Monday, September 12, 2011

cerita kedai makan


assalamualaikum semua... selamat pagi kepada smeua pembaca Bicara Amani. hari baru, azam baru, kehidupan yang baru dan yang paling penting, iman juga harus diperbaharui agar lebih baik daripada semalam. Al-maklumlah, iman kita ni kejap naik kejap turun.... sama-sama memberi peringatan yer :)

semalam, jumpa semua kawan-kawan, housemate, classmate yang baru naik cuti.. semua pipi tembam tauu, penangan duduk goyang kaki kat rumah sambil suap makanan dalam mulut, ape tak naiknyer badan kan.. hehehe.... macam biasa, bila dah jumpa kawan-kawan, mestilah plan nak makan kat luar sama-sama..... kami pun keluarlah and agak lewat jugaklah dapat makanan sebab terlalu ramai sangat orang.. semua student makan luar kot. boleh cakap, semua kedai kerusi penuh... untung laaa...

tapi amani bukan nak cerita tentang dinner malam tadi. tapi amani nak story pasal certain-certain kedai makan yang menggunakan cara yang 'kotor' untung mengaut keuntungan. terutamanya yang berhampiran dengan kolej kediaman amani.... ade kedai ni yang menggunakan pelaris... ada kedai tu siap renjis-renjis air depan kedai waktu subuh, letak telur ayam mentah depan pintu kedai... errmm, macam-macam laaa...

satu lagi, informasi yang terbaru daripada seorang sahabat, ada sesetengah kedai ini membeli ayam dan juga barangan basah daripada orang cina.. selalunya tuan kedai akan beli sendiri kat pasar kan..rasa ragu tentang ke'halal'an barangan basah tuu...... tapi wallahualam bissawab..hanya Allah Maha Mengetahui segala yang terselindung

sekarang ini, amani tak yakin nak makan kat kedai luar. amani akan pastikan orang kedai tu betul-betul melayu dan Islam.. baru amani rasa terjaga kesucian dan juga kebersihan makanan. siam ke pattani ke amani tak mau masuk pun kedai depa... makanan ni kita kena jaga, sebab ia akan menjadi darah daging kita. kalau ambil makanan yang kotor-kotor ini, badan tak sihat, otak pun tak cergas... kita ni dah la nak belajar, banyak benda lagi nak kena ingat, hati pun nak kena jaga....sama-samalah kita jaga makanan yang kita ambil ye...


menggunakan bantuan jin dan syaitan adalah perkara yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang beragama Islam. Islam mengajar kita untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal kepada Allah untuk mendapat kejayaan... kejayaan tanpa usaha tidak akan bermakna

p/s :: okey lah, petang ni ada kelas, nak iron baju dulu.. as-salam.
mood hari ini ::: rindu nak makan masakan ibu......

8 comments:

Mun said...

hmmm kekadang nak makan kat luar nie..kena byk berhati2..

nabByla said...

tahu xpew.... huhu..

hmm lagi pon skunk nie ramai yg berniaga guna benda cm tue nak bg ramai org datang kdai drg. hmm..

dhiera zainudin said...

kadang2 menda yang simple macam ni ramai yang ambil mudah~ muhasabah diri sendiri semula..

kurus said...

kalau amalan2 ayat2 alquran utk pelaris tuu akak ada dgr sbb amalan bacaaan setiap kali nak buka kedai makan .. selalunya mereka salah paham dgn maksud ayat2 pelaris nie

yg khurafat kalau di buat hasilnya pasti sekejap sahaja .. huhu

ain@aini said...

betul tu..ade sekali kami sekeluarge makan, then malam tu ibu sye x leh tdo..ibu ni cepat lmah semangat..kdg2 kedai islam pon orgnye mgamalkan bnde khurafat

ewanthology said...

harap harap kedai yg saya selalu makan tak buat benda2mcm ni

Unknown said...

berhati2 bila nak makan di luar ni, baca doa makan b4makan, insyaAllah akan dijauhi perkara tidak diingini..

Unknown said...

perkara mcm ni byk terjadi. ada tuan kedai yg tak sensitif dgn ajaran agama. pakat main ambil jer bahan mentah tanpa check dulu boleh dimakan atau tak...

pernah terkena sekali. terpaksa bayar harga yg gile2 mahal padahal mkn utk 4 org jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...