Sunday, January 8, 2012

kau ikhlas tak??

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum semua sahabat-sahabat. wow, rajinnya amani update malam-malam ni.. huhu, sebabnya nak bagi hilang mengantuk buat laporan ni hah... bloging lah kejap.. masa tengah buat kerja ni kan, terlintas di hati amani " isshh, awatlah aku yang kena buat semua ni, depa tak kena pun".. hah... amekkaw, syaitan dah mula dah masuk jarum sikit-sikit dalam hati.. amboii, kemain lagi ek kau syaitan, pantang aku leka sikit, tang tu jugak kau nak hasut-hasut eh.. dasar syaitan iblis laknatullah betull...

ermm, terfikir amani tentang keikhlasan.... ikhlas, realitinya mudah dibicara pada bibir, tapi sukar terlaksana pada hati. bibir kata, ikhlas, tapi hati merungut sebab banyak kerja... apabila berbicara tentang keikhlasan hati ni, amani teringat kisah yang pastinya ramai yang tahu tentang seorang lelaki dengan sebatang pokok yang menjadi berhala. kisah ini ditulis oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya yang terkemuka Ih'ya Ulumuddin...

hati yang ikhlas ini hakikatnya sukar dicapai kalau pekerjaan yang dilakukan itu kerana sesuatu yang pastinya bukan kerana Allah.. keikhlasan itu adalah kekuatan dan kehormatan. hati yang ikhlas bila dihina tidak mengapa, bila dipuji juga tiada apa-apa makna, kerana itu semua rezeki daripada Allah...hatinya sedikit tidak terusik dan tersentuh. ikhlas itu teras dan asas dalam mengerjakan ibadah, samada fardhu ain mahupun fardhu kifayah..

teladani kisah Nabi Nuh, sang jurutera hebat yang membina kapal di atas bukit. kerana ikhlasnya hati Baginda, tidak terjentik dengan hinaan dan cercaan kaumnya. hati yang ikhlas mengikut perintah Allah memberikan kekuatan dalam yang hebat untuk Baginda terus membina kapal... dan kerana keikhlasan yang berterusan itulah kapalnya tidak sedikit pun bocor atau rosak atapnya walau banjir melanda lebih hebat daripada tsunami, bayangkanlah sehingga boleh menenggelamkan gunung paling tinggi..hah, nampak tak? nampak tak powernya effect ikhlas dalam hati tuu..

bandingkan dengan masyarakat kita sekarang ini, hati yang tidak ikhlas, mengharapkan kenaikan pangkat dan gaji, dipandang baik oleh majikan dan rakan sekerja,.. tapi kerjanya lompang sana sini, bangunan bocor sana sini, jalan raya retak sana sini, sampai stadium semua runtuh.... berbeza dengan Nabi Nuh....erhh, banyak pula celoteh malam ini.... apa-apapun, untuk sahabat dan juga diri amani yang sering lupa dan lalai ni, ikhlaskan hati dalam semua perkara....


***mengharapkan insan yang benar-benar IKHLAS menerima diri yang terlalu banyak kekurangan***Kerana dengan hati yang ikhlas saja mampu dia terima aku yang banyak masalah luar dan dalam ni :)

2 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

moga kita sentiasa ikhlas amani syg.

azwa amani said...

sis LM : insyaAllah kak.. walau hati ni sukar je nak ikhlas.. hehehe. :) hati banyak dosa kak.. macm ni la jadinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...