assalamualaikum semua pembaca BICARA AMANI.. Alhamdullilah, walaupun amani sedikit penat hari ni sebab baru balik ke UPSI selepas menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga abang amani di UIA... sempat juga solat di masjid UIA dan singgah kat bazaar, terserempak pula dengan buku ustaz Azhar Idrus,. ape lagi, terus sambar.. heee.. kepada solihin Zubir sila jangan jeles sebab amani dan milikinya terlebih dahulu.. huhu
okey,.. straight to the point. mari kita belajar daripada benda-benda di sekeliling kita... sebenarnya, ilmu tu tak semestinya ada di dalam bilik-bilik kuliah je, dekat sebatang pensel pun kita boleh belajar untuk mengenali kehidupan kita sebagai manusia iaitu hamba Allah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi Allah...jom kita belajar sedikit yer adik akak abang makcik pokcik semua...
1. pertama sekali, pensel digunakan untuk banyak tujuan, menulis melukis dan banyak lagi la... dengan pensel lah terlakarnya satu puisi indah, dengan pensel jugalah terhasilnya satu potret misteri.. tetapi harus kita ingat, bukan kuasa pensel yang menjadikan sesuatu itu hebat, tetapi si pemegang dan pemilik pensel itu yang hebat. begitulah kehidupan kita ini, ada Maha Kuasa yang memimpin kita di dalam kehidupan mengikut kehendak-NYa..
2. yang kedua pula, setiap kali menulis menggunakan pensel terutamanya pensel batang/kayu, mesti ia kan tumpul, dan bila tumpul, haruslah kita mengasahnya supaya tajam. bila dah tajam, tulisan lebih cantik dan mudah dibaca berbanding dengn pensel tumpul... kehidupan kita juga begitu, ada masanya, kita diberikan ujian daripada Allah, musibah yang menyakitkan, tetapi diakhirnya kita akan dapat kemanisan kerana Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat hamba-Nya dan tidak pernah menzalimi hamba-Nya..
3. ketiga pula, kalau kita gunakan pensel, kesalahan yang kita lakukan mudah dipadam.. begitulah kehidupan kita sebagai seorang manusia yang hari-hari melakukan kesilapan.. dan bila kita sedar bahawa diri kita melakukan kesilapan, cepat-cepat padam kesalahan itu supaya akan menjadi lebih baik daripada semalam..
4. yang keempat, seperti sebatang pensel, yang mana lebih penting, luar pensel ataupun lead/karbon pensel.. semestinya lead/karbon kan... hah, so, hati kita ni perlu baik, jangan saja muka cantik, tetapi hati kita hitam sebab terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan..yang dalam perlu dijaga dengan baik, supaya terserlah diluarnya..
5.dan akhir sekali, apabila kita melakukan kesalahan, dan kita padam menggunakan pemadam, kadang-kadang ia akan meninggalkan kesan pada kertas tersebut.. sama jugalah dengan kehidupan manusia, terkadag tu, bila kita lakukan kesalahan, masih lagi ada kesan pada orang sekeliling yang telah kita berbuat silap.....
hah, tu jer kot yang amani boleh sampaikan hari ini.... amani nak makan dan rehat yer, nak study jugak ni.. nota dah bertimbun minta di baca.. hehehe.. okey.. selamat malam dan selamat beristirehat, jangan lupa hidupkan solat malam yer.. as-salam...jazakallahu Khaira...
pagi tadi sarapan di kedai kat area Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), terserempak Tini 3R dengan baby dia... sambil tu amani selak-selak buku TOPGEAR.. jumpa pulak quote ni...sangat bermakna.." the more you appreciate, the more you know how to appreciate ".. renung-renugkan...
8 comments:
kisah sbtg pensel pena mama baca dlm Solusi
arghhhh... nk jeles jugak.. haha...
bila ntah nk kuar town pi Popular ni.. adessss... tringin sgt2 nk buku tu..
hhmmm.. pensel pun dpt menggambarkan realiti kehidupan sbnr eh.. hehe.. rsa mcm nk copy taruk kt my 2nd blog..
sz : huhuhu, nak bagi jeles lagi ni..
dalam buku tu macam-macam ada, harga pun murah jer 15 inggit jer, cover dia cantik tau, ustaz nampak segak betul...pastu dalam buku tu, macam-macam yg amani dapat.. :)
kak tunz : amani baca daripada solusi ni kak, tapi amani oleh guna ayat sendiri..
dasyat ek..pensel pun ade point ilmu..nampak sangat gua ni jahil..
nice sharing...^^
goodluck untuk amani! study betul2, make sure u do your best in your exam. Ya Allah, permudahkanlah urusan amani untuk berjuang dalam medan peperiksaan...amin..
perkongsian yang baik.
walaupun menulis dgn pensel, kalau dipadam kesilapan pasti akan nampak juga sedikit bekasnya kan?
Allah jadikan sesuatu bersebab dan ada fungsi tersendiri dan terpulang kepada kita bagaimana kita mampu mengambil pengajaran ttg kjadian ini sebagai tarbiah hati untuk bertemu Allah
Post a Comment