assalamualaikum semua sahabat-sahabat amani yang dikasihi Allah dan Rasul... Alhamdulilah masih diberikan kekuatan fizikal untuk menaip dan syukur juga kepada Allah sebab diberikan nikmat akal dan mental untuk berfikir mencari idea untuk entry hari ini...
petang tadi, amani tiada kelas dan mengambil peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama dengan sahabat-sahabat yang dicintai untuk berkelah di Proton City, kami masak bersama-sama dan dengan menaiki kereta, sampailah kami di sana.. selepas makan kami berjalan-jalan... permandangan ciptaan manusia indah.. namun indah lagi ciptaan Allah... terfikir sejenak, tiada siapa dapat menandingi kekuasaan Allah, terfikir lagi, siapa kita yang selalu takbur dan riak sedangkan kita tidak punya apa-apa didunia...Astaghfirulllah..
dalam keindahan tersebut, kami terpana saat mata terlihat sepasang manusia yang berlainan jantina..aksinya seperti orang sudah berkahwin.. tapi kalau amani dah berkahwin pun, malu nak beraksi macam tu di khalayak ramai... difikiran hanya terlintas, melayu ke??? Islam ke?? budak UPSI ke ??? wallahualam.. amani tidak dapat memastikan.. secara fizikalnya, daripada warna kulit, amani rasa melayu.. entahlaaa.. jika Islam, tidak mungkin saudaraku itu sanggup berpelakuan sebegitu.. atau Islam hanya sekadar nama tanpa penghayatan dan juga amalan.. wallhualam.. semoga ALlah memberikan hidayah...
tetapi amani tidak menyalahkan mereka.. mungkin mereka tidak mengetahui... teringat pesanan daripada Anugerah Allah, dosa orang yang melakukan maksiat kerana tidak tahu itu lebih kecil berbanding dengan orang yang melakukan maksiat tetapi punya ilmu... tidak menggunakan ilmu tersebut, apatah lagi menyebarkan ilmu... Allahurabbi.. besar sebenarnya tanggungjawab yang Nabi berikan kepada kita... kita sebagai umatnya, yang mengasihi Baginda, yang mencintai Baginda, sepatutnya kita meneruskan tugas baginda iaitu menyampaikan dakwah...mudah-mudahan kita semua dapat jalankan tugas tersebut...
disini, amani terbaca di dalam sebuah buku tentang peringkat maksiat.. insyaAllah amani cuba permudahkan bahasanya supaya kita semua mudah memahaminya..
1. peringkat pertama berbuat maksiat, hati akan rasa resah dan gelisah. hati kita akan rasa tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah yang meninginkan kebaikan. terasa wajah dan air muka terconteng arang.. Alhamdullilah
2. peringkat kedua, terasa hati kian jinak dan berkehendakkan maksiat. makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mampu. terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya..
3. peringkat ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. terasa alah bisa tegal biasa. sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. MasyaAllah..
4. peringkat terakhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Nauzubillah...
semoga TAAT mengambil alih tempat MAKSIAT.. pintu taubat masih terbuka luas...
P/S : amani rindukan arwah mak..(T_T)
8 comments:
masakan seorang Islam tidak tahu maksiat itu berdosa? melainkan dia buat buat tak tahu.
delarocha : setiap org ilmunya tidak sama... bersangka baiklah dengan dia, mungkin dia tidak tahu bagaiman untuk menahan nafsu.. doakan saja saudara kita diberika Hidyah dan petunjuk,,
kadang p mana mana pom nampak mcm ni dah..tak tahulah..tunggu dibalas dulu baru nak sedar ke orar orang kita..
ENTRI TERBARU: monolog Lelaki Kacak PART 2, Jom Blogwalking with LULU, TERSEREMPAK NUFFNANG DAPAT 3 BE free
tasik proton tu memang port kapel2 nak buat benda camtu..tapi tak de tindakan dari orang kawasan tu.sedih gile...
:)
dah biasa dah tengok..ada perempuan bertudung pun, siap duduk atas riba pakwe..cium2 lg..kalau tempat tertutup tu ok la jgk..ni terang2...semua org nampak..
apsal tak jerit je kt diorg.. hehe..
jauh dari berdua-duaan
Post a Comment