Monday, April 30, 2012

baby and me 3


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..

disebabkan hari ini amani cuti sebab nak uruskan hal-hal konvokensyen, jadi ada masa untuk blog ni. tapi entry tak ilmiah, sekadar untuk simpanan peribadi. mana lah tahu nanti amani further study jauh-jauh at least ada juga entry pengubat rindu kat Muhammad Faqih Qaid..

maksu bagi qaid meniarap jap.. jangan lama-lama, sakit dada nanti sebab dia belum ready lagi untuk meniarap

Faqih Qaid dah 4 bulan.. cept betul besarnya, makin semngat..x larat maksu nak kendong lama-lama. dah lah maksu qiad ni techik je.. huhu.. bila baby da 4 bulan, pastinya banyak perkembangan-perkembangan yang dah dicapai.. seronok tengok qaid dah cooing.. nampak abi tidur pun cooing juga.. nampak maksu pun bising juga mulut dia. entah apa yg nak diberi tahu pun x tahu laa..huhuhu..

Faqih Qaid sekarang ni kalau nampak kita tengah makan dia pandang je... mcm nak makan juga, so..ummi Faqih qaid dah belikan makanan tambahan. sebenarnya baby tak digalakkan untuk diberikan makanan tambahan macam nestum atau biskut rusk sebelum 4 bulan, sebab lidah baby tak pandai lagi untuk tolak makanan dan sistem penghadaman baby pun belum kuat lagi.. see.. hebat kan Allah, nak tolak makanan dalam mulut pun berapa banyak otot yang diperlukan,  dan berapa  banyak pula kekuatan untuk digunakan. hebat Maha Pencipta..

tengok makanan atas meja sampai mata boooollaatt
Faqih Qaid sekarang sikap grasping  and sucking dia makin menyerlah..kadg2 dia gengam tangan sampai tak mahu lepas.. puting pun dah pandai pegang and cabut.. hee.. shoomeelll dan booolatt sgt2. dan yang paling amani suka bila kita gerakkan tangan depan mata, dia dah boleh interact dengan kita.. so cute.. sukeee..

makin kuat grasping tangan.. bina attachment dengan anak2 sejak kecil
huhuhu.. banyak kan berbual dengan baby.. hah, berbual tu bukan hampa dok citer mcm borak kat warung nuu. interaksi dengan tangan, dengan mata dan suara..gabung sekali. baru baby cepat pandai.. :) 

qaid suka tengok maksu gerak2 jari... kembangkan deria penglihatan :) 
dah pandai tarik puting pastu masukkan balik..huhu.. 
ermmm, okeylaa.. itu je, citer pasal Muhammad Faqih Qaid.. layan gambar jela ye.. ni lah keje kami kalau maksu jaga Faqih Qaid....nanti maksu dah sambung blajar jauh..setahun sekali jela maksu jumpa qaid.. :) maassalamah.. Assalamualaikum..


Tuesday, April 24, 2012

Allah rindu aku rupanya..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


sesungguhnya ujian itu bukan untuk melemahkan, tetapi menguatkan,, thanks ustaz jiji..terkesan amani dengan nasihat tu..

jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu...tapi sedihla kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.. tapi sedihla kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

jangan sedih bila org lain tidak memberi KESEMPATAN kepada kamu,.. tapi sedihlah krn kamu masih belum membuat, PERSIAPAN

jangan sedih bila orag lain tidak MENGHARGAI kamu, tapi sedihla kerana kamu tidak MENGHARGAI
orang lain

jangan sedih bila org lain MENGHINA kamu, tapi sedihla kerana kamu MENGHINA diri sendiri

jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.. tapi sedihla kerana kamu tak pernah belajar dari PENGALAMAN

ALLAH RINDU AKU SEBENARNYA... YA TUHAN, AKU DATANG KEPADAMU..

warkah buat kamu

Bismillahirahmannirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum semua sahabat bicara amani..berat rasanya amani nak menaipkan entry ni. banyak kali amani fikir tentang baik dan buruknya. tapi amani, sesuatu masalah itu tidak akan selesai dengan sendirinya kalau kita takde usaha untuk bertindak... Allah suruh kita berusaha menyelesaikan, dan selepas usaha, serahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa menjadi sesuatu. sesungguhnya tanpa izinNya, tidak akan terjadi apa-apa...

