Wednesday, October 19, 2011

syair imam syafie


assalamualaikum sahabat-sahabat Bicara Amani..Alhamdullilah, dapat lagi bersua walau tanpa wajah dan rupa, tapi dengan perkongsian idea ni, kita dapat mengukuhkan ukhwah demi Allah..mudah-mudahan ada redha dan rahmatnya dalam setiap bacaan di Bicara Amani..aminn Ya Rabb..

okeylah, entry hari ini santai jer, tapi semalam amani ada janjikan untuk tulis entry tentang doakan?? insyaAllah, petang-petang sikit yee...pagi ini, amani nak kongsikan satu syair yang sangat bermakna bagi amani..harapnya kawan-kawan amani pun sama juga...hehe..syair daripada imam syafie yang bermaksud

"tinggallah tanah air demi cita-cita yang tinggi,
bermusafirlah, kerana ia memberikan kamu lima kebaikan,
membebaskan kebimbangan, memperolehi kehidupan (harta),
ilmu, adab dan berkawan dengan orang mulia.."

indah kan..maksudnya juga mudah difahami...amani dari kecil sampailah sekarang memang bangga sangat dengan orang yang dapat belajar jauh-jauh kat luar negara tu....setiap kali raya, buka ruangan akhbar mesti tengok salam perantauan..tersimpan juga cita-cita untuk kesana...peluang itu sudah di depan mata, cuma amani je yang tak berani...jadinya, duduklah disini sahaja...tapi cita-cita dan semangat itu masih ada..insyaAllah jika diberikan rezeki oleh Allah, diizinkan oleh semua keluarga, tak mustahilkan...

bagi amani, belajar jauh itu membawa kita dekat kepada Allah...kerana kita akan merasakan bahawa ahli keluarga semuanya jauh, tapi Allah lah yang sentiasa dan paling dekat dengan kita...secara tak langsung, makin lama makin kita akan cuba mendekatkan diri denganNYa..percayalah, sebabnya, kita nak contact family susah, macam amani, nak ucap rindu pada arwah mak disebabkan kejauhan yang tak mampu untuk didekatkan, tapi dengan Allah, kita gunakan doa, dan kita akan rasa dekat dengan dia yang jauh...dalam kejauhan inilah kita ada semangat untuk merentasi segala mehnah dan tribulasi, dan secara tak langsung rapat dengan Allah...

ada juga sebahagian daripada manusia yang merantau jauh, sudahlah jauh daripada keluarga, jauh pula daripada Allah, nauzubillah...jangan kita jadi sebegitu, sesungguhnya orang sedemikian itu sangatlah rugi dan menzalimi dirinya sendiri...dan kita pula, janganlah berada di takuk yang lama,..ibaratnya, air yang diam di dalam bekas, lama-lama akan berkarat, tapi air yang sentiasa mengalir, pastinya jernih bersih...kayu gaharu sama juga nilainya dengan kayu biasa jika masih dihutan...keluarlah untuk menimba, beranikan diri dan teruskanlah menimba ilmu walau jauh diperantauan.. :)


yang berada diperantauan, semoga kalian peroleh kejayaan didunia dan akhirat.. :) yang berada di malaysia pun, semoga berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah..barakah fik... :)

jazakumullahu khairan kasiro... carilah ilmu kenegeri china..carilah ilmu sehingga ke liang lahad, dengan mencari ilmu, kamu akan berjumpa dengan Pencipta dan pemilik ilmu, itu hanya jika menimba dengan akal dan iman.. :)



7 comments:

Unknown said...

hurm..nlaja kat luar negara..bnyk cabarannya

azwa amani said...

jiji yu.. : cabaran tu yg akn mematgkan kita kan... yg ptg bagi amani hati... hati kalau bertaut dgn Allah, insyaAllah selamat dunia akhirat..

kurus said...

semoga semua selamat dik
yg penting hati kita
semua amalan jgn dilupa .. insyaallahhh kita sentiasa mendapat nur dan penenang jiwa bila berjauhan nie :)

fRaMe+LenSeS said...

semua atas diri kan Amani. dekat pn kalau tamo igt ALLAH tak guna jugak kan?

azwa amani said...

nadh : betul jugak tu nadh.. :) yang penting hati....dtglah ujian banyak mana pun, kalau hati tekad untuk mentauhidkan Allah sahaja, pasti takde msalah...

mcm tu juga cinta...walau beribu yg dtang menggoda dan menduga, kalau betul2, tulus mencintai, pasti x tergugat..yg benar-benar tulus jer tahu ape erti cinta...

kenpa tibe2, ckp pasal cinta..huhuhu

aniki said...

dulu dapat offer p syiria ngn mesir tapi reject sebab tak suka dok jauh2..bkn ape,takut nanti nak enjoy je..study lingkup..huhu

azwa amani said...

aniki : kite lebh kurg sama laa, tapi amani negri org putih...rasa diri ni kecil lagi nak smbung situ...

insyaAllah, Allah dh tetapkan yg terbaik untuk kita di Malaysia...dah besar skit boleh la sbar sane ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...