Assalamualaikum semua sahabat bicara amani..berat rasanya amani nak menaipkan entry ni. banyak kali amani fikir tentang baik dan buruknya. tapi amani, sesuatu masalah itu tidak akan selesai dengan sendirinya kalau kita takde usaha untuk bertindak... Allah suruh kita berusaha menyelesaikan, dan selepas usaha, serahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa menjadi sesuatu. sesungguhnya tanpa izinNya, tidak akan terjadi apa-apa...
pertamanya sekali, amani mohon maaf pada sahabat-sahabat Bicara Amani, yang kenal amani secara dekat ataupun tidak.. kadang-kadang, kerana silapnya diri kita sendiri sesuatu perkara itu terjadi. oleh sebab itu, amani mohon maaf banyak-banyak pada kalian kalau sepanjang ukhwah terjalin, ada kata-kata yg kurang enak didengar dah amani ucapkan.. sesungguhnya, krn sikap jahil amani lakukan semua itu.. maaf sgat2..
keduanya, andai yang ada amani buat salah dan tidak puas hati, amani sedia untuk bertemu atau berbincang. itu sebaiknya...amani tak nak orang-orang yang berkenaan ini punya rasa hasad atau dengki dalam hati, dan itu punca sesuatu masalah itu terjadi.. sesiapa je boleh email amani azwaamani@gmail.com atau qalbunsalim268@gmail.com
ketiganya, pihak-pihak yang mengatakan sesuatu tanpa pengetahuan yg sahih, sebaiknya, anda selidiki dan tanya pada tuan empunya diri. itu yang sebenarnya,..jangan mendengar daripada mulut orang lain, melainkan awak dgr sendiri dari mulut saya.. sebab apa yang tidak benar ini pastinya akan menjadi fitnah, seterusnya pasti ada pihak-pihak yang terluka hatinya dan berasa sedih...
janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu punya pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawaban -17:36
sesiapa sahaja yang dah menyebarkan fitnah tentang diri amani, amani maafkan kamu, sesiapa yang ada rasa niat nak meneruskan agenda ini, berhentilah daripada memperkatakan semua yang tidak benar ini...anda hanya melakukan perkara yang sia-sia...
kepada pihak-pihak yang terkesan dengan semua ini.. dengan rasa rendah diri amani mohon maaf banyak-banyak.. tak dapat amani nak ucapkan macam mana. mungkin ini silap amani.. amani mohon maaf banyak-banyak.....
Apabila Aku memohon kepada Allah untuk dipinjamkan kekuatan, Allah berikan aku musibah untuk aku kuat
apabila aku memohon kpd Allah untuk dipinjamkan akal yang baik, Allah berikan aku masalah untuk aku bijak berfikir..
ya Allah, Aku terima dugaan ini..kerana aku hanya hamba.. Maafkan silap dan salahku. tunjukkan aku jalan keluarnya. Engkau memberikan aku masalah, dan hanya engkau sahaja tahu penyelesaiannya.. Maafkan aku..
8 comments:
amani, kenapanih.... T_T
cinta sofisafiya : entah lah kak..ada org buat cerita pasal amani.and sampai-sampaikan pada org lain...kawan2 seuniversiti dulu... sdih sgt ase nye.. (T_____T)
erm..ujian itu mnguatkan bukan melemahkan
jiji yu : thanks jiji sebab selalu ingatkan amani untuk kuat dn tabah...
erm..wajar mintak maaf. tapi..aih..mengikut pengalaman, mereka ni kalau kita berlembut pun tak da guna..mungkin "kita" terlalu baik, sampai org tak reti nak hormatkan kita..minta maaf pun takkan terkesan di hatinya.. mudah2an allah bagi petunjuk kpd mereka.
mulut org mmg susah nak tutup..harap bersabar
sis Nora : amani ambil pendekatan yg paling mudah kak.. Nabi dulu pun dgn org yg 'bagi' mcm2 kat dia, dia berlembut,..mungkin ada benarnya amani ni bagi muka sgt.. takpela, setakat ni, amani buat ni dulu, tengok mcm mana respn dorg.. tq kak. amani hargai nasihat akak..
wan : ermm, sgt susah dan suka tambah2 cerita.. moga2 hati ini kuat sabarnya.. Aaminn
Post a Comment