pertamanya sekali, amani mohon maaf pada sahabat-sahabat Bicara Amani, yang kenal amani secara dekat ataupun tidak.. kadang-kadang, kerana silapnya diri kita sendiri sesuatu perkara itu terjadi. oleh sebab itu, amani mohon maaf banyak-banyak pada kalian kalau sepanjang ukhwah terjalin, ada kata-kata yg kurang enak didengar dah amani ucapkan.. sesungguhnya, krn sikap jahil amani lakukan semua itu.. maaf sgat2..

keduanya, andai yang ada amani buat salah dan tidak puas hati, amani sedia untuk bertemu atau berbincang.  itu sebaiknya...amani tak nak orang-orang yang berkenaan ini punya rasa hasad atau dengki dalam hati, dan itu punca sesuatu masalah itu terjadi.. sesiapa je boleh email amani azwaamani@gmail.com atau qalbunsalim268@gmail.com

ketiganya, pihak-pihak yang mengatakan sesuatu tanpa pengetahuan yg sahih, sebaiknya, anda selidiki dan tanya pada tuan empunya diri. itu yang sebenarnya,..jangan mendengar daripada mulut orang lain, melainkan awak dgr sendiri dari mulut saya.. sebab apa yang tidak benar ini pastinya akan menjadi fitnah, seterusnya pasti ada pihak-pihak yang terluka hatinya dan berasa sedih...

janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu punya pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawaban -17:36

sesiapa sahaja yang dah menyebarkan fitnah tentang diri amani, amani maafkan kamu, sesiapa yang ada rasa niat nak meneruskan agenda ini, berhentilah daripada memperkatakan semua yang tidak benar ini...anda hanya melakukan perkara yang sia-sia...

kepada pihak-pihak yang terkesan dengan semua ini.. dengan rasa rendah diri amani mohon maaf banyak-banyak.. tak dapat amani nak ucapkan macam mana. mungkin ini silap amani.. amani mohon maaf banyak-banyak.....

Apabila Aku memohon kepada Allah untuk dipinjamkan kekuatan, Allah berikan aku musibah untuk aku kuat
apabila aku memohon kpd Allah untuk dipinjamkan akal yang baik, Allah berikan aku masalah untuk aku bijak berfikir..
ya Allah, Aku terima dugaan ini..kerana aku hanya hamba.. Maafkan silap dan salahku. tunjukkan aku jalan keluarnya. Engkau memberikan aku masalah, dan hanya engkau sahaja tahu penyelesaiannya.. Maafkan aku..

Monday, April 23, 2012

untuk kamu.. :)



yang tengah mensoleh/solehah kan diri,..teruskan usaha yang murni
yang masih belum ada niat, Allah masih memberikan peluang dengan nyawa yang ada. nak tunggu apa lagi??
yang tengah berpasangan, jangan lah diputusi..
ajaknya bersama untuk kenal Illahi..kan itu lebih murni
terus beritahu untuk diper'isteri/suami
terus contact abah dan juga ummi...
persiapkan diri menuju Baitul Islam untuk ke syurga hakiki...

p/s.. : insyaAllah amani punya entry panjang sikit akan keluar.. hihihi..Alhamdullilah atas doa kalian, amani sudah kembali sihat, tapi masih belum sihat sepenuhnya. :) jazakillah.. Assalamualaikum

Friday, April 20, 2012

doa untuk wanita


buat masa ni, amani mampu share ni je, amani tak sihat..doakan kesihatan amani ye :) asif jiddan.. massalamah. Assalamualaikum.. :)

Wednesday, April 18, 2012

nak bercinta biar sampai ke syurga...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum, semua sahabat-sahabat Bicara Amani. Semoga tubuh, akal fikiran dan iman sihat sejahtera... wow, kemain lagi tajuk entry hari ni. huhu.. bercinta, siapa tak suka bercinta, punya pasangan yang dicintai, punya kehidupan yang bahagia, punya anak-anak yang tomei-tomei2.... mesti sweet kan..alalala omeinyeerrr....

soalan pertama, SIAPA DILAMUN CINTA??..orang pertama yg jawab, amani laaaa.. hehehe, yupss, semua orang berhak bercinta, dan dicintai...cinta ni fitrah, siapa yang cakap "aku tak nak bercinta zaman belajar"..ermm, bagi amani statement ni mcm melawan takdir pula, sebabnya cinta tu anugerah. datang tanpa paksa, pergi tanpa rela...

apabila Allah menganugerahkan cinta, pastinya Allah tunjukkan jalan ke arah cinta itu dengan mengikut syariat.. cuma adakah kita nak ikut atau tak je jalan tu... dan zaman sekarang ni, kebanyakkannya memilih bukan jalan yang ditetapkan oleh Allah....

amani juga punya cinta,..mudah-mudahan cinta itu membawa amani lebih dekat kepada Sang Maha Pencinta.. dan macam-macam orang dengan variasi takrifan cinta mereka, ada kata cinta it buta, cinta ibarat kentut pun ade.. huhuhu,.. amani sendiri tak tahu apa definisi cinta tu.. tapi kalau amani. Amani NAK BERCINTA BIAR SAMPAI SYURGA..

