Saturday, October 15, 2011

ku tinggalkan 1001 kisah..


Assalamualaikum..tidakku tahu bagaimana untuk mengambarkan perasaanku tika ini, hiba, sayu, syahdu, sedih, terharu, gembira, puas hati,.. semuanya tersimpan di dalam lubuk hati dan tidak tahu bagaimana untuk kuluahkan?, kepada siapakah untuk ku kongsikan? dan cerita yang mana harus ku mulakan??...semua perasaan di dalam satu hati, sepertinya sesak untukku bernafas dengan tenang..mungkin inilah perancangan Allah buatku..ya.. dengan lapang dada dan tangan terbuka, aku terima dan Redha..Allah Maha Kuasa

hari ini, detik ini akan kutinggalkan bumi murabbi yang memberikan aku terlalu banyak ilmu, di bumi murabbi ini, aku menimba menjadi seorang pendidik, seorang pemimpin, seorang pengikut, seorang sahabat, seorang pekerja, sebagai teman, dan juga sebagai hambaNya yang mengharapkan cinta suci daripada Dia....malam tadi, ku terkenangkan kembali watak-watakku di dalam pentas dunia dalam babak di bumi murabbi ini, ada watak yang aku berjaya lakukan, dan ada juga yang gagal..huhuhu, hidup tak ubah seperti lakonan, sekejap begitu, sekejap begini...itulah manusia, pelbagai ragam dan karenah, supaya manusia mampu berfikir dengan baik untuk menilai sesuatu perkara dalam kehidupan...mencari seberapa banyak pengalaman hidup dengan pelbagai peranan, dengan hanya satu tujuan iaitu kerana Allah Taala..semoga Allah meredhai..

hari ini, aku tinggalkan bumi murabbi yang sememangnya memberikan aku terlalu banyak kenangan...semesti ada pahit, ada manis,..mudah kata, macam gula-gula kopiko, pahit dan manisnya sebati supaya rasanya enak, begitu juga dengan kehidupanku, setiap cabaran dan nikmat kegembiraan, itu hanya untuk mengajarku erti kehidupan,..belajar bahawa hidup ini tak semuanya indah, dan hidup ini juga tak semuanya menyakitkan..tiba masa kita tersenyum ketawa, tiba masa kita menangis mengalir air mata.. tapi yang terlalu aku pasti, kawan ketawa memang sangat mudah kita jumpa, tapi kawan menangis belum tentu dia ada.....betul kan??..ku sandarkan kesedihanku, kegembiraanku hanya pada Dia..

hari ini, aku tinggalkan bumi murabbi ini..meninggalkan insan-insan yang banyak berbakti kepadaku..kepada staff, pensyarah, makcik dan pakcik cleaner, pakcik dan makcik guard, pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat dan insan tersayang....ya..mudah untuk berbicara selamat tinggal, tapi adakah hati sepenuhnya rela meninggalkan...semoga Allah permudahkan segala urusan..

akhir sekali, aku tinggalkan bumi murabbi ini,...mungkin aku akan datang kembali mencari seberapa banyak ilmu lagi disini, mungkin juga tidak, mungkin aku ke seberang laut, mungkin aku hanya dirumah, mungkin aku makan gaji, mungkin saja aku diam di rumah melayani suami..huhuhu...entahlah, mungkin itu dan mungkin ini, kerana aku masih belum menemui pencarianku ini...mungkin tidak lama lagi. Allah kan suka aku berdoa dan memohon jalan kepadaNya...jadi aku tidak harus putus asa.....

bumi murabbi, andai ini adalah hari terakhirku disini,...aku harap, segala ilmu dunia dan akhirat yang ku peroleh ini membawa aku ke syurga hakiki.....jika bukan rezekiku untuk ke sini kembali, mungkin tempat yang lebih baik menantikan aku untuk menimba ilmu kehidupan dan akhirat...terima kasih bumi murabbi dan seisinya....aku bermohon, setiap langkah, setiap tutur kata, setiap keputusan, setiap gerak geriku dipandu oleh Yang Maha Memiliki dan Mengetahui, kerana hanya Dia yang mengetahui semua perkara yang baik buatku, buat agamamu, buat imanku, buat negaraku, buat keluarga, pada masa sekarang, mahupun akan datang...SELAMAT TINGGAL!!!...sukarnya untuk aku lafaz...tak cukup airmata untuk ku tangiskan..

mungkin juga ini penulisanku yang terakhir di medium blog ini, mungkin juga aku akan terus menulis....jika penulisanku hanya menimbulkan fitnah pada mereka-mereka yang punya hasad dengki, sebaiknya aku mengundurkan diri...beralah bukan bermakna aku kalah..Allah lebih mengetahui segala samada kamu sembunyikan ataupun tidak..


buat insan tersayang, yang kurindu setiap hari,

pemergianku bukan mencari kebencian Allah,
bukan jua ingin mengharapkan madu dunia yang fana
tetapi mahu mengecap erti -REDHA ALLAH TAALA
mahu menadah titisan ILMU yang tiris daripada wasilahNya
agar secebis bahagia, dunia, dan akhirat menguntum mesra
untuk hari dan kelak pastikan jua
mencari MEHNAH kehidupan
seterusnya menghirup HALAWATUL IMAN..
sesungguhnya rindu padamu tidak tertanggung..doaku agar dirimu disisi tuhanmu..

