assalamualaikum semua
sering jua diri ini terbaca di dalam entry yang dibuat oleh sahabat-sahabat pabila diri dibandingkan dengan orang lain..amani jua tak terlepas darinya....saat terpandangkan mahasiswa Upsi yang baru boleh kelas agkanya, dengan kereta..terlintas di hati kotor ni..."ishhh..seronoknya kalau aku jadi dia, ada kereta"
kalau diri tahu erti syukur..kalau diri tahu makna 'terima kasih tuhanku'..adakah kita akan berkata seperti itu ????....amani belajar sesuatu ketika berkata seperti itu...pertamanya..amani melihat dengan mata kasar...sebab itu amani boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu...namun, jika amani melihat situasi itu dengan mata hati yang dipandu iman dan takwa, tidak mungkin amani akan berkata seperti itu...pandangan mata hati adalah berbeza dengan mata kasar...pandangan berlandaskan iman dapat melihat 'HIKMAH'..tetapi mata kasar tidak... HIkmah punya kereta dan hikmah tidak punya kereta....diri hanya menjentik minda semua untuk sama-sama berfikir sejenak.....
mulai saat ini, amani tekadkan azam di hati...sentiasa positif dan berbuat baik. hentikan keluh kesah, usahkan supaya sentiasa bersyukur serta renungkan kelebihan dan kekurangan diri. apabila sering mengucapkan syukur dan merenung makna kehidupan, kita semakin menyedari bertapa sebenarnya setiap insan adalah berharga dan istimewa di mata TUHAN yang Maha pencipta bagi menjalankan kebaikan kepada sesama manusia..
bila mana mata hati dipenuhi iman, dapatlah kita lihat hikmah dalam musibah
teringat amani tentang apa itu dugaan dan musibah..analoginya mudah...lobak, telur, teh dan air panas...
andaikan air panas adalah musibah dan dugaan...manakala, lobak, telur dan teh sebagai peribadi manusia...
pertama, manusia A iaitu lobak, bersifat keras dan teguh, namun bila lama kelamaan berada dalam air panas iaitu dugaan, ia kana manjadi lembik dan lemah...
kedua, manusia B, iaitu telur, sifatnya yang cair dan mudah pecah, bila diletakkan lama di dalam air panas, ia bertukar menjadi keras, ....
ketiga, manusia C, iaitu teh, sifatnya yang kering, seperti habuk kayu sahaja, tetapi bila diletakkan di dalam air panas,,,teh ini mampu merubah air bertukar warna dari jernih ke hitam...bila ditamah dengan perisa manis, iar ini boleh menjadi penghilang dahaga...
jadinya...pilihan manusia yang mana kita akan pilih bila mendapat dugaan daripada Allah...manusia yang lemah seperti lobak, keras seperti telur rebus, atau teh yg mampu merubah air tersebut...
p/s : sebuah piano bukanlah bernama piano jika belum dimainkan dengan nada yang shadu...belum kukuh iman seseorang hamba bila diri belum ditimpa dugaan.
4 comments:
betol3x.. kalo kita liht dgn mata kasar pasti mahupon semua yg ad didepan mata and jrng bersyukur, tpy realitinya apa yg kita perolehi skrng memang sudah cukup alhamdulilah... bagi ayie mahu jadi seperti telur yg dilrtkkan dlm air panas akan menjadi kita, bwgitu juga manusia, apabila berhdpn musibah perlulah tbah dlm menghadpinya..
kalau telur tu kan ayie...maksudnya...telur tu lembut...macam hati kita...hati yg lembut itu lebih baik kan..macam hati Rasullulah...lembut, mudah tersentuh bila meoihat kesusahn...tapi mahukah kita, hati yg lembut itu menjadi keras dek kerana musibah.??..sebaiknya jadilah teh...dia dapat mengubah musibah itu menjadi lebih baik dan berguna untuk dirinya...
i still remember the moment we both heard about this 3 little things that change people's life...
adik juga ingat moment tuu...tengah sarapan, tengok tanyalah ustaz...
Post a Comment