Rasullullah bersabda kepada seorang lelaki yang bertanya kepada Baginda bilakah tibanya kiamat..

"apakah yang telah kamu sediakan untuknya?"
"aku mencintai Allah dan rasul-Nya sepenuh jiwaku"
Rasullullah saw menjawab " maka kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat sana'' (riwayat Al-Bukhari)

senang je syarat nak bercinta sampai ke syurga.... lebih mudah amani terangkan dalam bentuk dialog ni yee..

amani : betul awak sayangkan saya dan nak jadikan saya isteri awak.

anugerah : insyaAllah kalau diizinkan..

amani : kalau betul saya taknak bercinta hanya didunia, biar bercinta sampai ke syurga.

anugerah : insyaAllah, tapi bagaimana??

amani : kita jaga sama-sama hati kita. masa in love ni, buatlah apa yang Allah suruh dan tinggallah apa yang Allah larang. biar bercinta dengan redha Allah..

anugerah : insyaAllah, bercinta sampai ke syurga...

amani : mudah je kan, apa sahaja yang boleh buat kita menuju ke jalan neraka, adalah apa yg kita perlu hindari. saya xmahu lah sweet-sweet ngan awak kat dunia je,.dating hari-hari, awak pegang-pegang saya, tapi kat akhirat nanti saya salahkan awak dan awak salahkan saya kat neraka Allah....

anugerah : ermm, tak mau laa, bercinta biar sampai ke syurga..

****

haahhh, faham ke tak ek?? harap faham dah dengan penyampaian macam ni. dialog tu takde kene mengena dengan sesiapa, watak adalah rekaan semata-mata...senang je, kalau betul-betul suka, cakap je " saya suka awak, boleh awak jadi isteri saya". mudah, dosa pun tidak, kalau sudah setuju, lihat keadaan, mahu bertunang atau sabar dulu. yang penting, lepas ungkap cinta, taaruflah dengan keluarganya. bina hubungan antara keluarga kita dan dia...kalau nak dating sangat, dating laa dengan famili,.. ziarah keluarganya.. kan mudah tuu...


p/s : kenal matlamat hidup iaitu untuk bersama sampai syurga, jadi perlu tahu misi untuk mencapainya, itu beza orang beriman dan tidak..

pada hari itu sahabat-sahabat karib : setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)- 43: 67



Tuesday, April 17, 2012

Jadual...

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Bicara Amani. Alhamdullilah, masih berkesempatan untuk update blog Bicara Amani. syukur juga masih Allah kurniakan otak untuk mengekstrakkan akal meneliti setiap perjalanan kehidupan untuk mengenal dan menghambakan diri padaNya yang satu..

bila meneliti tentang kehidupan, satu perkataan yang tergambar ialah "Jadual"... bukan jadual kelas dan jadul mata pelajaran tu maksud amani...jadual siang, bila matahari dan bulan nak tukar shif mereka. jadul petumbuhan pokok, berapa minggu nak keluar pucuk, berapa bulan nak berbuah pula.... jadual pergerakan planet-planet dalam galaksi bimasakti, berapa kilometer dalam sejam buat putaran.. semua Allah tentukan mengikut masa, yang pastinya mengikut jadual. sungguh Allah adalah rabb yang mengatur kehidupan manusia dengan sungguh teratur... itu pun kalau akal kita boleh memikirnya...

jadi apa salahnya, kita ambil sedikit ilmu Allah yang luas ni dan membumikannya....ilmu tentang jadual.. dulu masa amani form 3 dan form 5 and masa kat univerisiti dulu, bila nampak ada jadual harian di dindiing mesti ada yang kata " erkk, alergic dengan jadual, terlalu berdisiplin"..

ermm,.. sebenarnya men'jadual'kan diri sendiri ini sangat baik bagi orang yang inginkan kejayaan. dengan jadual, dia tahu akan hala tuju, matlamat, visi dan misi untuk mencapainya....di sekolah, amani belajar menjadualkan masa belajar, dan bila dah tua ni, amani belajar untuk menjadualkan idea dan duit... dan paling pentin, bila kita tahu menguruskan jadual kehidupan, secara tak langsung kita belajar fiqh awlawiyat, iaitu tentang keutamaan....


