kisah dulu-dulu...
'Wani, ada abang form 5 tu suka lah kat kau, kakak aku kak Timah sekelas dengan dia. dia nak kenal dengan kau". Fatihah tiba-tiba memulakan bicara perbualan kami. fatihah, dirinya jauh berbeza dengan aku. dia tinggi aku rendah, dia pandai BI, aku kureng pandai, dia jalan macam model, aku jalan macam biasa je, dia pakai spec, aku tak pakai, dia orang kaya, aku orang biasa-biasa.. memang banyak beza kami, tapi kami sehati sejiwa. cikgu-cikgu pun tahu kami memang sahabat baik. " ermmm, siapa abang tu?" kataku kembali. "zaidi nama dia, kau kenal zaid budak 1 dinamik ?".. "zaid yang kuat lari tu ke?" " hah, betul lah tu.. abang dia nama zaidi".... aku diamkan diri, berfikir mencari, ada tak kenalan-kenalanku bernama Zaidi....
"aku tak cam lah Zaidi tu mana satu teha, kau tunjuk lah dulu siapa, nanti kalau aku berkenan aku bagi lah dia berkenalan".. putus ku.. hahahaa, budak baru masuk form 1... ada je abang-abang form 4, form 5 dengan form 6 nak test power ayat dorang kan... aduiiiyyy....
waktu rehat pun tiba, rehat tingkatan 1 tak sama dengan rehat tingkatan 5. waktu rehat macam yang dirancang, aku dan fatehah sengaja lalu di kelas tingkatan 5... waktu aku lalu nanti fatehah akan tunjukkan yang mana satu gerangan yang ingin berkenalan. aku pun melakukan sesuatu seperti apa yang dirancang,..
tiba-tiba ada seorang budak laki ni, tinggi, kemas, pakai tie tulis 'pengawas' rambutnya tersisir rapi, mukanya bersih dan yang aku sangat teliti ialah keningnya yang agak lebat... mudah kata 'handsome' keluar kelas, tiada cikgu di dalam kelasnya. dia menahan perjalanan aku dan fatehah,
" nama adik azwani kan? abang nak kenal boleh?"
"hah,.. tengoklah dulu,..nanti ayah marah" jawab aku dengan yakin,..malu jugak..
" bukan nak kahwin pun dengan adik, nak jadi abang angkat je "
" kenapa saya pula?? kan ada zaid"
"eh, zaid tu laki, wani perempuan, abang takde adik perempuan"..
"tengok lah dulu ye, nak pergi rehat"
" okey, kalau nak bagi BIODATA kat fatehah ye, rumah abang dekat dengan rumah dia"
"ermmmmm"...aku pun berlalu pergi dan dia kulihat masuk semula kekelasnya...
malam tu aku fikir-fikir,.. aku terima jadi adik angkatnya....itu semua pengaruh fatehah, hahaha, aku pun tulis BIODATA dan diberikan kepadanya.... dia seorang yang baik, makwenye pun ketika itu suka pada aku.... dia kemudiannya masuk ke matrik, ke universiti dan kerja. Alhamduulllilah bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi,,, tapi sewaktu aku di tingkatan 5 aku memutuskan title 'adik beradik angkat' sebab aku tak suka pada gelaran tu.. cukuplah aku berkawan je... tehehehe... tapi ia menjadi satu pengalaman hidup bagiku...
********************************************************
kalau kita minat pada seseorang mesti kita nak kenal orang tu dalam erti betul-betul kenal kan..... nak tahu kegemarannya, apa yang tidak digemari, karakter, watak, semua benda lah kita nak tahu.. betul tak?? tapi adakah kita kenal Nabi Muhammad atau 'kenal-kenal' sahaja diri Baginda? setakat biodata sahaja?? atau kenal keseluruhan diri Nabi?? satu persoalan untuk amani dan sahabat-sahabat?? terdetik di hati amani, pasti Allah nak kita kenal Nabi Muhammad betul-betul.. dan amani terjumpa ayat ini..
" orang-orang yang telah diberikan kitab kepadanya, mereka mengenal (muhammad) seperti MENGENAL ANAK-ANAK SENDIRI. orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman (kepada Allah) "- Al-An'am 6:20
kenallah Nabi dan ikuti sunnah Baginda,.. tapi sunah yang bagaimana harus kita ikuti?? InsyaAllah amani akan sampaikan sunnah yang harus kita teladani dalam dakwah kita untuk menegakkan kembali Islam dimata dunia...yang amani bold kan tu (menegakkan), membawa maksud, dunia sekarang ini meletakkan agama Islam itu dibawah. cuba saja lihat sekeliling kita.. siapa yang nak naikkan semula, Nabi sudah tiada, nak tunngu Imam Mahdi datang baru Islam nak ditegakkan ke?? jadi apa gunanya kita sebagai umat Baginda yang Allah kurniakan Kitab Al-Quran.. fikir-fikir, fikir.. ALlah jadikan itu bersebab, tapi kita leka, kita lalai, kita alpa,.. jom sahabat-sahabat, faham dahulu Al-Quran, dalam erti benar-benar faham, bukan sekadar baca-baca je, kenal Nabi dan kenal sunnah Baginda, bukan kenal-kenal je..... dunia sekarang jadi kucar-kacir sebab tak faham Al-Quran.. zaman apabila Islam diatas, ialah ketika rakyatnya mengamalkan akhlak Al-Quran..... itu sahaja dari amani untuk kali ini.. sedikit terusik hati dengan umat Islam sekarang.. Wallahualam Bissawab, semoga Allah meredhai kita semua sebagai hambaNya. Aminnnn Ya Rabb... Maas'salamah, Assalamualaikum...