assalamualaikum semua....
terbaca tentangs atu kisah yang agak menarik untuk dikongsi bersama pembaca BICARA AMANI...jom kita baca...
suatu ketika dahulu, ketika sedang terlantarndan diberitahu tabib bahawa hayatnya sudah suntuk benar, seorang lelak tua memanggil kedua orang anaknya.. dia berpesan kepada kedua anak lelakinya itu supaya menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkan nanti dengan baik,..
" anak-anak ayah...bila ayah sudah tiada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. pertama, jangan sekali-kali menagih hutang kepada orang yang berhutang denagn kamu,..kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai , jangan sekali-kali kamu benarkan dirimu terkena cahaya matahari..amalkan pesanan ini, dan perniagaan kamu akan berjaya.." pesan lelaki tua itu..
tidak berapa lama kemudian, lelaki tua itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
selepas lelaki tua itu meninggal dunia, perniagaan dan kedai-kedai yang ditinggalkan akan diuruskan oleh kedua anak lelakinya. kedua beradik berkenaan mengikut pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. anehnya, selepas setahun, perniagaan anak bongsu jatuh merudum. sebaliknya, perniagaan yang diuruskan abang pula bertambah besar dan maju,..
suatu petang, si ibu berjumpa dengan kedua-dua anak lelaki tadi. dia bertanya kepada anak lelaki bongsu tentang perniagaannya... si adik terus mengeluh dan memberitahu, kini dia hampir bankrap. " apa yang kamu buat?? kamu ikut tak pesanan arwah ayah kamu???" tanya si ibu,,
" ikut mak, saya tidak pernah menagih hutang dari mereka yang berhutang dengan saya, tapi, masalahnya mereka tidak bayar pun hutang-hutang saya. hutang itu sudah terlalu banyak sehingga saya kehabisan modal " jawab si adik. " untuk mengelakkan diri saya daripada terkena cahaya matahari, setiap hari juga saya terpaksa keluarkan duit untuk mengupah beca setiap kali pergi dan balik mak. sekarang, saya sudah tidak ada duit, saya kena tutup perniagaan saya. "
si ibu berpaling pula kearah abang. dia bertanya bagaimana perniagaan yang diuruskan oleh si abang..
jawab si abang " bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan harus dilakukan dengan tunai. tidak boleh hutang. hasilnya modal saya bertambah dan perniagaan berjalan dengan lancar. kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri kita kena cahaya matahari semasa pergi dan balik kerja, maka saya pergi sebelum matahari terbit dan pulang selepas matahari terbenam. ayah memang bijak, perniagaan saya semakin bertambah sebab saya buka awal pagi dan tutup paling lewat"
p/s : jangan pandang sesuatu itu dengan pandangan mata kasar, sebaliknya pandanglag dengan mata hati ....pandangan hikmah yg paling penting....
15 comments:
perkongsian yang bgus amani..pandai si abg itu mengaplikasikan apa yg dipesan oleh ayahnya..
kalao dlm perniagaan lebih bgus urusan dilkukan dengn tunai disamping keluar di awl pgi supye rezeki yg masuk itu murah..
betul2...sebab tu jgn bagun lewt sangat tau ayie..huhuhuhu..elpas subuh jgn galakkan tdur, nnti otak bebal..tapi kdg2 tuan empunya ni pun buat jugakk...aeieiyyhhh..teruk bebenor yeop..hehe
wah
suka la kisah nih
betul2 bermakna
:-)
nice entry
hans : terima kasih singgah hans..lama amani tak ke teratak hans..hehehe..sorie
salam azwa...lama betul dah kan...masing2 dah sibuk..rindu pula dgn lagu amani tu... ;-)...terima kasih kerana jenguk..
pendapat syah : eh, jgn panggil kite azwa lahh....janggal pulak rasa...sebb sorg jer dlam dunia ni yg pnggil nama tuhh...hehehe..panggil amani yerr...tu lah pasal...nanti kak anisah kawin, dtg tak????...hari ahad ni dia kawin
ohh begitu...perspektif manusia memang adakalanya berlainan
delarocha : betul tu...perseptif ada banyak sudut...dan mengikut kebiksanaan kita untuk melihat dari sudut yg mana
pnh baca nie.. hehe.. singgah abg punye plak..
http://saasatul-ibaad.blogspot.com/2011/06/pesan-si-tua-untuk-si-muda.html
menarik...
nmpknya abg dia faham apa maksud tersirat yg ingin disampaikan ayahnya..
tukang tulis : huhuhuhu...insyaAllah nnti adik singgah
solihin zubir : mcm tu lah nasihat org tua....banyak yg tersirat dan dari tersurat,, bergantung pd kebijaksanaan untuk menafsir
sepatutnya balik KL dlm minggu ni..ingat nk singgah..tp dah kt kulim ada benda nk buat..isnin la kot..so x jd pi.bru2 ni pun dia ingatkn lgi..ksian dia.apa pun krim salam je kt dia..smoga sntiasa diberkati..
insyaAllah..nanti amani akan sampaikan pada kak nisah yerrr :)
suka sangat bila baca..terbuka minda...bagus sangat perkongsian yang sebegini..
Post a Comment