Monday, January 16, 2012

damba kasih


ya Allah.. aku sangat mendambakan kasihMU,
kerana baru kusedar, itu sahaja yang aku perlukan dalam hidupku..
redhalah aku sebagai hambaMu ya Allah

ya Allah.. semakin jauh ku dariMu
semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh tuhan Yang Maha Pengasih
siapalah diriku di pandangan-MU

semakin cuba ku dekati
semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh tuhan Yang Maha Sempurna
kerdilnya diriku di hadapanMu

bagaimanakah nantinya
tika berhadapan dengan MU
sudikah Engkau menerima hambaMu yang hina ini
ya Allah Kau Maha Pengampun

dibayangi mentari aku kealpaan
dusta dunia penuh kepura-puraan
di kala dini hari aku kepasrahan
mendamba jernih embun kasih sayangMu oh Tuhan

andainya dihitung amalanku
belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu
oh tuhan yang Maha Pemurah
hindari diriku dari seksaMU

kasih sayangMu Tuhan
itulah yang kudambakan
dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

9 comments:

Unknown said...

kita insan yg selalu menjauhi tuhan sedang dia dekat berasama kita

azwa amani said...

jiji : betul tu jiji.. bertapa tak bersyukurnya kita pada dia yang terlalu banyak bagi nikmat dan peluang.. dan kita biarkan ia sia-sia.. Astaghfirullah.. mekasih ostad

*najaah* said...

kesukaan :)

ewanthology said...

kepada-Nya kita berserah

Sya_Merpati Putih 88 said...

semoga azwa sentiasa berada di bawah limpah rahmat kurnia kasih-Nya...

~cantik gambar..~

azwa amani said...

terbang bersamaku : Allahuma Amenn ya Rabbalalamin... thanks ukhti

IMANSHAH said...

Ya Allah kau ampunkanlah hamba-Mu yang sedang memohon ini

azwa amani said...

imanshah : tq bro :)

Kak Amy said...

berserah keapdaNya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...