Ana dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat ana tidak tercapai.
Ana mampu menyembunyikan perasaan ada yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Ana dapat menghadapi kebencian orang yang ana benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Ana mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun ana ingin mendapat perkara yang ana fikir boleh dapat.
Ana dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya ana tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat ana yang lain.
Ana terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud ana.
Ana dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Ana memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Ana memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang ana tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Ana berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar ana minati.
Ana mengaku dengan jujur tidak tahu bila ana betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Ana menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Ana akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa ana dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Ana dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun ana tidak merasa senang kerananya.
Ana boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak ana sukai.
Ana dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
ana wanita, ana dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
p/s...ini semua impian ana dalam mematangkan diri...Ada yang telah dapat ana capai..dan ada yang belum....yea...ramai yang kata ana keanak-anakkan...ramai yang kata...ana tidak layak berada ditempat ana sekarang....walau apapun...ana x kisah apa org lain nak cakap tentang diri ana.......yang ana tahu..ana kenal siapa diri ana...ana tahu apa yang ana nak dalam hidup...terima kasih kepada mereka yang berkata begitu kepada ana....sesungguhnya kata-kata kalian tidak menjadi kudis pada hati ana...malahnya...kata-kata kalian itu menjadi kekuatan ana dalam mematangkan diri ini.....terima kasih sekali lagi...salam
No comments:
Post a Comment