Thursday, February 24, 2011

buat bakal suamiku kelak..

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata.. Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah, Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?

Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara Pada Syahadah yang mengiringi Pada Alquran yang membimbing..
Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti Cinta kami pada kekasih Illahi kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..InsyaYAALAH...

p/s : Allah tahu apa yang nyata dan sembunyi meski di dalam hati manusia...Allah kurniakan kita dengan kasih sayang..dan itu juga fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi....oleh sebab itulah Allah telah menyediaakan landasan yang terbaik kepada fitrah kita...iaitu NIKAH....semoga si-dia sentiasa berada di dalam hatiku dan Allah memberikan kesempatan kami hidup bersama ...AMIINNNN...

10 comments:

whitecappuccino said...

Semuga dia yang terbaik buat amani..insyaallah..

Prof Rashidi said...

ehem2....tahniah...

ANISRAHIM said...

Amin..moga berbahagia Azwa..

tiadalah yang terbaik selain y telah ditetapkan untuk kt...Allahuakbar...

Anonymous said...

semoga dia lelaki yang membimbing amani kepada penciptaNYA... dan dia menjadi tiket amani utk ke syurga badi Ilahi... tahniah dik

Liquid said...

Incek liquid likes this =)

azwa amani said...

WC : aminnnn ya Rabb....insyaAllah akak...

azwa amani said...

adik : awatnya ...huhuhuhuhu..

azwa amani said...

PG : amin...tq PG...

azwa amani said...

kak fyda : aminnnn..insyaAllah kak..amani sentiasa berdoa jodoh dengan lelaki yang dapat membimbing...

azwa amani said...

liquid : huhuhuhuhu..amani like this too...huhuhu..kim salan kat ur makcik yerr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...