hargailah setiap yang ada, kerana belum tentu ia akan hadir untuk yang kedua..pesanan untuk diri sendiri juga :) maassalamah. Assalamualaikum...

psstt : Alhamdullilah Allah menemukan jodoh dengan sis LM.. maaf akak, amani tentag mengajar tadi, tak dapat nak layan calling akak.. keep ini touch ye sis. :)
~~~tiada pernah bersua, tetapi kerana iman kami bertemu~~~


Monday, April 16, 2012

pilihan kita...

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum sahabat-sahabat Bicara Amani. Alhamdullilah, berkesempatan untuk pulang ke kampung,..walaupun tak lama, sebab cuti hujung minggu je..tapi syukurlah, dapat juga keluar dari kehidupan bandar ni..

masa amani balik haritu, sempat juga berbual-bual dengan sepupu amani.. lebih kurang macam ni laa...

sepupu : perhh, ayat dia dalam FB lebar-lebur, pandai cakap orang, tapi tak juga berubah-rubah aku tengok .

amani : apesal long?? kau cakap pasal siapa??

sepupu : ermm, pasal siapa lagi, &^%&^% tu laa,..kot ye pun dah bertunang, bukan syarat boleh buat benda yg haram.

amani : owhhh yeke.. ermmm, abang-abang dia tengok gambar kat FB tu tak tegur ke adik dia macam tu?? rela tanggung dosa adik ke??

sepupu : entahlaa,..kalau ditegur nanti mulut dia tu muncung jela...

amani : ermmm, tak takut dosa...

(penulis tiada niat untuk membuka aib sesiapa, sebagai pengajaran bagi pembaca)

*******
bila amani dikhabarkan dengan cerita-cerita macam tu, sangat sedih amani rasa, apatah lagi individu-individu tersebut dalam kalangan keluarga kita juga...sememangnya, nak menegur seseorang yang punya pertalian darah tu memang sangat sukar.... perlu menggunakan kaedah paling hikmah agar tiada kesan buruk yang berlaku, sebaliknya dia sedar akan kesilapannya...

namun,.. percubaan sekali belum tentu berjaya, perlu berterusan dan dengan hikmah. mudah-mudahan ada hidayah buat golongan seperti ini. amani tidak mengatakan diri amani dah cukup baik. amani juga pernah ada sejarah hitam dalam hidup.. zaman jahiliyah tu rasanya semua orang ada. bila NAMANYA MANUSIA, PASTI BERDOSA...

HAKIKAT SEMUA MANUSIA BERDOSA, semua orang tahu, tiada siapa yang terlepas daripada dosa pun semua orang tahu. semua orang tahu, kita berdosa melainkan insan-insan yang diberikan mandat maksum oleh Allah SWT seperti Nabi Muhammad SAW... semua orang tahu hakikat ini..

tapi yang membezakan individu-individu yang berdosa ini adalah IMAN... dulu masa amani dalam Jawantankuasa Mahasiswa Kolej, bila diberi peluang untuk bercakap, satu ayat yang selalu amani ucapkan ialah " BAGAIMANA KITA MENGANGGAP TERHADAP SESUATU, BEGITULAH KITA MENYIKAPINYA"...

contohnya, kalau kita anggap seseorang itu sebagai kakak yg baik, tentu cara kita menyikapinya dengan rasa hormat...amani nak ajak kita aplikasikan dalam isu dosa ini. bagaimana tahap iman kita terhadap dosa, begitulah kita melayani dosa tersebut..

orang yang beriman, dia akan bersegera kembali kepada Allah selepas sedar bahawa dia telah melakukan dosa. kerana dia rasa takut dengan dosa tersebut. dia rasa hatinya kotor dengan titik hitam dosa tersebut.. berbeza dengan orang yang lemah keimanannya, sakit imannya atau tidak beriman langsung, mereka tidak berasa takut dengan dosa malahan rasa seronok dengan dosa yang dilakukan. mereka akan melambat-lambatkan urusan keampunan dosa,,



Jadi, tanya kembali pada hati, bagaimana kita ber'sikap' pada Dosa, dan muhasabah kembali, kita di dalam golongan yang mantap imannya atau sakit iman..

**8bersyukurlah bila kita masih ada rasa berdosa, daripada manusia yg merasa dirinya tidak melakukan dosa***


Tuesday, April 10, 2012

10 April 2012


bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat amani... :) apa khabar hati? apa khabar iman? apa khabar jiwa?? moga-moga dalam keadaan baik dan sihat sejahteran :).. hambbooii, kemain panjang intro.. teheee :D

