Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Amani....semoga Iman dan Islam di dalam hati sentiasa baik-baik sahaja disamping kesihatan jasmani ye... hari ini amani sibuk sangat, penat betul rasa badan, macam nak tercabut pinggang amani.. hehehehe,... takpelah, itu semua pengalaman...korang pla macam mana? hope semuanya sabar ye, yang tengah ambil exam final, good luck, yang tengah menyiapkan tesis akhir, good luck juga... amani punya pun terbengkalai ni, hehehe, insyaAllah, semoga Allah permudahkan segala tugas-tugas ini, Aminnn...
okeylah, entry ini sekadar nak menjentik hati amani dan sahabat-sahabat je.. ermmm, selalu tak kita berzikir pada Allah?? dalam sehari agak-agak berapa kali kita berzikir kepada Allah?? jawab sendiri-sendiri, kenali diri dan iman sendiri....
tapi terdetik dihati amani,.kalau kita ucap Alhamdullilah banyak kali tapi tak terkesan kat hati, macam mana ye?? kalau kita menyebut nama Allah banyak kali, tapi takde sikit pun rasa gentar dalam hati, macam mana pula tu???..... adakah cukup sekadar kita ucap dibibir tanpa rasa dijiwa?? fikir-fikirkan.. :)
bagi amani, berzikir itu ialah apabila kita mengingati Allah,..bagi diri amani sendiri, kalau sekadar bertasbih, tangan tidak henti bertasbih, tapi hati tidak terkesan dengan perasaan takut kepada Allah, macam tak jadi apa pun... tapi alangkah seronoknya jika kita berzikir dengan penuh perasaan rendah diri, dengan rasa syukur dengan berjuta nikmat yang dikurniakan....
lihatlah sekeliling kita, lihat pokok, lihat langit, lihat burung, lihat sahabat, lihat keluarga,..itu semua Allah ciptakan sebagai sumber penghidupan kepada kita, apabila kita menilai dengan mata hati dan iman, pastinya kita bertemu kembali dengan pencipta, dan ketika itu kita dapat mengenal 'siapa kita didunia ni'.... ketika itulah berzikir yang paling bermakna bagi amani.... Wallahualam bimuroddih.. Maassalah, good Night kawan-kawan....maaf salah silap. Assalamualaikum :)
3 comments:
kena selalu berzikir, biar tenang dan lembut skit hati ni...
Insyaallah awin...^_^
insyaallah.. ~berzikir dalam keadaan lalai lebih baik drpd melalaikan zikir. ~
Post a Comment