Friday, September 23, 2011

buat dosa kecik takpe.. dosa besaq tak boleh...


Assalamualaikum semua..... terasa macam lama jer amani tak menaip entry untuk blog yang tersayang ni.. tapi syukur Alhamdullilah, Allah masih juga berikan amani kekuatan dan juga sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama. Ilmu itukan milik semua. jangan tamak dan haruslah disebarkan...

dalam sehari agak-agak kita lah kan, berapa banyak dosa yang telah kita lakukan dari bangun tidur sampailah kita tidur balik... mustahil kita tak buat dosa, sebabnya kita bukan manusia yang sempurna. orang alim yang banyak ilmunya juga pasti akan berbuat dosa, kerana mereka juga bukannya maksum..... agaknya tak terkira dosa kita kan??..

dulu, masa amani kecil-kecil, kalau nampak orang minum berdiri mesti cakap macam ni

si A : "oitt..minum duduk laaa. berdosa, minum dengan syaitan"

si B : "alaaa.. dosa kecik jer, takpe.."..

terfikir pula masa nak taip entry ni.. ada ke Allah cakap dosa ni ada bahagian, iaitu kecil dan besar???.... kalau nak tahu jawapannya,boleh baca blog ustaz adnan


terkadang kita sebagai manusia selalu ambil remeh tentang dosa-dosa kecil ni. seharusnya kita tidak boleh senang-senang jer lakukan dosa, even kecil.. apatah lagi doasa besar. sebabnya, dosa kecil ni kalau dah terbiasa buat, boleh jadi dosa besar....amani ada terbaca tentang pertukaran dosa ni..ada 6 cara bagaimana dosa kecil boleh bertukar jadi dosa besaq..

1. MELAKUKAN DOSA SECARA BERULANG-ULANG dan terus menerus walaupun ia dosa kecil. sesungguhnya hanya perkara yang baik sahaja bleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit...

2. SESUATU DOSA TU DIANGGAP REMEH.. hah, mungkin ini ada yang selalu kita buat dalam seharian. jangan sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara yang remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung..

3. TIMBUL RASA BANGGA KERANA DAPAT MELAKUKAN DOSA TERSEBUT... tak baik tau bangga bila buat dosa.. kita kena sedar, bahawa tindakan seperti ini akan mendapat balasan buruk daripada Allah

4. TERTIPU DENGAN NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN.. encik anugerah selalu cakap, kesenangan dan nikmat itu boleh jadi baik untuk kita dan boleh jadi buruk andai lupa pada Allah. jadi, bila kita dapat nikmat contohnya sihat, kekayaan, kebijaksanaan, kecantikkan, kena guna untuk ke jalan Allah, jika tidak, kita kan menjadi seorang yang istidraj.. maksudnya, seseorang yang diberikan nikmat, tetapi masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram

5. TIDAK SEGAN SILU MEMBERITAHU ORANG LAIN AKAN DOSA YANG DILAKUKAN, kalau ada yang pernah buat, contohnya bagitahu kat kawan yang dia dah pernah hisap rokok, dia dah pernah pegang tangan perempuan tanpa rasa malu, sebenarnya dia telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di depan manusia, tetapi di depan Allah

6. akhir sekali ialah, DOSA YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG ULAMA ATAU TOKOH. hah, besar tanggungjawab orang besar-besar ni tauu.. makin besar jawatannya, makin berat amanahnya, dan makin besar dosanya kija melakukan kesalahan. sebab, mereka ni jadi ikutan orang bawahan. oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah

fuhhh.... penat lah taip.. hehe, itu saja yang amani daoat sharekan dengan pembaca semua. moga-moga mendapat manfaat, dan jangan lupa amalkan. kalau nak minum tu duduk dulu, nak masuk bilik air jangan lupa tutup kepala dan masuk guna kaki kiri, keluar kaki kanan. masuk rumah ucap salam.. senang jer sebenarnya nak dapat pahala, tapi kita ni yang malas kan.. astagfirullah... samasama kita baiki diri jadi lebih baik.okeyy, nak makan char kuey toew.. nyum nyum nyumm.. daaa... as-salam


apabila Allah melarang sesuatu, sama ada yang berbentuk benda, perkara atau perbuatan, maka pasti ia akan membawa kemudaratan. oleh sebab itu, setiap tegahan-Nya bukan untuk menyusahkan apatah lagi menzalimi manusia tetapi untuk kebaikkan hambaNya jua...


7 comments:

Muslimin Ibnu Hassan said...

jangan melakukan dosa kecil berterusan kerana ia seperti menggali lubang. jika kita melekukan dosa tersebut,adakah lubang tersebut menjadi makin kecil? tidak sama sekali kerana ia makin besar dan besar. renung2kan

Cahaya Muktamad Dengan Allah said...

Antara solat fardu sampai solat fardu
lainnya dan antara solat Jumaat sampai solat Jumaat lainnya, serta antara bulan
Ramadan sampai Ramadan lainnya adalah pelebur dosa, selagi dosa besar
dijauhi. Semoga kita terhimpun dalam golongan yang Allah ampunkan dosanya. Amin..

aniki said...

seketul kena tembak...tq

Citarasa Rinduan said...

selamat malam amani

terima kasih berkongsi ya dik..
kadangkala kita alpha dalam perbuatan dosa2 kecil y lamanya menjadi besar..kan?

nur Muhammad said...

banyaknya dosa diri ini,,..

Solihin Zubir said...

dosa kecik kalau dikumpul, lama2 jd byk.. hehe..

alif haris said...

dosa kecik tu kumpul lama2 jd bukit jugak dosa tu ..
huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...