bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua.. amani cuti hari ini, badan tak kuat lagi nak pergi kerja, InsyaAllah, jika diberikan kudrat, esok kerja balik... teringat kat anak-anak murid amani...
Aisyah : teacher, kan teacher kata Allah nampak kita, tapi kita tak nampak Allah, Allah tu kat mana sebenarnya??
Teacher amani : pandailah Aisyah ni... Aisyah rasa Allah tu kat mana??
Aisyah : kat langit kot.. (sambil ketawa)..
Teacher amani : huhuhu... jauhnya Allah tu dari Aisyah, Allah tu dekat je dengan Aisyah, kat sini (sambil meletakkan tangan di dada)..Allah tu dalam hati Aisyah, sangat dekat dengan Aisyah. jadi, Aisyah kena buat baik, kalau Aisyah naugthy, Allah cubit Aisyah.. huhuhu.. Allah kat mana Aisyah?
Aisyah : (sambil meletakkan tangan di dada)..kat hati Aisyah...
***************
tahu maksiat itu salah, tapi kenapa dia lengah-lengah dalam taubatnya?- kerana dia rasa Allah itu jauh, lambat hendak di capai..
kenapa manusia jarang berdoa dan menggantungkan harapan kepada Allah?- kerana dia rasa Allah itu jauh. Dia tidak nampak Allah, membuatkan dia rasa kurang yakin dengan-Nya. seakan-akan Allah itu sangat jauh dan mungkin lambat sampai untuk membantunya.
kenapa manusia, tidak mampu hendak mengaitkan seluruh kehidupan dengan Allah?- kerana dia rasa Allah itu jauh, yang entah gembira atau tidak dengan kejayaan kita. yang entah sedih atau tidak dengan kebencanaan yang menimpa kit. yang entah hendak memberi ganjaran atau tidak dengan kebaikan kita.
kerana kita rasa Allah itu jauh, maka apabila kita gundah dan resah, maka kita berlama-lamaan dalam perasaan yang menyempitkan itu. namun, apakah Allah itu jauh?
dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang "aku" maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran 2:186
ramai yang tahu hakikat Allah itu dekat, tapi tidak merasa 'kedekatan' Allah dengan mereka..
muhammad faqih Qiad dah semakin membesar... suka maksu tengok, dah pandai gelak dan ajak berborak.huhu... mga-moga faqih maksu ni, betul-betul faqih dalam agamana dan faqih tentang tuhannya yang satu. Aminn..
kakak cunna ni pulak dan konsisten pakai tudung, dulu kejap on, kejap off....antara dialog cunna dengan maksu " maksu, ummi kan beli kakak tudung macam cinta muka buku"..huhuhu..pengaruh Najwa Letih..
abang irfan pulak, makin matang dan makin berdikari... "maksu-maksu, ummi nak hantar abang belajar pesantren kat indonesia"... bagus-bagus :)..tulisan jawi dia kalah tulisan maksu
anak abang amani ni baru sorang je... Afiq Dinni pulak pandai azan dah.. dalam toilet pun azan. huhuhu..
psttt : actullay rindu kat semua anak buah amani ni.. wuaaa "maksu nak balik kampung"...
19 comments:
soalan yg bagus dan dijawab pula dgn sangat bagus..
kekadang diri sdri pon kesal dgn diri, sb kita hanya berdoa bila berada dlm kesusahan malahan bila dilimpahi kesenangan kita tros terlupa...
bagaimana untuk kita kekal mencintai Allah..hanya dgn doa dan percaya adanya dia di sisi kita, kan..
taubat kena berpanjangan..kata tok guru aku,,
gmbr tu mmg aku shoot..nk tgk lebih2 gi la kat fb..
kak ct : huhuhu, anak murid amani pandai2, cuma bab agama ni kurg penekanan..
betul tu kak, kalau rasa Allah tu dekat, kita takkan rasa susah bila berseorangan..
jiji : bak kata org lah ji kan...nak dapat sesuatu tu lebih mudah daripada nak mengekalkan.. sama juga mcm taubat, kalau hati tak kuat, mudah je nak ke belakang semula.. :)
ji, amani takde pesbuk laaa.. ko letak lah dalam entry... suka amani tengok
hahha..nak suh aku taruk lam entry eh..nnti aku letak la satu satu eh..erm..gambar tu aku shoot dgn dslr..tambah ada filter die..so aku tak kena edit dah..cukup cenggitu je..aku pon br je belajar..
ji : owhh cenggitu rupenye.. org xde dslr, ade camera hp samsung buruk ni je.. kalau ko rajin, ko letak lah lam blog, mane tahu ade org minat minta ko jadi photografer,.. kan bertambah rezeki..
kita ni bila ada musibah, baru nk dekat dgn Allah.. bru sibuk nak cari Allah.. padahal Allah mmg sntiasa dekat dgn kita pun.. kita yg lalai buat tak tahu kt dia.. teruk la kita ni..
beza org yang melakukan dosa dgn org kafir yang melakukan dosa.
mukmin selalu dan cepat2 bertaubat bila berdosa.
aseefah jiddan 'ala kulli hal.
terharu baca cerita aisyah. dgn lagu sedih :')
berape org semua anak buah?kita punya dah 2o lebih dah.. tak menang tangan nak layan..
sz : betul tu sz..teruknya lah kita ni..
nia : kafir itu memang dah dalam keadaan berdosa,.. kita yg beriman kepada Allah ni, yg percaya Allah wujud pun tak rasa Allah tu wujud, sebab senang lenang je buat maksiat..
xde yg salahnya nia ...thanks sudi tinggal komen.. lagu ni sedih ke?? huhuhu
zul fatah : anak buah amani org je, kalau anak sepupu tu, campur2 adalah 10 orang kot.. hehehe :D.. seronok lah ramai, meriah rumah
ade jgk org yg bercakap sebut 'huhuhu'..HAHA
hazwan : owhh, ada je modal pekena org..amani batuk, tu yg taip 'huhuhuhu'..
gelak laaa...
Kadang2 si kecil itu lebih peka akan siapa Penciptanya drpd kita yg dewasa ini. Nice sharing btw. Jazakillah.
heart vacancy : betul tu, lebih mudah mendidik budak kecik yg akalnya tak seberapa, daripada mendidik org dewasa yg akalnya dah panjang.. :)..
salam.. explanation yang mantapp.. :)
bear dah baby..hr tu kecik je dlm kendongan maksunya.
sis LM : a'ah kak...baby qaid cepat betul besarnya,.. baru 3 bulan.. tapi maksu dah tak larat nak kendong..hehee
Post a Comment