kini ku sedang mendidik hati sendiri
"mencintai tidak bererti memiliki"
siapa berhak melunakkan hati selain Dia
mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima
segala kesudahan rasa
mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta
tiada jiwa terluka..tiada hati terseksa
kerana insan percaya
takdirNya terindah dari segala peristiwa
kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya
jodohnya manusia ada ditangannya
saudaraku tercinta
andai kehendak hati terhenti
percayalah, dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
cinta yang membuatkan mu tidak lena,
menjadikan harimu terganggu setiap masa
bukannya itu cinta yang diharapkan
itu hanya perasaan yang mengundang tekanan
redha dengan takdirNya
cinta sesungguhnya apabila kamu mencintai keranaNya
menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan
mensyukuri jodohmu walau bukan dengan insan idaman
asalkan dia mencintai Tuhan
kita akan terus mencintainya tanpa alasan
Redha dengan TakdirNya
10 comments:
aku berhenti bercinta untuk redhanya menanti masa yg dijanjikan tiba..saat ini aku dan si dia hanya mempersiapkan diri untuk tuhan yang maha kuasa..
apabila mula mencintai manusia, belajarlah untuk menerima kekecewaan. kerana manusia itu tiada yang sempurna dan kerana cinta manusia itu tidak sehebat cinta Allah.
:')
mencintai DIA.. pasti DIA membawa kita kepada orang-orang yang mencintai-Nya..
saya pula tengah belajar untuk redha dengan segala apa yang ditetapkan-Nya..
amani...mohon copy leh x? mungkin entry ni dapat menyedarkan org yg berstatus "ustaz" agar menerima, bahwa semuanya ketetapan Allah, kita hanya perlu ikut flow, dan tunggu masa yg sesuai. kdg2 kerana cinta, ustaz pun boleh jadi buta. xfaham.
-_- redha ...
gambor aku le..hehe..takkan nak taruk gambor abang engko lak
jiji : huhuhuhu..okey fine, ingtkan gambar sape mate sepet...lalalalala
nak curik gambar tu letak kt Tumblr..
curi lah solihin..hehee
Post a Comment