Tuesday, January 3, 2012

thabat?


Assalamualaikum semua.... Allah bagi lagi peluang dan ruang untuk amani sampaikan ilmunya malam ni.... entry ini agak ringkas, harapnya Allah memberikan kefahaman di dalam hati untuk kita semua yang membacanya.. Aminn..

amani cuma nak menjawab soalan adik ni hah, agaknya dia tak boleh nak tanya kat shoutbox, dia hantar ke email, thanks bebanyak yerkk..

soalannya mudah, apa itu thabat?...

mungkin ramai dalam kalangan blogger yang dah tahu, tapi amani nak juga sampaikan, takut Allah tanya ilmu yang amani terima tapi kenapa tak bagi tahu orang lain?? nak jawab ape time tu?? terkial-kial.. tak mau laa...

okeylah, dalam hidup kita didunia ni, pastinya kita tak lepas daripada menerima ujian daripada Allah..itulah tanda signal cinta Allah terhadap kita, sebabnya Rasullulah SAW berpesan

" sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka ia akan mengujinya"..

ramai yang tanya, macam mana nak dapatkan ketenangan bila ditimpa ujian..ermmm, haritu amani kena marah dengan hamba Allah ni,..lemahnya la amani rasa, sebabnya kurang pengharapan pada Allah, jadi, semua jangan jadi macam amani ni.. kekadang tu terleka hati kan, cepat-cepat istighfar dan cari semula jalan yang lurus tuu....macam mana jalan nak dapatkan ketenangan tu, ialah di dalam Al-quran...

firman Allah SWT

" wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tiada nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati), sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar-
Al-Anfaal-8:45-46

apa kaitanya semua ini dnegan thabat??....kita sebagai seorang muharrik perlu ada sikap thabat, iaitu harus selalu berusaha untuk tetap konsisten dalam kebenaran, teguh memikul beban dakwah yang sentiasa berhadapan dengan kesempitan dalam perjuangan. dan kita tetap berdiri di atas jalan dakwah dan sentiasa memelihara proses tarbiah di dalam diri...


" Ya Allah, aku minta agar kami yang membaca ini sentiasa thabat dalam semua urusan dan tekad kuat berada di atas petunjuk"

5 comments:

Unknown said...

allah berbicara dgn hambanya melalui ujian darinya

~halawati~ said...

moga terus thabat adikku..

^_^

azwa amani said...

jiji : betul2.. bacalah buku bacaan tu supaya dapat hadapi dgn baik :)

azwa amani said...

kak hala : insyaAllah kak.. moga akak pun sama thabat di jalannya..

Lydia Miza said...

terima kasih amani..ilmu baru buat akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...