Saturday, October 22, 2011

solehah

Assalamualaikum semua pembaca Bicara Amani.... selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat Baginda. pertama sekali amani nak cakap, hari ini negeri sembilan lawan t-team di paroi negeri sembilan. huhu..semoga team Nogori monang bosar malam ni...aminnn ya rabb

okey, bukan tentang bola yang amani nak cerita, tapi nak cerita tentang solehah.... malam tadi amani ada tengok rancangan realiti tv Al-hijrah, tajuknya solehah, lebih kurang macam Ustazah Pilihan di Oasis Astro....satu rancangan tv untuk melahirkan daie muslimah.

tapi amani bukan nak cerita tentang rancangan tv tu, tapi nak cerita tentang muslimah solehah. amani dulu pun pernah juga berada dalam zaman jahiliyah. errmmm, amani tak nak lah ingat zaman tu, yang pastinya semua orang ada rahsia dalam kehidupannya, tapi itu bukanlah perkara yang boleh menjatuhkan semangat kita untuk berubah, tapi kita jadikan sebagai pengajaran dalam hidup dan jadikan sebagai pembakar semangat untuk jadi lebih baik daripada zaman silam kita... bak kata aniki 'zaman gelap'...huhu...amani bukan juga nak kata amani ni baik sangat, masih jauh lagi perjalanan amani untuk jadi muslimah sejati, masih jer lagi lakukan dosa-dosa. tapi ingat kawan-kawan, walau jauh perjalanan nak bertemu Allah, pastikan yang kita telah memulakan langkah, walaupun setapak dan jangan pernah berundur ke belakang kembali...

dalam usaha untuk men'solehah'kan diri bukannya mudah, sukar pun tak sebenarnya.....pokoknya terletak pada hati...kalau hati kata nak, semuanya boleh jadi..tapi dalam usaha memperbaiki diri, perkara yang paling penting adalah ketabahan dan semangat yang kental... sebabnya, amani juga pernah terjatuh bila dikritik dan dihina....time tu, nak keluar rumah pun rasa malu,..tapi kalau ada ketabahan dan semangat yang kental, mesti semua ujian dan dugaan yang datang tu boleh diatasi dengan mudah...

amani percaya, ramai blogger-blogger yang menjinak-jinakkan diri ke arah Islam....ingat, kentalkan semangat, bulatkan tekad untuk berubah mennjadi soleh dan solehah...ingatlah, walau kita berbuat apa sahaja pun di dunia ini, selagi mereka bernama manusia, tentu sahaja mereka akan bercakap...bersangka baik lah dengan mereka walau apa sahaja perlakuan yang mereka tunjukkan pada kita....



ilham penulisan daripada entry ini- bangun errm, komen sikit tentang video 2 remaja yang gaduh sebab sorang lelaki tu. amani baru tengok tadi kat blog kak yatie. bagi amani, kalau ada lelaki macam tu datang dalam hidup amani, amani just let him go..sebabnya, lelaki macam tu tak boleh jadi lelaki yang setia bila kawin, kalau dia boleh setia, mesti tak pandang or nak tackle-tackle perempuan lain... cukup lah Allah bagiku. manusia ni datang dan pergi dari hidup kita. anggap sahaja wataknya sudah tamat dalam hidup kita. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. itu janji Allah.. hidup tak ubah seperti roda, bila dia melukakan, suatu hari dia pasti dilukakan..waaahh, tertouching plak tgok video tuu..huhuhu...

seorang lelaki bertanya :" wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu bodoh". kemudian Baginda menjawab.." sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran di atas perkara yang demikian itu-(riwayat Muslim)

4 comments:

ewanthology said...

ya, sentiasa bersangka baik. beri peluang kepada diri sendiri dan orang lain untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.

RHI said...

salam azwa

akak pun selalu tengok gak rancangan tu..
setiap orang punya masa lalu, betultu, kita tak perlu toleh kebelakang lagi...
dengan azam dan semangat yang baru kita akan teruskan kehidupan yang lebih baik, InsyaAllah

Anonymous said...

salam ziarah wa ukhuwah..;)

walau apapun yang kita lakukan, mesti dengan niat ikhlas dan berusaha sebaik mungkin,insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita..^^

aniki said...

suka banyak2...........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...