Sunday, October 24, 2010

sape CANTIK..meh BACE nie..

salam buat semua muslimah yang disayangi Allah.....meh ana nak share ngn korang mcam mane nak cantik....bukan dapat petua dari puteri gunung ledang or gunung tampin blakang umah ana kat kampung nun....ini petua....ana yakin..kalu diamalkan, semua muslimah pasti akan cantik....pendeka kate...suami x lari cari yang lain kalau diamalkan secara berterusan.......

hah..hah..jangan salah paham....dalam petua nie xde botox kasi naik pipi skit ke....xde suntik vitamin c kasi tegang kulit-kulit yang dah kedut-kedut......hah...dalam nie pun xde gune jampi-jampi susuk yerrr...insyaAllah....kalau diamalkan bukan suami jer sayang...Allah, nabi dan para malaikat pun sayang.....

nampak mcam kak nana tu dah berkenan dah tu ngn produk ana nie...meh..sebelum tu nak citer sket agi.....nak amalkan produk nie...x payah kuar duit beratus-ratus tuk beli krim malam kerr...pencuci muka ke....xde guna se sen pun duit yerr...hah...cheq habaq mai kat hampa semua...baguih x baguih gne produk nie...nak cantik....

ececececechh...leh jadi saleswoman x..agak2 org nak beli x kalu dengar cara ana cakap....hehehhe..nana jangan marah yerrr..nama nana sedap...tu yang letak tu...hehehhehe...

ok lah...xmau cakap banyak...ambil lah petua cantuk nie...semoga kiter mengamalkannya setiap masa
dan ketika.....okeyyy.. :)


muslimah sejati hanya buat Anugerah Allah....aminnn ya RABB

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya
.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

2 comments:

Notami said...

salam..notami setuju! =)

azwa amani said...

ana pun setuju dnegan natomi tuu.....huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...