assalamualaikum semua sahabat-sahabat pembaca Bicara Amani... petang yang mendung, syukur Alhamdullilah Allah melimpahkan bumi kelahiran amani dengan rahmat apabila turunnya hujan. semoga semua dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah...
Ramai yang cakap amani ni sombong masa belum kenal, sebabnya tak banyak cakap. betul ke tak tak tahu laa.....huhu, tapi cuba kenal dulu, mesti tak larat nak dengar amani bercakap, huhuhu.....teringat pula pada sahabat-sahabat di Kolej kediaman. kata housemate, rindu nak dengar coleteh...hah, tu lah, bila depan mata, tak nak layan, dah berjauhan baru nak rindu-rinduan...tapi takpela, ada masa insyaAllah akan bersua lagi.....
amani sebenarnya kagum sangat dengan orang yang bijak berkata-kata.contohnya dalam dunia blog ni amani sangat suka cara nadh menyampaikan sesuatu. dulu amani ingatkan nadh ni perempuan, rupanya lelaki,.,.huhu..dulu memang amani banyak cakap, dengan sesiapa je, tapi sekarang susah sikit nak bercakap, lebih banyak diam dan melihat..cumanya kalau suasana tu sunyi sangat baru amani bergurau-gurau supaya rumah kat kolej tu terasa riuh sikit...hehehe...
kekadang tu terfikir juga, amani ni banyak cakap, tapi adakah apa yang amani cakapkan tu membuat orang sakit hati ataupun suka... insyaAllah, semoga Allah melindungi lidah daripada berkata yang sia-sia..aminnn.....Islam itu syumul iaitu sempurna, kalau kita tak tahu cara berbicara macam mana, mari kita contohi idola kita Nabi Muhammad SAW..moga-moga dapat diamalkan oleh kita semua..aminn Ya rabb...
Hindun Ibnu Abi Halah adalah pakcik saudara kepada Al Hasan Bin Ali r.a. Hindun ni sangat pandai dalam menggambarkan sesuatu. lalu ditanya kepada beliau bagaimana cara Rasullulah berbicara. lalu Hindun pun berkata..
" Rasullullah adalah seorang yang kelihatan sangat prihatin dan sentiasa berfikir. baginda lebih banyak diam dan Baginda berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan dengan menyebut nama Allah. Ucapan Baginda selalunya padat dan terperinci, jelas, tidak lebih tidak kurang, tidak terlalu kuat, tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda juga tidak pernah memuji dan mencela makanan. urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuat Baginda marah. jika kebenaran di langgar, Baginda tidak akan diam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pernah memperjuangkan kepentingan peribadi. ketika menunjukkan sesuatu, Baginda selalu menggunakan seluruh telapak tangan, apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalikkan telapak tangan. ketika berbicara, Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelaskan perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling, ketika tenang, Baginda menundukkan pandangan. tawa Baginda adalah senyuman, dan gigi Baginda seperti butiran salju -(Riwayat Al-Tarmizi)
semoga kita semua dapat mencontohi junjungan besar kita.. Allah mencintai hambaNya yang mencintai kekasihNya..kata orang, berkatalah benar walaupun pahit. :)
17 comments:
Alangkah bestnya kalau dapat contohi sifat baginda.. tapi.. saya banyak aje kekurangannya.. =(
faaein : nak crta banyak kekurangannya memang xkan sudah,..tapi teruslah berusaha,,,
amani pun sama, kekadg tu sampai jemu kenangkan balik dosa-dosa dan kelemahan...tapi fikirkan tentang kekuatan yang kita ada, iaitu doa, insyaAllah akan kembali kuat untuk berubah...Allah kan ada..
nadhhh....ni ada peminat engko ni..wahahaa
lama sudah tidak berbual dgn awien..adik suh kim salam and dah lama dh xnampak awien kt kolej.. huhu btw, thnkx for the shring..sgt bermanfaat..
rindukan baginda..
jiji : huhuhu..bukan minat nadh, minat nadh menulis laaa... :P
jeles lah tu org tak sebut nama dia
ayie : wlcme back ayie...huhuh...rindu jugak kat adik, aritu tak sempat nak sembang, kim salam balik kat adk naa... blajaq rajin2... aritu terserempak dia kat makmal jee
owh..yg kat makmal mase hari tu ea..before awien masuk dewan exam ker??? hehe mmg kiteorng baru nak masuk makmal and kire first klas makmal..hehe
nty, ayie bthu kt adik..
moga2 kita dapat mengikut ajaran Rasulullah SAW dan kurang2 dapat la sedikit sebanyak mencontohi akhlak dia kan Amani. ehhh malu la.. Nadh pn suka gak amani meluahkan kata. hihi. tatau la camna kalau Nadh jumpa amani. gamat gamaknya kan? hihi
ikutan terbaik..
nadh : jumpa??? huhu..jumpa di blog jela ye.. :)
saya pon sama..ramai gak kate sy sombong..mungkin saya x byk ckp kot..hehe
berkatalah benar walaupun pahit
-susah nak apply nie..penerimaan orang cukup berbeza..kawan jadi musuh...
setakat orang kata amani sombong,ok lagi tu..wa ni orang kata samseng,lagi dasyat..tapi wa tak ambik pot maa.hahaha..teringin nak mimpi jumpa nabi walaupun sekejap..
petah berkata2 adalah 1 kelebihan yg tidak dimiliki oleh semua org. gunakan kelebihan itu utk menyeru org sekeliling melakukan kebaikan.
biarlah nampak sombong dimata org krn diaorang tak mengenali siapa amani yg sebenar...
p/s: dlm loghat terengganu, petah berkata2 tu dipanggil mulut bertih jagung
insyaALLAH..hehehhe..su pown kdg2 suka mbebel gak..maaf la ye..hehehee
sue : huhu..su bukan ske membebel, suka nyanyi...huhu
Post a Comment