatankan iman...

Myra Jay said...

Peringatan untuk kita sedar dan bersedia kerana bumi sekarang dah semakin rapuh.. Sama2lah kita tgkatkan amalan untuk bertemuNya nanti:)

fRaMe+LenSeS said...

moga kita dapat amek peringatan ni untuk lagi kuat mendekatinya.. amin.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...