okeylaa, entry pendek untuk ayahku... Anuar bin Kassim, yang kini berada di Tampin, n sembilan..yang sedang cuti mid sem...selamat ulangtahun kelahiran.... :) semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan tubuh dan akal fikiran, di berikan peluang untuk beribadah dan dipermudahkan segala urusan. Allahumma Amenn...

terima kasih sebab ayah dan ibu banyak berkorban membesarkan orang.. orang ni dah lah degil, kepala batu sikit, nakal, malas, suka melawan pulak tu.. hehehe, tapi tu dulu masa orang kecik-kecik kan.. sekarang orang dah besar, orang taknak susahkan ibu dan ayah lagi, orang taknak bebankan ibu dan ayah dengan dosa-dosa orang... orang taknak nanti kat akhirat ibu dan ayah masuk neraka sebab orang... orang nak kita semua bersama dalam syurga Allah..barulah betul bercinta sampai ke syurga, orang taknak, berkasih sayang di dunia, tapi bercakaran saling salah mneyalahi di akhirat...

orang nak ucapkan terima kasih kat ibu ngan ayah sebab jaga orang, bagi orang pakai baju cantik-cantik, bagi orang didikan sampai orang besar panjang (dah boleh menikah daaa..lalala).. terima kasih ibu dan ayah.. walaupun ibu bukan yang melahirkan, dan walaupun nama orang bukan ber'bin' kan ayah, tapi orang sayang sangat ibu dan ayah...

ya Allah, terima kasih kerana menganugerahkan aku ibu dan ayah. tanpa mereka, aku bukan seperti aku sekarang, ya Allah, izinkan aku untuk membalas budi baik mereka,.. Allahumma Aminn.

psstt : ibu... ayahh.. org nak kahwin boleh x? huhuhuhu :P

kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai menyapihnya adalah 30 puluh bulan, sehingga apabila dia dewasa dan umurnya sampai 4o tahun dia berdoa " YA TUHANKU, TUNJUKILAH AKU UNTUK MENSYUKURI NIMAT ENGKAU YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADAKU DAN KEPADA KEDUA IBU BAPAKU DAN SUPAYA AKU DAPAT BERBUAT AMAL YANG SALEH YANG ENKAU REDHAI, BERILAH KEBAIKAN KEPADAKU DENGAN (MEMBERI KEBAIKAN) KEPADA ANAK CUCUKU. SESUNGGUHNYA AKU BERTAUBAT KEPADAMU DAN SESUNGGUHNYA AKU TERMASUK ORANG-ORANG YANG BERSERAH DIRI- 46:15

Monday, April 9, 2012

teacher, Allah tu kat mana??


bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua.. amani cuti hari ini, badan tak kuat lagi nak pergi kerja, InsyaAllah, jika diberikan kudrat, esok kerja balik... teringat kat anak-anak murid amani...

Aisyah : teacher, kan teacher kata Allah nampak kita, tapi kita tak nampak Allah, Allah tu kat mana sebenarnya??

Teacher amani : pandailah Aisyah ni... Aisyah rasa Allah tu kat mana??

Aisyah : kat langit kot.. (sambil ketawa)..

Teacher amani : huhuhu... jauhnya Allah tu dari Aisyah, Allah tu dekat je dengan Aisyah, kat sini (sambil meletakkan tangan di dada)..Allah tu dalam hati Aisyah, sangat dekat dengan Aisyah. jadi, Aisyah kena buat baik, kalau Aisyah naugthy, Allah cubit Aisyah.. huhuhu.. Allah kat mana Aisyah?

Aisyah : (sambil meletakkan tangan di dada)..kat hati Aisyah...

***************

tahu maksiat itu salah, tapi kenapa dia lengah-lengah dalam taubatnya?- kerana dia rasa Allah itu jauh, lambat hendak di capai..

kenapa manusia jarang berdoa dan menggantungkan harapan kepada Allah?- kerana dia rasa Allah itu jauh. Dia tidak nampak Allah, membuatkan dia rasa kurang yakin dengan-Nya. seakan-akan Allah itu sangat jauh dan mungkin lambat sampai untuk membantunya.

kenapa manusia, tidak mampu hendak mengaitkan seluruh kehidupan dengan Allah?- kerana dia rasa Allah itu jauh, yang entah gembira atau tidak dengan kejayaan kita. yang entah sedih atau tidak dengan kebencanaan yang menimpa kit. yang entah hendak memberi ganjaran atau tidak dengan kebaikan kita.

kerana kita rasa Allah itu jauh, maka apabila kita gundah dan resah, maka kita berlama-lamaan dalam perasaan yang menyempitkan itu. namun, apakah Allah itu jauh?

dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang "aku" maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran 2:186

