Tuesday, April 10, 2012

10 April 2012


bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat amani... :) apa khabar hati? apa khabar iman? apa khabar jiwa?? moga-moga dalam keadaan baik dan sihat sejahteran :).. hambbooii, kemain panjang intro.. teheee :D

okeylaa, entry pendek untuk ayahku... Anuar bin Kassim, yang kini berada di Tampin, n sembilan..yang sedang cuti mid sem...selamat ulangtahun kelahiran.... :) semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan tubuh dan akal fikiran, di berikan peluang untuk beribadah dan dipermudahkan segala urusan. Allahumma Amenn...

terima kasih sebab ayah dan ibu banyak berkorban membesarkan orang.. orang ni dah lah degil, kepala batu sikit, nakal, malas, suka melawan pulak tu.. hehehe, tapi tu dulu masa orang kecik-kecik kan.. sekarang orang dah besar, orang taknak susahkan ibu dan ayah lagi, orang taknak bebankan ibu dan ayah dengan dosa-dosa orang... orang taknak nanti kat akhirat ibu dan ayah masuk neraka sebab orang... orang nak kita semua bersama dalam syurga Allah..barulah betul bercinta sampai ke syurga, orang taknak, berkasih sayang di dunia, tapi bercakaran saling salah mneyalahi di akhirat...

orang nak ucapkan terima kasih kat ibu ngan ayah sebab jaga orang, bagi orang pakai baju cantik-cantik, bagi orang didikan sampai orang besar panjang (dah boleh menikah daaa..lalala).. terima kasih ibu dan ayah.. walaupun ibu bukan yang melahirkan, dan walaupun nama orang bukan ber'bin' kan ayah, tapi orang sayang sangat ibu dan ayah...

ya Allah, terima kasih kerana menganugerahkan aku ibu dan ayah. tanpa mereka, aku bukan seperti aku sekarang, ya Allah, izinkan aku untuk membalas budi baik mereka,.. Allahumma Aminn.

psstt : ibu... ayahh.. org nak kahwin boleh x? huhuhuhu :P

kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai menyapihnya adalah 30 puluh bulan, sehingga apabila dia dewasa dan umurnya sampai 4o tahun dia berdoa " YA TUHANKU, TUNJUKILAH AKU UNTUK MENSYUKURI NIMAT ENGKAU YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADAKU DAN KEPADA KEDUA IBU BAPAKU DAN SUPAYA AKU DAPAT BERBUAT AMAL YANG SALEH YANG ENKAU REDHAI, BERILAH KEBAIKAN KEPADAKU DENGAN (MEMBERI KEBAIKAN) KEPADA ANAK CUCUKU. SESUNGGUHNYA AKU BERTAUBAT KEPADAMU DAN SESUNGGUHNYA AKU TERMASUK ORANG-ORANG YANG BERSERAH DIRI- 46:15

11 comments:

mamaijat said...

...salam...
selamat hari lahir buat ayahanda..
semuga sentiasa dalam rahmat dan mendapat keberkatanNYA...amn.

azwa amani said...

mamaijat : amiinn Ya Rabb.. terima kasih kak :)

fRaMe+LenSeS said...

Selamat hari lahir ya ayah. Moga pjg umo, mrh rzki n bbhgia dnia akhirat. Moga ayh stiasa sehat, dberkati, dlndgi n stiasa brada bwh pyg rahmat ILAHI.

Jd ank solehah bt ayh ye kamu. Nadh yakin kmu n adk bradik suma akn jd soleh solehah y sllu mdoakn ayh. ;)

azwa amani said...

nadh thans nadh doakan ayah kite.. :) rasa tacing plak komen nadh kali ni.. wuahahhaa :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

selamat hari lahir utk ayah :)

Syira Qahira said...

salam...

semoga masih ada ulang tahun kelahiran untuk ayah anda pada tahun hadapan...doakanlah semoga kita mampu untuk terus mengembirakan hatinya...

Zul Fattah said...

aku kompius di sini.. "org bukan ber'bin' kan ayah" ni bermakna ?

hehe.. apa2pun slamat hari lahir utk ayah Amani.. smoga sihat dan kekal dlm islam.. hingga ke akhir hayat..

Nora_Aniza said...

wow..mudanya ibu..ayah dah nampak tua sikit.hehe..semoga amani dpat terima mereka, jgn ada lg istilah bukan ibu yg melahirkan, dan bukan berbinkan bapa..hmmm..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

assalamualaikum amani.

rindunya kat kamu dik.emailkan nmbr tipon akak nk call.akak busy sgt skrg tak smpt nk berblog.klu ada kelapangan blh jg call adik.

azwa amani said...

sis nora : huhu thanks akak dgn nasihat tu.. bukan tidak boleh menerima, tapi itu ketetapan.... hati sentiasa menyayangi mereka.. :)

azwa amani said...

sis LM : waalaikumsalam akak... amani pun rindu sgt kat akak... nak sgt jumpe syapiq boolattt.. huhuhu. okey2, nanti amani bg nombr telefon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...