assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani semua..... diharapnya semua pembaca sentisa bahagia bersama dengan keluarga tersayang dan diberkati oleh Allah.. aminnn ya rabb....
okey,.. baca tak tajuk kat atas tuuu... pasca ramadhan. selalu kita dengar pasca merdeka kan, hari ini amani dengar pengertian pasca ramadhan pula dalam rancangan Al-kulliyah. amani tak sempat nak dengar kuliyah daripada awal, dengar tengah-tengah jer, sebab amani keluar ke pekan untuk beli barang-barang dapur....
syukur Alhamdullilah Allah berikan sedikit kesempatan untuk bersama dalam majlis ilmu. dan 2 perkara penting yang amani dapat dalam rancangan tu... walaupun tak banyak, tapi amani harap dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan blogger yang tak dapat menonton..
1. pertama sekali adalah tentang puasa sunat syawal... syukur Alhamdullilah bagi rakan-rakan yang sudah selesai membuat puasa 6 syawal. ada juga entry2 yang amani baca daripada rakan-rakan blogger tentang gabungan puasa qada' dan juga puasa sunat syawal. melalui rancangan Al-kulliyah tadi, ustaz jemputan itu ada beritahu bahawa tidak ada sokongan yang kuat daripada para ulama' tentang mengabungkan puasa sunat dan puasa qada'..
satu perkara lagi, ialah persoalan tentang, yang mana harus diutamakan iaitu qada' ataupun sunat syawal.. okey, hukum qada' adalah wajib kerana ia adalah hutang yang perlu kita bayar sebelum ajal, manakala sunat syawal adalah sunat.. jadinya, sudah terang-terang yang wajib harus kita dahulu... tetapi jika seseorang itu telah meninggalkan puasa ramadhan 20 hari lebih, contohnya wanita yang nifas.. mana mungkin dia dapat berpuasa sunat syawal kerana bulan syawal hanyalah sebulan... dan ada pula yang mempersoalkan untuk membuat sunat syawal dahulu puasa dan berniat untuk berpuasa qada akan dilunaskan pada bulan akan datang...
tetapi, kita hanya merancang, jika ajal kita sebelum bulan akan datang, kita tidak dapat membayar puasa yang telah kita tinggalkan... kesimpulannya, buatlah yang wajib dulu, seandainya takdir tidak menyebelahi untuk membuat sunat, Allah lebih mengetahuiNya...
okey..itu sahaja yang amani nak sampaikan.. walaupun sedikit, tetapi harapnya dapat dikongsikan bersama. maaf, amani lupa nama ustaz jemputan tadi.. yang pastinya beliau daripada UM.. hehehe.. nak tolong ibu masak untuk berbuka.. selamat berbuka.....as-salam
6 comments:
sy pun dgr Alkuliah tadi...byk info dpt
qaseh : huhuhu..bgus laaa
puasa sunat syawal.. 6 hari j tp ya Allah ada je halangan.. pack sikit taknak puasa.. bulan puasa bole j pulak.. isk2 macy..
tak posa sunat lagi sebab malas..banyak godaan dari setan & manusia..hoho
benda benda sunat ni memang liat skit nak buat
insyaallah dalam masa yang masih ada ni, aku teringin jugak nak puasa 6. hehehe. harap harap berjaya lah. sebab dugaan banyak. hehehe
Post a Comment