Sunday, October 31, 2010

kerana ANA seorang WANITA


kerana aku dilahirkan sebagai wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool', hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami. andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan, darjat mu telah jatuh pada pandangan kami jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

7 comments:

Awangku Johan said...

Insyaallah, berusaha tuk mgubah dan mentarbiah diri ini.. AMIN

azwa amani said...

aminnnn..doa buat ak jugak....semoga dapat jadi lelaki yang sejati...ececececeh...:)..ak jgn lupe join sireh pulang ke gagang yerr :)

snow queen said...

amin....:)

Awangku Johan said...

Awin --> Insyaallah, AMIN... hurmm rasanya AK x dpt nk join sireh pulang ke gagang tu.. coz tarikh tu berlanggar dgn mjlis perkahwinan adik AK huhu.. kalau ada adiah AK bg jer kat dorang uppi ek.. nti depa pos (wah yakinnya dpt adiah, bukan femes pun huhu)

azwa amani said...

alahhhhh...x besh nyer ak xde...

Awangku Johan said...

apa leh buat.. adik kandung sndiri ke jinjang pelamin huhuhu.. so x dpt la den nk join majlis tu nnti.. ingat ak sntiasa taw huhu

azwa amani said...

mestilh ingt mantan.....ermmm nk uat mcm mne...rezeki adik ak...nnti ak plk nek pelamin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...