Monday, October 3, 2011

segmen : Qalam Illahi # 2


assalamualaikum semua... sedikit sibuk untuk hari ini dan hari-hari akan datang, tetapi InsyaAllah amani akan cuba untuk menaip sedikit ilmu untuk dimuatkan di dalam blog Bicara Amani. semoga yang membacanya mendapat berkat dan diampunkan segala dosa-dosanya oleh Yang Maha Pengampun. aminnn..

surah Ibrahim ayat 34

" dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah) "

okeyy lah, sekarang ni, time tengah baca entry ni, cuba kita tengok di sekeliling kita, nikmat apa yang Allah dah kurniakan pada kita???.. subhanaAllah, terlalu banyak kan. tetapi berapa banyak pula rasa syukur kita kepada-Nya.??? kalau amani, mungkin terlalu sedikit rasa syukur dan selalu saja mempertikaikan kalau tak dapat apa yang diinginkan...

teringat pula amani pada seorang sahabat, dan daripada dia jugalah amani belajar untuk makan habis sehingga tidak meninggalkan sisa makanan di meja mahupun di dalam pinggan... sewaktu makan roti, sahabat ini makan dengan penuh adab dan sopan, selepas habis, dia akan mengumpulkan habuk-habuk roti yang bertaburan di atas pinggan dan memasukkannya ke dalam mulut.... mungkin bagi orang yang tak tahu ilmu, mungkin dikatakan, teruk perangai....kalau amani pula, makanan yang terjatuh even sebutir nasi di atas meja amani akan masukkan semula ke dalam pinggan....kerana di dalam setiap rezeki itu ada berkat, dan kita tidak tahu dimanakah berkat yang Allah kurniakan kepada kita..

hadis Nabi SAW :

daripada Jabir, beliau mendengar nabi SAW bersabda " apabila sesiapa daripada kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. jangan tinggalkan bahagian untuk syaitan. dan janganlah dibersihkan tangan dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jarinya). sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah..

itu sahaja untuk hari ini.. amani nak study dulu.. doakan amani berjaya dunia dan akhirat yer. esok amani ada exam... jazakumullah khairan kasira...assalamualaikum semua.. :)

9 comments:

jelah said...

jika kamu mensyukuri nikmat Allah maka Allah akan tambah nikmat mu...

ewanthology said...

'manusia sangat zalim dan mengingkari'

harapnya saya mampu sedar dan kembali bersyukur.

KaSiH ILLAHI said...

nice sharing..gud luck exam cik awin..

Kak Amy said...

Nice sharing dear and good luck untuk exam ye dik..

aniki said...

gud luck exam..

Faaein Talip Roy said...

Alhamdulillah.. Nikmat yang diberikan-Nya terlalu banyak..

Good luck amani.. do the best in your exam.. ^^,

Muslimin Ibnu Hassan said...

Walau kita hitung semua lautan di dunia ni untuk dibanding dgn 1 nikmat Allah, maka tidak akan mampu menandinginya.. Allahurabbi...

Solihin Zubir said...

msa tgh baca entry ni, tgh mkn burger..
so, sy jilat habis plastik burger ni smpai licin... heee~~

azwa amani said...

sz : bagus2.. baru berkat.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...