Monday, March 28, 2011

luasnya neraka Allah

Semalaman diriku ini tidak dapat tidur memikirkan tentang penyesalan terhadap dosa-dosa yang telah diri ini lakukan…sesungguhnya, aku masih lagi tidak bersyukur dengan nikmat iman dan Islam ini sehingga aku lupa untuk mengingati Tuhanku…Ya Allah, berilah perlindungan dari azab nerakamu kepada diriku, kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabt2ku, bakal suamiku, anak-anakku yang soleh dan solehah serta kaum muslimin dan muslimat. Berikan kami iman yang tetap, istiqamahkan hatiku dalam melakukan ibadah kepadaMU..aminn ya rabb…

Kesedihan ku bermula bila terbaca tentang kisah ini………..

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi
s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan
Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..

8 comments:

apdm said...

salam
sesekali kita mmg terleka. terima kasih di atas peringatan ini.

Muslimin Ibnu Hassan said...

Alhamdulillah blog ni menimbulkan peringatan kpd yg sdg terleka. kpd amani, truskan brdakwah melalui blog ini. setiap kali org bca, pahala akn disalurkan pd cik amani. teruskan menggapai cita2 mu untuk menjadi muslimah sejati pilihan Allah

Kak Amy said...

suka entri nie terima kasih peringatan ini ye dear..

qasehraihan said...

nice..sharing is caring..bagus dik..

azwa amani said...

sisisyra : mekasih sis.. :) kita saling ingat meningati...sebab fitrah manusia itu pelupa,..amani pun suka org ingatkan amani..

azwa amani said...

en.ammar : tq sebab support blog amani ni ...:) teruskan membaca dn memberikan komen...kalau nak tambah apa yg berkaitan pun dipersilakn... huhu :)

azwa amani said...

kak amy : mekasih kak syg.. :)

azwa amani said...

qasehraihan : suka nama akak...huhuhu :) mekasih kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...