ramai yang tahu hakikat Allah itu dekat, tapi tidak merasa 'kedekatan' Allah dengan mereka..


muhammad faqih Qiad dah semakin membesar... suka maksu tengok, dah pandai gelak dan ajak berborak.huhu... mga-moga faqih maksu ni, betul-betul faqih dalam agamana dan faqih tentang tuhannya yang satu. Aminn..


kakak cunna ni pulak dan konsisten pakai tudung, dulu kejap on, kejap off....antara dialog cunna dengan maksu " maksu, ummi kan beli kakak tudung macam cinta muka buku"..huhuhu..pengaruh Najwa Letih..


abang irfan pulak, makin matang dan makin berdikari... "maksu-maksu, ummi nak hantar abang belajar pesantren kat indonesia"... bagus-bagus :)..tulisan jawi dia kalah tulisan maksu


anak abang amani ni baru sorang je... Afiq Dinni pulak pandai azan dah.. dalam toilet pun azan. huhuhu..

psttt : actullay rindu kat semua anak buah amani ni.. wuaaa "maksu nak balik kampung"...

Sunday, April 8, 2012

apa kekuatan mereka.??

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Bicara Amani, harap sihat-sihat selalu. Amani dah seminggu demam, suara pun tak keluar ni,.. penat kerja kot, sebab makin banyak..Alahaiii, mengeluh je lagi, apalah sangat kerja amani tu banding dengan mujahid-mujahid masa zaman dulu...terfikir amani, apa kekuatan mereka dalam mempertahankan akidah, iman dan Islam...

apakah yang ada pada Sumaiyah, apabila dia berani menolak pelawaan Abu Jahal untuk kafir semula, sedang dia tahu, bertapa dia akan disula oleh Abu Jahal yang bukan berhati manusia??

apa kekuatan yanga da pada Mus'ab Bin Umair, apabila dia terus berperang walaupun kedua belah tangannya telah terputus dipotong

apa kekuatan yang ada pada Abdullah bin Rawahah, apabila dia terus terjun ke medan perang mengepalai tentera walaupun dia telah melihat Zaid Bin Haritsah dan Ja'afar bin Abu Talib telah syahid terbunuh, bahkan tenteranya di ambang kekalahan??

apakah kekuatan yang ada pada Khubaib bin Adi, apabila dia membantah kaum musyrikin yang berusaha mencabut cintanya kepada Rasullulah SAW sedang dia tahu dia akan diseksa oleh kaum musyrikin yang menangkapnya ketika itu??

apakah kekuatan yang ada pada Abdurrahman bin Auf, ketika dia menjadi benteng kepada Nabi Muhammad SAW dalam perang Uhud, sedang dia tahu bahawa tubuh badannya bakal menjadi sasaran mereka yang ingin membunuh Rasululluh SAW

apakah kekuatan yang ada pada Bara' bin Malik, apabila dia meminta dilemparkan ke dalam kota musuh untuk membuka pintu kota itu dalam agar kemenangan menjadi milik orang yang beriman, sedang dia mengetahui betapa musuh penuh di dalam kota dan nyawanya akan terancam??

APAKAH KEKUATAN MEREKA??

mereka orang yang meletakkan dunia di tangan, dan akhirat di hati. tidak risau melepaskan dunia, untuk akhirat yang kekal abadi.

sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. balasan mereka di sisi Tuhan ialah syurga Adn (tempat tinggal tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya, Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya- 98:7-8


dengan mengetahui sejarah (history), barulah kamu dapat mengetahui kisah-kisah HIS story..

Saturday, April 7, 2012

yang tiada dimata tapi berharga

21 Jamadilawal 1433H
8.15 am
putrajaya.

coretan dalam catatan

andai takwa boleh dibeli, tentu sudah ku gadaikan duniaku untuk dapatkannya
andaiku tahu hanya takwa yang bernilai,
pasti sudahku sadaikan egoku di pengkalan nafsu,
andai takwa itu datang menawar diri menjadi bekalku,
aku rela andai ia pinta syarat beribu,
andai takwa itu jisim,
sudah pasti kuhiaskan dan jadikan permata sepanjang musim
andai takwa itu lagu,
akan ku alun lirik indah agar keduanya bersatu

namun..
takwa itu hanya ku anggap dongengan,
disaat orang lain merebutnya,
aku masih hanyut dalam angan,
akhirnya bila takwa menutup pintu,
puas ku ketuk, puas ku rayu
