assalamualaikum semua sahabat Bicara Amani...semoga petang ini membawa barakah daripadaNya.. aminn..seperti yang amani janjikan, amani nak share tentang 3 cara Allah memakbulkan doakan..insyaAllah, amani akan cuba sampaikan..yang mana kurang boleh tambah, yang mana salah sila perbetulkan..kekadang tu pandangan kita berbeza, jadi takde salahnya kalau nak berikan pandangan okey.. :)..
okey lah, sebelum tu, mari kita sama-sama mendalami ayat-ayat cinta daripada Yang Maha Mencintai..
surah Al-Mukmin ayat 60" Dan Tuhan kamu berfirman : " berdoalah kamu kepada Ku, nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan kamu. sesungguhnya orang -orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina".
SubhanaAllah,..Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih pada hambaNya.. disuruhnya kita sebagai hamba meminta apa sahaja keinginan kita kepadanya...tanpa rasa jemu Dia mendengar, malahan dengan rasa gembira dia membuka pintu untuk kita berdoa.. selalunya kalau kita tengok filem-filem, mana ada hamba yang boleh meminta-minta ni kan kan kan?? ke korang pernah tengok ? setakat ni amani tak pernah tengok lagi.. itulah tanda kasih sayang Allah..
cuba kita buat satu analogi mudah, manusia sendiri, kalau kita meminta, contohnya seorang anak datang kepada ayahnya, minta dibelikan gula-gula, 10 minit lagi datang minta belikan air kotak, 10 minit lagi datang minta duit nak beli jajan..lama-lama ayah dia marah tak?? kalau tak marah pun, mesti ada rasa jemu nak layan kan, sebabnya terlalu banyak permintaan...tapi Allah, Tuhan kita tak... malahan Dia murka pada yang tidak bermohon padaNya...alangkah ruginya manusia yang tidak sedar...
tapi...adalah adabnya kita nak meminta ni..bukan sebarang meminta. kalau kita ni anak yang baik, anak yang selalu membanggakan keluarga, anak yang baik dan selalu tolong orang tua, mesti mudah ayah dan ibu nak beri permintaan kita kan..macam tu jugalah adan kita meminta kepada Allah, malu rasanya untuk meminta sedangkan dosa kita terlalu banyak, solat lubang sana sini, tak tutup aurat lagi, dok mengayam ketupat sana sini,..mesti kita malukan..sebaiknya kita abdikan diri kepada Allah dan mohonlah apa sahaja hanya kepada Dia..kalau dihayati, dalam setiap solat kita diingatkan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan bermohon hanya kepadaNya...dalam surah Al-fatihah ayat ke-5
"engkau sahaja yang kami sembah, dan hanya engkau sahaja kami memohon pertolongan"
samada kita sedar ataupun tak je...jika Allah tak makbulkan permohonan kita itu, ingatlah mungkin Allah nak berikan yang terbaik buat kita, dan mungkin Allah simpan untuk berikan kita 'surprise' diakhirat kelak...sebabnya ada 3 cara Allah makbulkan doa, iaitu 1. dengan serta merta Allah makbulkan, 2. Allah kabulkan pada waktu yang lain dan 3. dihindarkan daripada bahaya.. Allah itu sebaik-baik perancangan, Dia yang Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi sekarang, kejap lagi, sejam akan datang, tahun hadapan, dan seterusnya..jadi, sandarkan segalaNya kepada Allah..InsyaAllah, hati akan tenang.. :)
okey, itu sahaja wazakkir pada petang ini, sama-sama kita ingat mengingati, baru lah best kan..huhu..jazakumullahu khairon kasiro sahabat semua...
"Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan berserah kepadaMU, dengan ketaatan kepadaMU, dan zikir mengingatiMU, serta dengan menurut dan mengesakanMU..jauhkan kami daripada orang-orang yang boleh menjauhkan kami denganMU dan cintaMU..dekatkan kami dengan orang yang mencintaiMU dan agamaMU..aminn Ya rabb..
hanya yang benar-benar tulus mengenal cinta..insyaAllah, hanya doa boleh mengubah takdir...langkah telah kumulakan, semoga Allah memudahkan segala urusan..insyaAllah..
9 comments:
bnda ni la yang salu orang lupa nak baca
sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya.
slm awin..sory tau x komen2..jgn igt org x bc tau blog bicara amani nie... nanti komen2 terlebih ada plak yg marah :) :).... pasnie org akan tinggalkan komen yea...tq tau selalu tgk blog putera chini..
abg khairul : huhuhu..x kisah laa..saje jer, :) keep in touch okey..take care di sana..moga cepat2 dapat keje.. :)
takde sape nak marah ea...lain lah mengurat ke ape kee.. :)
fuh..dasyat qalam ilahi ni..manyak syok woo sama ini entry..toce2 amoy
nice sharing, banyakkan berdoa
aniki : thanks aniki sebab sntiasa sokong amani...semoga dapat sedikit ilmu di sini yerr :)
isnyaAllah amani jga akan cuba membantu aniki.. :)
nadh suka entry ni amani. suka sgt.. terima kasih mengingatkan..
nadh : suka ke??? biasa je nadh, Allah bagi ilmu dan ilham sikit untuk dikongsikan..
yg mana baik ambil laaa...
Post a Comment