Monday, October 17, 2011

segmen : Qalam Illahi # 4


assalamualaikum kepada semua pembaca Bicara Amani. semoganya semua dalam keadaan baik dan sentiasa dirahmati oleh Allah Azza Wajalla...semoga dengan setiap bacaan huruf-huruf di dalam penulisan amani kali ini, Allah membukakan pintu hati kita untuk terus mencariNya, supaya redha dan berkat Allah itu milik kita. semoga diperkenankan..Aminn Ya Rabb..

Alhamdullilah, syukur dengan nikmat dan petunjuk yang Allah berikan untuk membuat sesuatu keputusan.. sememangnya untuk meninggalkan dunia penulisan di dalam blog ini adalah sangat payah buat diri amani. Bicara Amani ini sangat bermakna buat amani dan insyaAllah buat anugerah Allah, kerana amani bercita-cita untuk jadikan kesemua penulisan amani ini sebagai bacaan anak-anak dan cucu cicit amani kelak..mudah-mudahan Allah mengizinkan...tika saat amani buntu, betulkah pilihan amani berhenti blogging, Allah memberikan amani petunjuk..ya, sememangnya jalan dakwah itu sungguh banyak ranjau dan durinya.. ada sahaja hati-hati yang dengki dan cemburu dengan perubahan ke arah yang lebih baik.. tapi, amani tidak mahu menjadikan insan itu musuh, sebabnya encik anugerah ada cakap, kadang-kadang musuh itu lah yang memberikan kita banyak ilmu dan mungkin dia juga adalah salah satu tarbiah daripada Allah untuk mendidik amani menjadi lebih matang dan tabah... so, terima kasih sahabatku, semoga kamu diredhai Allah, sentiasa dikurniakan petunjuk hidayah dalam setiap langkahmu..aminn..

firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan ayat 2

"...Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan mahkluk-makhluk itu, dengan ketentuan takdir yang sempurna."

Allah itu adalah sebaik-baik perancangan, dengan kebijaksaanNya yang tiada tandingan, dengan ketelitianNya, pastinya setiap ketentuan itu adalah sempurna dan ada hikmahnya.. ya..sebaiknya amani terima celaan itu sebagai cabaran...sebabnya ada seorang hamba Allah menghubungi amani daripada jauh dan mengatakan sesuatu yang membuatkan amani bangun semula, katanya penuh hikmah dan penuh makna..mungkin kita semua boleh ambil istifadhahnya (pengajaran) agar menerima setiap celaan yang dilemparkan manusia sebagai cabaran untuk terus berdiri kukuh..

sifat seseorang yang lemah apabila disindir dan dicela adalah tanda kelemahan. seseorang yang kuat tidak akan terkesan oleh celaan, cemuhan tidak akan menyedihkan dirinya dan sindiran tidak menghalang langkahnya. sebaliknya dia menerima setiap cemuhan sebagai cabaran untuk membuktikan dirinya...

tugas wazakkir ini adalah tugas nabi..menyebarkan dakwah, memberikan peringatan. nabi juga punya halangan, malahan lebih dasyat, seharusnya amani sebagai kaumnya yang memikul amanahnya untuk menyebarkan agama Allah juga tidak mustahil ditimpa ujian, tapi harus kuat dan tabah, agar terus dan menerus tanpa henti berkongsi ilmu.. wallahualam bissawab..

jazakumuallahu khairan kasiro buat encik anugerah yang sentiasa memberikan semangat dan galakan untuk kuat, buat kak zila, buat rakan-rakan blogger, nadh, nanakimie, aniki, errmm semua laaa...syukran. semoga Allah membalas jasa baik kalian.. assalamualaikum....


ya Allah.. Ya wahhab...
jadikan aku muslimah yang solehah
tabahkan hatiku bak srikandi Khadijah
haluskan akhlakku seperti idolahku Fatimah AzZahra
menyebarkan ilmu sebijak dan sepintar si merah Aisyah
teguhkan imanku seperti hambaMu Sumaiyah
sucikan hatiku seperti Rabiatul Adawiyah
amin ya Rabbalamin....


7 comments:

fRaMe+LenSeS said...

alhamdulillah, ucapkan terima kasih kepada orang tu sebab kerana dia dan semangat yang diberikan olehnya kepada amani, amani kembali. Syukur ke hadrat ALLAH kerana membuka hati. syukur sgt..

Muslimin Ibnu Hassan said...

teruskan berdakwah walaupun kata2 kita hanyalah kecil dipandangan manusia tetapi ia amat besar bg Allah.. jgn putus asa dalam beribadat dan teruskan apa yg telah bermula. Biar pengakhirannya adalah mati..

Faaein Talip Roy said...

Amani.. tugas dakwah itu memang berat jugalah bagi saya.. tapi saya tahu.. amani seorang yang kuat.. biarkan saja kata-kata itu.. anggap itu sebagai satu cabaran.. teruskan usaha amani.. saya sentiasa menyokongnya.. chaiyok2!! Amani.. [^^,]

*cemburu dengan amani..

azwa amani said...

faaein : Allahu rabbi..kenapa faaein cemburu dgn amani..amani ada buat silap ke.. mohn maaf banyak2... faaein, seharusnya amani lah yg cemburu sebabnya faaein pndai ambil gambar, pndai edit gambar...amani x reti langsung..nak pegang kamera pun takut..huhu

Cik Tetra said...

semoga terus berusaha ye amani..saya doakan semoga amani berjaya.. :)

aniki said...

hahaha..amani ni memang jenis cepat down ek??chill girl..kalau ada orang dok tocer2 amani,buat bodo je ngan orang tu..amani kan cikgu,mesti kena pandai control emosi..setakat orang2 yang nak jatuhkan semangat kita tu,amani kenyit mata je..orang yang bijak bukan setakat bijak ilmu tapi bijak emosi..my dedi selalu cakap camni..jangan lari2 lagi.tak rock ar lari2..haha

azwa amani said...

aniki : huhuhu.. betul aniki, dari dulu amani ni memang cepat sikit down bila org buat mcm tu.. lagi2 kalau org tu amani kenal dan amani pandg tggi pada dia.. huhu...okey,kalau mummy kte ade lagi pun mesti dia suka anak dia kuat kan.. thanks aniki, awk shbt yg baik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...