-anakmu yang mencintaimu walau bertemumu hanya secebis cuma-
Al-Fatihah

16 comments:

aniki said...

cam sedih plak baca ayat dalam kotak tu..kuat semangat kawan.jadi amoy yang kuat maa..tak mau selalu sedih2..

azwa amani said...

aniki : huhu, tengah kuat lah ni, tq bagi support selalu...tokk, jaga diri naa, cheq akan selalu pi blog tokk baca entry2 membangun jiwa, kalau ni entry amani yg terakhir, amani mohon maaf yer..munngkin ada medium lain yang boleh amani sebarkan ilmu.... :) keep writing bro

IMANSHAH said...

salam, posting ke

whitecappuccino said...

Amani nak gi mana? dah habis study yer? oh ya..peteh tu maksudnya pentes kaki supaya terjatuh ataupun gelecek.

fRaMe+LenSeS said...

napa ni amani? sapa wat hal ng amani ni
? urmmm... jgn putus usaha. teruskan.. dan teruskan. perkongsian amani tu perkongsian membangun jiwa. kalau amani mengalah, habis kurang satu blogger macam ni.

Amani cuba bayangkan, macam mana hebatnya pejuang2 menegakkan islam tu kena lawan, kita pn sama kena agp apa yang jadi ni sebagai salah satu ujian buat kita, ALLAH dekat ng kita yang bersabar.

bersabarla. Nadh ada menyokong amani.

Unknown said...

nana doakan yg terbaik buat amani...taw amani kuat..moga amani berjaya dunia akhirat...t kte calling2 yer:)jgn lupa nana taw..

azwa amani said...

nadh : tq nadh dengan komen yg positif nadh tu, amani sangat hargainya...

nadh, amani lemah mungkin sebab iman amani masih lemah tak seperti iman para mujahid dulu..huhu..insyaAllah nadh amani kumpulkan kekuatan untuk kembali berdakwah...

amani tak pandai bercakap, amani tak pandai meluahkan, tapi amani punya pendapat dan pandangan, amani harap penulisan ini sahaja medium amani untuk menyebarkan islam..

tq nadh, amani sangat hargainya..kamu sahabat yg baik

.::Nor Sahbillah::. said...

Teruskan usaha. Jangan ambil kisah apa yang orang cakap selagi kita tak buat apa-apa yang salah...u go girl! ^^

ewanthology said...

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berdiri

Cart Kartika said...

awin da blik eh.. xgtaw akak pn.. aitu ckp nk jpe.. huhu

azwa amani said...

kak ika : maaf kak ika, awin sebelum balik aritu memang nak pergi rumah akak, tapi minggu lepas awin demam dan sakit kepala teruk..maaf yer kak, insyaAllah, minggu depan awin dtg khar kejap, awin singgah rumah akak yer.. :)

fRaMe+LenSeS said...

Amani :: nadh akan menyokong perkara yang baik. tak kan la Nadh nak tgk sahabat-sahabat nadh moral down.

sebenarnya kan Amani, islam, peringatan ke arah kebaikan ni dia ibarat macam melalui jalan hutan, yang belum ditebas, yang banyak benar duri-durinya, yang berlubang-lubang penuh dengar onar dan cabaran, berlainan dengan dunia lagha yang hanya memandang kseronokan dunia tu, dia ibarat macam highway, jalan dah brturap, lepas tu ada lampu lagi, tak ada halangan langsung,

begitu juga satu perjuangan, ia tak mudah, tapi ganjaran yang ALLAH janjikan tu besar. sebab tak ramai yang nak ke jalan tu. kita jangan bercakap soal ganjaran, tapi kita cakap bab buat yang terbaik untuk diri sendiri, jika kita rasakan itu betul dan mengikut landas2 yang ALLAH dah tetapkan, teruskan, jangan kita jatuh dek kerana halangan-halangan kecil ni. percayalah yang ALLAH tak eprnah tinggalkan sisi kita.

ALLAH bersama kita, ALLAH perhatikan kita, ALLAH pelihara kita. ALLAH syg kita. ;)

Nadh yakin amani kuat. Nadh tunggu kemunculan semula sahabat Nadh ni tau?

Ce'gu JAERA said...

patah tumbuh hilang berganti.. hari ini kenangan, esok2 jangan rindu2an...

salam cikgu..

Muslimin Ibnu Hassan said...

sebak an baca entry ni.. ana hrp kita dpt brjumpa lg jika ade jdoh.. jaga iman dan jaga diri yee..

azwa amani said...

muslimin ibnu hassan : insyaAllah, ada jodoh tk kemana, awak pun jg diri, jga iman, jg hati..insyaAllah, doakn agar jodoh dipertemukn...bljr rajin2 yer cikgu...

Unknown said...

walaupun ke mana pun kamu pergi, jaga diri baik2. sentiasa berpegang kpd agama.. sentiasa mengingati Tuhan baik dlm senang mahupun susah..

kalau ni entry terakhir kamu, sya ucapkan terima kasih krn sentiasa menaipkan sesuatu yg bermanfaat utk dibaca, sesuatu yg sentiasa menjuruskan sya ke arah kebaikan.

walau ke mana pun kamu pergi, sentiasalah ingati tempat kamu menimba ilmu. walau di mana pun kamu berada, ingatlah ada seseorang disini yg mendoakan kamu berjaya mengapai apa yg diimpikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...