mencium tangannya sukar ku capai
mendakapnya dengan penuh kasih sayang juga terlalu jauh untuk aku peroleh
kerana dia terlalu jauh walau dekat
kerana dia memandangku bukan siapa-siapa di dalam hati serta hidupnya
sedangkan aku melihatnya dengan penuh kasih sayang..
walau tanpa pengetahuan mahupun dalam kesedarannya
ya Allah, ini ujian tanda kasihMu terhadapku bukan..
jika dengan ujian ini lebih mendekatkan aku denganMu
aku rela jauh dari dia..
ya Allah, Engkau tidak zalim padaku bukan..
Engkau jauhkan aku dari dia...
tapi Engkau kurniakan aku ayat-ayatMu agar aku sentiasa merasakan aku ada Kamu...
walaupun diluar sana ramai yang punya dia..
yang menghantar ke sekolah..
memberikan wang saku untuk belanja
memberikan peluk cium tanda kasih sayang..
menghulurkan tangan tanda pertolongan..
itu semua nikmat dan ujian untuk aku
Aku Percaya, semua itu kerana Dia kasihkan Aku...
Ya Allah, kurniakan dia hidayah petunjuk agar dia kembali kejalanMU..jangan biarkan dia terpesong jauh daripada agamaMU...aminn Ya Rabb
5 comments:
semoga sabar menempuhi mehnah dan ujian-Nya
ALlah cinta teragung
allah kasih pada hambanya melebihi kasih seorang ibu
jiji : thanks ji, kata2 kau tu buat aku lebih kuat :)
sabar ye amani.....huhu.....moga amani akan bertemu dgn dia satu hari nanti...amin....
nanakimie : hehehe, mekasih nana, insyaAllah.. Amani sentiasa mendoakan hari tu :) thanks baby
Post a Comment