Wednesday, January 11, 2012

Sunnah yg bagaimana harus kita ikuti sebenarnya..

Bismilillahirrahmanirrahim.. Ya Allah, lembutkanlah hati-hati mereka yang membaca ini agar mudah mereka menerima ilmu, dan semoga dengan ilmu yang ku sampaikan ini, tertaut hati-hati mereka di dalam agamaMU, dan seterunya bersama-sama dalam menegakkan agamaMU.. Aminnn...

Assalamualaikum sahabat-sahabat Bicara Amani. walau dugaan yang yang pelbagai datang menimpa, InsyaAllah, amani takkan putus asa dan lemah semangat untuk sebarkan ilmu Allah. Alhamdullilah dengan semangat yang Allah kurniakan. hari ini, bicara amani tentang sunnah Nabi. semua orang tahu, kita hidup ini berpegang pada dua iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasullulah... apabila kita lewati kembali sirah Rasulullah, kita dapati Nabi Muhammad itu adalah dalam kalangan manusia biasa, macam kita, cumanya Baginda insan yang terpilih untuk menjadi Nabi terakhir yang diberikan Al-Quran sebagai panduan dalam menyebarkan ilmu..

zaman sekarang ini, ramai yang amani perhatikan, Alhamdullilah, memang ramai yang menghidupkan sunnah Nabi. yang lelakinya berjanggut, memakai jubah, dan paliang sinonim ialah kawin 4.. kalau kita sebut sunnah, mesti kita kaitkan dengan semua itu, contohnya makan 3 jari... bukan semua itu yang kita kena utamakan, tapi sunnah Nabi dalam menyebarkan agama itu yang paling utama untuk kita tegakkan agama Allah. bukan amani kata tak boleh buat, boleh buat. tapi yang paling aula ialah sunnah sebarkan dakwah...

ingat kembali tujuan kita hidup didunia ini, iaitu beribadah kepada Allah dan menegakkan Islam di tempat yang paling tinggi.. cuba kita pandang sekeliling, perhatikan, adakah negara kita ini layak dipanggil negara Islam. lihat dari semua segi, perbankan, perundangan, pendidikan, adakah itu semua dah menunjukkan kita sebagai agama Islam. ataupun negara Islam itu di dasari apabila umatnya beragama Islam.. cukup ke macam tu??

analogi mudah...
sebuah pokok. kita panggilkan sebagai pokok durian. kenapa kita panggil pokok durian, sebabnya, kita tengok akarnya, akar durian, batangnya batang durian, daunnya daun durian, buah yang terhasil juga buah durian... andaikan kalau kita tengok akarnya akar rambutan, batangnya batang tebu, daunnya daun kelapa, adakah kita boleh panggil itu sebagai pokok durian?


kita kaitkan kembali. andaikan pokok itu sebagai negara. sekarang ini, akar kita adalah Al-Quran, iaitu kalau kuat akarnya, maka kuatlah batang, daun dan buahnya. tapi negara kita ini ambil ke semua pengajaran dan hukum Allah dalam AL-Quran. berhak ke kita ni nak kata hukum Allah tak sesuai.. kalau dah akarnya tak kukuh, adakah kita boleh menghasilkan penduduk yang benar-benar Islam.. ermm, fikir-fikir kembali...

kembalikan fitrah kita hidup di muka bumi ini perlu pakai Al-Quran.. zaman sekarang ini ramai sangat yang tak faham Al-quran.. jadi inilah sunnah Nabi yang paling utama untuk kita jalankan, iaitu menegakkan segala apa yang ada di dalam Al-Quran. memanglah kita ni tak boleh nak tukar segala apa yang kerajaan dah tetapkan, jadi kita fahamkan dulu sahabat-sahabat kita dan keluarga kita tentang AL-Quran. bila ramai yang dah faham, tak mustahil negara Islam akan betul-betul lahir di Malaysia kan...

Agama Islam itu dalam segi bahasanya bermaksud (bahasa sanskrit kuno)-agama itu ialah tidak kacau. Islam itu sejahtera. kalau tak kacau maksudnya ialah sesuatu yang sistematik. jadinya Agama Islam itu adalah sistem kehidupan yang sejahtera. tapi sejahtera ke kalau kita nak keluar rumah kena kunci pintu, sejahtera ke kalau kita nak kuar malam takut, sejahtera ke kalau kita tak berani letak duit sebarangan.. tapi cuba bayangkan kalau agama Islam itu berjalan dengan kehendak Allah. letakkan duit atas meja, pasti tiada siapa nak curi sebab takut. tak payah kunci kereta tepi jalan untuk solat, sebabnya semua takut nak mencuri.. itu baru sejahtera kan...


ermm, jadinya, nak jalankan sunnah nabi macam cara makan, cara pakaian, cara berjalan itu semua boleh, tapi yang paling utama ialah kita mewarisi pekerjaan nabi sebagai rasul, iaitu menyampaikan tentang ajaran Al-Quran.... itu sahaja pandangan amani buat masa ni. maaf salah silap, sekadar perkongsian Ilmu dan keinginan untuk hidup dalam suasana yang benar-benar Islam. kalau amani seorang je buat, Islam tidak boleh bersatu, tapi Islam hanya boleh bersatu apabila semuanya mengikut Al-Quran.. wallahualam Bissawab..Assaamualaikum...

** terfikir, kalau kita makan 3 jari, lelakinya dengan berjanggut, berjubah, berserban, boleh tak Islam itu tertegak di bumi Allah ?? tapi kalau kita amalkan sunnah Nabi untuk berdakwah, pastinya kita boleh hidupkan negara Islam, macam Nabi. Baginda sedih meilhat penduduk Mekah yang ingkar dengan suruhan Allah, tapi Baginda kuat semangat berdakwah, hingga tertubuhkan Madinah yang gilang gemilah....

p/s : carilah ilmu Allah.. bukakan pintu hatiMu, jika kamu tidak mahu berubah ianya akan tetap sama... Allah itu sentiasa dekat dengan hambaNya, semakin kamu dekat dengan ilmuNya, semakin bertambah cintamu kepadaNya. sehingga kamu akan merasakan, cukuplah Allah dan kitabNya buat diriku...

2 comments:

CintaZulaikha said...

good point, suka baca...mmg betul, kekadang kita nih tak paham ngn ajaran dan sunnah yg disampaikan.

azwa amani said...

sis : betul tu kak.. kita buat sesuatu tidak kena pada tempatnya.. takpe, bila kita dah tahu, cuba buat ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...