Saturday, June 18, 2011

setiap kesukaran ada kemudahan


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ (١) وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ (٢) ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ (٣)وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ (٤) فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ (٧) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب (٨)


1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

2) dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4) dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5) oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6) (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7) kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8) dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Di sini, amani ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama meneliti surah ini. Pertama sekali kita mulakan dengan asbabul nuzul (sebab turun ayat) surah ini. Ibnu Abbas RA telah menceritakan bahawa ayat ini diturunkan ketika orang-orang musyrik mencela orang-orang muslim kerana kemiskinan mereka. Imam Ibnu Jarir telah mengetengahkan sebuah hadis melalui Al-Hasan yang telah menceritakan bahawa ketika ayat ini diturunkan, iaitu firman-Nya:

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(ayat ke-6)

Lalu Nabi SAW bersabda:

"Bergembiralah (hai orang-orang mukmin) kelak datang kemudahan bagi kalian, kerana satu kesulitan sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...