tiada sahutan yang sudi menyahutku,
nanti tika insan lain membawa bekalan takwa mereka masing-masing
aku terfikir, bolehkah bekalan dunia yang kubawa ini bersaing???
takwa yang tidak terlihat dimata akan menjadi bekal berguna
dunia yang indah dengan tipu daya,
itulah yang bakalkan aku merana
untuk siapa dunia dikejar??
kalau bukan untuk santapan nafsu
untuk siapa lagi takwa mereka dihampar,
kalau bukan untuk jiwa yang cinta pada Tuhan yang satu

aku bukanlah yang paling bertakwa, bukan juga paling beriman,
masih banyak debu-debu pada pakaianku..
tapi, aku terfikir, sampai bila..
ayuh..berusalah menjadi orang yang bertakwa dan beramal saleh..
moga-moga ada berita baik buat kita disana iaitu syurgaNya

hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya dia akan memberikan kamu furqan, dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan Allah mempunyai kurnia yang besar- 8 : 29

psstt : tu Allah seru orang yang beriman, iaitu orang yg percaya dan yakin, kalau kita bertakwa, Allah didik hati untuk mengenal yg hak dan yg batil, kemudian diampunkan dosa-dosa. janji siapa yang lebih menepati selain janji Allah..... carilah takwa itu..


Friday, April 6, 2012

antara fantasi realiti atau realiti fantasi..

13 Jamadilawal 1433H
8.34 pm
putrajaya

coretan dalam catatan

" aku teliti ayat-ayat Penciptakan dalam kalam 22 dan 23. SubhanaAllah, Maha Suci Allah,..aku cuba memahami ayat-ayat Cintanya, lalu aku cuba meneliti kembali diriku..ku lihat di luar tingkap, Allah Maha Besar, menciptakan bulan yang menerangi kegelapan..terpaku aku sebentar melihat keindahan Rabb yang mengatur alam dengan sistem yang sungguh sistematik..tiada cacat dan celanya...itulah anugerah Allah buat hambanya yang berakal "..

lalu aku terfikir tentang nikmat-nikmat yang Allah kurniakan sebentar tadi untuk aku nikmati bulan yang indah..dengan mata aku melihat, dengan tangan dan kaki aku mampu bergerak..tapi aku terfikir, kuasa apa yang mampu membuat aku melihat dan bergerak.. itulah kuasa Allah..

andai kita sedar bahawa penglihatan kita ini adalah ihsan dari aura Allah SWT yang Maha melihat, nescaya kita tidak akan mampu melihat perkara-perkara mungkar. andai kita sedar bahawa pendengaran kita ini adalah ihsan daripada aura Allah SWT yang Maha Mendengar, nescaya kita tidak akan mampu untuk mendengar perkara-perkara dusta. andai kita sedar, lisan kita ini dari aura Allah SWT yang mengajarkan kalam, nescaya kita tidak akan mampu untuk mengumpul dan mneyebarkan fitnah. Namun malangnya, kita belum kenal cinta Tuhan hingga ke tahap itu. lalu bagaimana aku ingin mengenal cinta Tuhan?? "apa lagi aku tunggu "...

bersegeralah mencari Redha dan Cinta Tuhan. kita ini hanya makhluk yang lemah. andai kita merasa besar dengan kudrat kita, ingatlah ia bukan milik kita. andai kita berbangga memukul orang sana sini dengan tangan, andai kita berbangga dapat berlari kencang dengan kaki, sekarang cuba gerakkan rambut tanpa bantuan tangan dan kaki... pastinya tidak boleh. lemahnya kita hingga menggerakkan sehelai rambut sahaja tidak mampu.. andai betul dengan mata kita melihat, pasti sudah org buta mampu melihat dunia, kerana matanya masih di dahi..

andai kita sedar hakikat ini, baru kita akan mengerti apa itu realiti fantasi dan apa itu fantasi realiti..wallahualam bissawab :)

"dan aku mengeluarakan kamu dari perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"-An-Nahl 16:78
manusia itu sering merasa cukup dengan amalan ibadahnya, sedangkan yang utama dan pertama itu dipandang sepi.. fahamilah Al-Quran, kerana itulah sumber kekuatan dan petunjuk yang paling lurus..


Amani suka gambaq ni, so jangan tanya kenapa, teheee,..

Thursday, April 5, 2012

perangsang hari ini

8.12 am
putrajaya

nikmatnya rasa pagi yang segar sambil menikmati secawan kopi...
nyum..nyum..nyum..
