Saturday, January 7, 2012

macam mana nak jadi baik??

Bismillahirahmannirrahim, Ya Allah, Aku bermohon dengan kekuasaanMu, jadikan hati-hati mereka yang membaca ini lembut dan memperoleh hidayah seperti mana yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMU yang soleh..Aminn

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat amani... :) harapnya hujung minggu ni semuanya bergembira walau ada ujian yang datang menempa. biasalah tu, disebalik musibah ada kesenangan... amani terbaca entry Nora Aniza tentang retorik orang malas solat kat sini

berdasarkan sebuah buku yang amani baca, kajian tidak rasmi menunjukkan 80% muslim tidak mengerjakan solat,.. fuhhh, ini kalau markah math kira tinggi juga ni kan...bagi amani peratusan yang sangat menakutkan. 20% sahaja yang solat, tolak solat main-main, solat kena paksa, solat tanpa menyentuh hati. agak-agaknya berapa peratus yang tinggal ye?? ...

errmmm, teringat pada seorang ustazah yang mendidik amani, katanya, kalau nak berkawan dengan orang tengok pada solatnya, jika sempurna solat, maka baiklah perwatakkannya...bila amani makin besar, makin matang, amani dapat lihat apa yang ustazah maksudkan dengan nasihatnya itu. orang yang solat kadang-kadang, memang hatinya mudah ke arah keburukan, berbanding dengan solatnya teratur, bacaan yang baik, dan penuh rukun fi'li, rukun qauli dan rukun qalbinya, mereka ini sangat luhur budi pekerti, tutur kata, cara penyampaian idea,..

analogi mudah..

"laman rumah kalau dibiarkan, takkan tumbuhnya keledek, sebaliknya tumbuh lalang... lalang yang tiada guna".
.

begitu juga dengan hati kita, kalau tidak diterapkan dengan solat, pastinya hati itu lebih terisi dengan keburukan daripada kebaikkan... kerana solat itu mencegah daripada kemungkaran. tapi jika solatnya 5 waktu tapi masih lagi terarah kearah keburukan, perbaikilah solatnya. macam laptop, kalau asyik hang je, mesti ada virus, ataupun hardware dan softwarenya rosak... begitu juga solat, perbaikilah hardware dan software solat kita...hidupkan roh solat dalam masa yang sama membina jasad...

bagi manusia yang sudah merasakan dirinya cukup, tak perlu solat. mereka ini sebenarnya tidak merasa diri mereka kerdil di hadapan Tuhan. mereka fikir, untuk apa bersolat, kerana tanpa solat mereka boleh hidup, mereka boleh senang dan bahagia,.. itu hanya sangkaan mereka sahaja. mereka ini hilang pergantungan, pengharapan dan kekaguman kepada Allah, sebaliknya pada yang lain. dalam erti kata lain' dia bertuhankan dirinya sendiri'... janganlah kita jadi orang-orang yang sebegini...


perbaikilah mutu solat kita, agar terhindar hati kita daripada kejahatan. nak jadi baik memang lambat, tapi nak jadi jahat sekali je dah cukup...nak bina bangunan perlukan banyak hari, tapi nak runtuhkan bangunan boleh dalam sekelip mata... fikir-fikir-fikir... tiba masa untuk kita berubah... wallahualam bimurrodih. Ma'assalamah.. Assalamualaikum. selamat malam sahabat..

6 comments:

fany wany said...

nice entri :)
saya suka

delarocha said...

dalam proses memperbaiki mutu solat.

Nora_Aniza said...

ramainya org tak solat? knp blh jadi mcm ni ek...

bg yg solat, rugi rasa kalau solat tapi xberkualiti..

ieda said...

hurmmm solat tunggak iman ..
macam mana org yg abaikan solat tuu erkk huhuhu

azwa amani said...

nora aniza : memang rugi solat yg tak berkualiti kerana Allah ada berfirman, solat org sebegini Allah pandang macam bangkai yg busuk...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

solat dan solat. moga solat kita diterima Allah, amin. Akan akak pegang ajaran tu, lihat kwn yg menjaga solatnya.akak pernah silap pilih kawan, ternyata mulut dan hatinya amat pedih utk diterima..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...