Wednesday, April 4, 2012

yang selalu senyum belum tentu gembira..


seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian

seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulan hatinya yang retak seribu

seseorang yang sentiasa kuat di hadapanmu
ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya

seseorang yang ketawa menceriakan harimu
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya

seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu
ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya

seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya
ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu bersuara tatkala sendiri


ketahuilah sahabat..
boleh jadi seseorang itu adalah aku yang dihadapanmu...
jika engkau tahu...


2 comments:

nanakimie said...

suka kata-kata pada gambar tu :)

azwa amani said...

nana : betul tu na..cubalah jadi org yg selalu mneyenangkan walau dugaan dan msalah dtg menduga.. cukuplah kesedihan dan masalah itu dikongsikan bersama Pencipta yang memberikan masalah itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...