alangkah seronoknya ada biskut cap pingpong macam entry kalampatah

pagi-pagi sudah dapat nikmat bermacam-macam daripada Tuhan..
bersyukurlah dengan kasih sayang Allah.. Alhamdullilah
paling seronok, lihat matahari yang memulakan kerjanya dengan bersinar dengan baik..
nak jadi MATAHARI tu...

sentiasa memancar dengan nikmat cahaya yang diberikan..
cuma kadang-kadang, si awan mendung melitupinya...
namun dia tetap setia dengan tugasnya sebagai hamba Allah..

Wednesday, April 4, 2012

yang selalu senyum belum tentu gembira..


seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian

seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulan hatinya yang retak seribu

seseorang yang sentiasa kuat di hadapanmu
ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya

seseorang yang ketawa menceriakan harimu
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya

seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu
ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya

seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya
ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendiri


ketahuilah sahabat..
boleh jadi seseorang itu adalah aku yang dihadapanmu...
jika engkau tahu...


Sanah Helwah...


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua...

happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to ibu..
happy birthday to you...

selamat hari lahir ibu..
orang sayang ibu sangat-sangat...

pstt : boleh tak org nak jeles ngan gambar ni, sebab bestfreind org ade, kakteh pun ade, tapi org takde... wuaaa (T_T)

pssstt : takpela, walau ibu jauh dimata orang, tapi orang selalu ingat ibu...miss and love u so much...tengok muka ibu, teringat pada Sang Penglahirku.. :)

Tuesday, April 3, 2012

kisah hujan dan aku

coretan dalam catatan

1.36 pm-putrajaya

aku duduk atas katil tepi tingkap..
ada susunan buku-buku dan kitab penenang hati disitu...
ku pandang luar tingkap...
angai lembap menerpa wajahku...
sejuknya..sebab hujan..

hujan = sejuk
syukur Allah kurniakan penyejuk pada tanah yang tengah panas..
aku ingin jadi seperti hujan tu...
menyejukkan bumi yang panas..
menyegarkan apa yang tandus..
memberikan kesegaran pada yang layu...

hujan= dari atas turun ke bawah
aku ingin jadi seperti hujan itu...
yang selalu merendahkan diri..
memandang pada yg bawah..
bukan mendongak ke langit...

kan baik jadi hujan...

Monday, April 2, 2012

kalau dah ada anak nanti..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua.. (=_=)

coretan dalam catatan

2 April 2012
4.30 pm

Anak tu hasil kasih sayang isteri dan suami..
Anugerah dan amanah daripada Yang Maha Memberi..
tapi kini.. si mummy dan daddy
lebih pentingkan kenal 123 dan ABC
dari kenal siapa Allah dan siapa Nabi..

psstt : mesti comelkan kalau kecik-kecik anak amani dah pandai hafaz Al-Quran.
lalalala..berangan kejap :D
ok bai
As-salam


Dinni dah pandai azan .. maksu suka dengar Dinni azan..


Sunday, April 1, 2012

matahari tu mengajar aku sesuatu

Bismillahirrahmanirrahim...

coretan dalam catatan harian

1 April 2012- 7.15 pm
KL - Putrajaya

aku tengok langit. aku nampak langit merah sebab ada matahari.
Matahari tu nak tenggelam. cantik sangat.
Buat aku rindu pada Penciptaku.

aku lihat matahari tu lagi...
besarnya matahari tu...
aku terfikir....
Makhluk Allah Sang Matahari tu ikut jer aturan yang Allah beri padanya.
tak pernah ingkar walau sekali ..
muncul bila pagi, tenggelam bila malam..
agaknya kalau matahari yg besar tu ingkar,
apa jadi pada Aku??

matahari yang besar tu pun patuh,..
tapi manusia yang kerdil ni selalu ingkar...
berganda-ganda aku kecil dari Matahari..
tapi selalu jer aku ingkar..
degilnya aku...
tak macam matahari yang aku tengok tu..


maka Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan???-Ar-Rahman (55)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...