Sunday, January 8, 2012

kau ni ustazah ke??


bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua sahabat Bicara Amani, selamat beristirehat bersama keluarga dan sahabat di hujung minggu. amani je yang tak dapat nak beristrirehat. tahun baru ni, kerja banyak sangat yang diberi. takpe, takpe, itu semua pengalaman.... :) jadi amani rehatkan sekejap minda dengan berbloging. hehehe..

ada orang tanya amani, "kau ni budak jurusan agama ke kat UPSI?"... amani jawab " tak".. dan dia tanya balik " habis tu..blog kau semua pasal agama je banyak "...errmm, dalam hati amani, sedikit pelik dengan persoalan tu. dan amani jawab semula dengan dia " aku tak ambil jurusan agama di universiti, tapi aku belajar agama sejak aku lahir"..... pelik pula amani sampaikan ada juga orang yang bertanya soalan sebegini. nak sampaikan kebaikan kena ambil jurusan agama dulu ke baru boleh nasihat dan ajak orang ke arah kebaikan. kalau macam tu, ustaz, ulama, ustazah jela yang boleh cakap pasal agama, cikgu, jurutera, doktor, tukang kebun, tak boleh cakap tentang agama, sebabnya tak ambil jurusan fiqh, tasawuf, tafsir semua tu...

berbeza sebenarnya individu yang tahu agama dengan faham agama... yang tahu agama tu ramai, tapi yang faham agama itu sedikit...yang tahu agama tak semestinya faham agama, tapi yang faham agama semestinya tahu agama.. jadi jangan persoalkan, orang-orang 'biasa' macam kita-kita ini tak boleh nak cakap pasal agama... mungkin dia hanya bekerja biasa tapi kefahamanya terhadap agama itu tinggi sebab belajar di masjid, disampaikan oleh ustaz-ustaz.. berbeza pula kalau orang tu belajar jurusan agama di universiti, tapi masih jua melakukan maksiat, masih je korup ditempat kerja.. jadi, apa gunanya ilmu yang dia ada tapi dia tak amalkan....itu tandanya dia tahu tapi tak faham ilmu..

menyampaikan ilmu dan kebaikan itu bukan dipikul untuk ustaz-ustazah je,..semua yang beragama Islam perlu berdakwah...kerana dakwah ini sunnah Rasul.. dakwah ini tugas wanita dan lelaki. tugas semua orang Islam... takpe, mereka ini tidak mnegetahui, kita beritahu, supaya mereka jelas dan faham bahawa kita perlu memahami agama, bukan sekadar mengetahui agama... kalau tahu je, sebab tu ramai anak muda yang dapat A masa SPM dalam subjek agama tapi masih je berzina, minum arak, merokok dan sebagainya...Walluahualam Bissawab. Maas'salamah. Assalamualaikum..


amani nak jadi profesional ustazah.. hehehe, ahli psikologi yang faham agama, kan seronok tuu :) Aminnn, moga-moga Allah perkenankan... jadilah insan yang berguna dibumi Tuhan

15 comments:

*najaah* said...

pelik and tak suka org mcm tu.
selalu gak kena. bila kita bg nasihat sikit, mulalah, ckp. "ustazah sorg ni dah mula dah" =="

azwa amani said...

tiqah : huhuhu..biasa lah tu tiqah, kat mana2 mesti jumpa jgak org mcm ni.. ape2 pun take care ye babe...

*najaah* said...

insyaAllah. jaga diri jugak ye. ;)

Hazwan Arif said...

ade jgk org yg tnye soalan cmtu eh...




yg berpurdah tu..amani eh?

fRaMe+LenSeS said...

Setuju ng Amani. jadilah Doktor, Lawyer, Guru, segala apa pn yang nak jadi dalam dunia. tapi lagi baik kalau jadi Doktor yang paham agama, Lawyer yang amalkan agama, guru yang senantiasa memperbaiki agama, dan segalanya yang turut beserta agama di dalamnya pasti jadi lebih baik. kan Amani? :D

p/s : Smlm Nadh lalu kat Upsi. kalaula ada kontact Amani mesti leh paksa Amani banje kan?kan? :P

JIJI YU said...

UNZHUR MA QALA WALA TANZHUR MAN QALA

azwa amani said...

hazwan arif : yups.. :)

azwa amani said...

nadh : setuju sgt dengan nadh.. kan lebih baik macma tu kn..macam nabi Nuh, baginda jurutera hebat, kapalnya takde bocor walau banjir di zamannya menenggelamkan gunung paling tinggi didunia.... hebat jurutera dan juga sebagai pendakwah.. :) boleh jadi macam Nabi Nuh. teladani Baginda..

-nadh, amani kat putrajaya sekarang. amani dah habis dah belajar kat UPSI.. huhu.. kalau ada rezeki nanti jumpa lah kat mane2 tu.. :)

azwa amani said...

jiji : aduiii pak arab ni dia speaking pulak kat sini.. huhuhu.. :)

-tapi kan ji, ramai sekarang ni pertikaikan hal ini, mereka lihat siapa yang menyampaikan, bukan isi penyampaian.... susah nak menasihati org mcm ni ji

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam amani..akak jd takut menyampaikan sesuatu ilmu agama di blog sbb mereka pasti akan kata..ala, dia tu tak cukup baik nak tegur org lain.huhu.sbb tu akak kurang berani kupas isu apa2. menyampaikan ilmu itu kan wajib jika kita tau dan tak sampaikan berdosa kan?huhu.


akak doakan amani berjaya capai cita2.amin

azwa amani said...

akak, jangan takut dikata dan dihina waktu menyampaikan kak.. itu ujian untuk kita...nak tunggu kita ni baik memang tak dapat kak, sebab saban hari kita berbuat dosa. kalau macam tu siapa yg nak menyampaikan.. ustaz/ustazah tu pun bukannya tak buat dosa.... sebarkanlah jika kita ada ilmu, dan jika kita tak ada ilmu, jangan halang org nak sampaikan ilmu.. :) kalau semua org bersikap mcm tu, bila ilmu nak tersebar? bila Islam nak maju??

Nora_Aniza said...

lagi satu title ustazah nie. macam kena pandang rendah kan..

azwa amani said...

nora aniza : ermm, tak semua tempat kot org pandang rendah..kat bandar2 je selalunya macam tu.. :) hehehe

Qaseh Irsalena said...

Salam... presint 18r8 ke?

AzwanRamli said...

Mentaliti m'bentuk budaya.Apabila melayu m'hangkis islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...