Tuesday, March 22, 2011

politik Malaysia kotor....i hate this



PETALING JAYA 21 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.
Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau.


"Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada 'tweet' ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut” kata Anwar.


"Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,’ tambah Anwar.


Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan pagi tadi sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi.
Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
" Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi,"tegas Anwar.
Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih.
Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau


"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa(disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.


"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.


Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.


Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.


"Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,’ tegas Anwar.


Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik.


"Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik," jelas Presiden PkR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu.
Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

p/s : rakyat boleh fikir yg mana baik..dan yg mana buruk...nilai sendiri sikap pemimpin negara kita......dari segi didikan anak2 dan isteri kita boleh tengok....Allah akan membalas setiap perlakuan kita...

4 comments:

Unknown said...

lama sudah tidak komen blog nie..rindu sama ini blog,,,huhu memg kotor pon politik malau\ysia nie. mereka akan menghalalkn cara supaya pihak yg mereka rasa boleh mengugat mereka kaan tumpang.. pelik lh mereka nie.. politik semakin kotor dan menyebabkan ramai rakyat keliru dengan mana yg benar dan salah.. Ya Allah bglah petunjuk kepada rakyat malaysia maner yang benar dan salah supya pihk yg tertindas dpt menegakkan keadilan.. incya-Allah..

Unknown said...

i hate politic..

azwa amani said...

MH : i love politic :)

juliashalia said...

mokcik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...