Bismillilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua sahabat Bicara Amani. semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. hari ini hari yang sangat meletihkan amani, rasa macam tak cukup tangan nak buat kerja. ada hikmahnya Allah bagi banyak kerja kat amani.supaya amani tak ingat pada masalah yang sedang amani hadapi. Ya Allah, lindungilah diriku, kerana hanya kepadaMU aku bermohon pertolongan. Aminnn...
amani selalu fikir, orang yang ikhlas itu adakah dia akan mengharapkan balasan? sebagai contoh, orang yang ikhlas bekerja, adakah dia akan mengharapkan agar bos menaikkan gaji dan naikkan jawatan? ermmm, selalu orang yang kaki bodek bos, selalu dapat benda-benda macam ni kan? adakah ini bermaksud orang yang ikhlas itu sentiasa ditindas... sebabnya orang tak nampak keikhlasan dia bekerja. yupss, sebab ikhlas itu tak nampak dan sukar dilihat, jadi orang sukar nak menilai. bila sukar nak menilai, orang tak tahu macam mana nak balas...macam tu ke sebenarnya..??
dalam kisah cinta pula, selalu kita dengar, kita sayang dia dengan ikhlas... tapi dalam hati kita, masih kita mengharapkan orang yang kita cintai itu membalas dengan jumlah cinta yang sama dengan apa yang kita berikan. kalau macam ni, adakah kita mencintainya dengan ikhlas?... kalau orang yang bercinta tu mungkin boleh faham kot. huhuhu..
next, dalam soal ibadah pula. kalau kita rasa kita solat dengan ikhlas, tapi kita masih mengharapkan agar Allah berikan pahala kepada kita. adakah itu masih dinamakan ikhlas??...
mudah bicara, ikhlas itu susah kita nak nampak. kita sendiri kadang-kadang tak tahu, samada hati kita ni ikhlas ke tak? ataupun mengharap untuk dapat sesuatu. kadang-kadang kita rasa kita ni dah ikhlas habis dah buat sesuatu, tapi ingatlah, bila kita mengharapkan untuk dibalas, dimana erti ikhlas itu? percayalah, Allah bekerja dalam cara yang paling misteri.. Allah akan membalas segala kebaikkan yang kita buat dalam bentuk yang lain. dalam bentuk dan cara yang tidak disangka-sangka...golden rule. what u give, u will get back. kalau kamu ikhlas, mungkin Allah tak balas dengan cara yang sama, mungkin dalam bentuk yang berbeza. contohnya, kamu sayang seseorang dengan ikhlas, sepenuh hati, tapi mungkin Allah takdirkan dia tak menyayangi kamu dengan sepenuh hati, tapi ada orang lain yang sayang kamu dengan ikhlas... kamu bekerja dengan baik, jujur, tak ponteng, tapi bos tetap tak naikkan gaji, dan tak naikkan pangkat.. tak mengapa,.. mungkin Allah balas dengan keluarga yang bahagia, rezeki yang sentiasa ada....faham tak??
analogi mudah...sewaktu jalanraya tengah sesak dan ternampak sebuah kereta ni tersilap lorong dan bagi signal nak masuk line kita.. dengan rasa ikhlas untuk membantu, kita bagi ruang untuk dia masuk.. keesokkan harinya pula, di jalan yang sama, waktu yang sama, kita pula tersalah lorong dan bagi signal nak masuk line.. agaknya, kereta yang kita tolong dulu kah yang akan bagi line? mustahil kan? mestilah orang lain yang ikhlas hatinya untuk membantu kita...
begitulah kerja Allah, sangat misteri. berbuatlah sesuatu pekerjaan dengan ikhlas, sayangilah sesiapa disekeliling dengan ikhlas. kalau dia tidak membalas itu tidak mengapa, percayalah bahawa Allah pasti menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita, kerena Allah bekerja dengan cara yang misteri... wallualam Bissawab.. Ma'assalamah. Assalamualaikum...
** p/s -ramai pula yang tanya amani nak nikah dah ke? huhuhu, niat hati tu nak nikah awal, tapi takde orang yang nak.. huhuhu :P
3 comments:
suke entry ni..menarik ahti..buat saya tersenyum..=)
ye amani..mmg sgt misteri .
jodoh belum sampai dik!doa yg terbaik ye
ikhlas.. menarik sangat!kekadang penah gak terpikay.. huhu.. trimekaseh share inf0 nie..
ziera d0akan cecepat dpt jd0h ye..
Post a Comment