Wednesday, June 29, 2011

KASIHAN KUCING ITU...


assalamualaikum....salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat...

kenapa nak kasihan dengan kucing tuu???..kalau nak tahu, jom kita baca cerita kat bawah ni..

*
*
*

seorang pengurus syarikat telah mengalami kerugiaan yang agak banyak di sebablkan kecuaian seorang pegawai bawahannya, lalu, pengurus tersebut telah meMARAHi pegawai tersebut...

apabila pegawai tersebut balik ke rumah, melihat keadaan rumah yang agak bersepah, barangan permainan berada di merata-rata, lauk yang di hidangkan serba tidak kena, pegawai tersebut melepaskan MARAHnya kepada Si Isteri...

Si Isteri pula, takkan nak memarahi suaminya yang kepenatan pula, lalu, diMARAHnya Si Anak yang sedang bermain...

akibat daripada diMARAH oleh Si ibu, Si Anak ini telah melepaskan MARAHnya kepada Bibik..dikatanya bibik tersebut malas membuat kerja, hanya duduk goyang kaki, makan gaji buta, ..habis sumpah seranah Si Anak berikan kepada Bibiknya yang selama ini, bekerja dengan baik sekali...

Si Bibik yang selama ini taat setia kepada keluarga majikannya berasa sangat MARAH apabila di tuduh sebegitu sekali oleh anak majikannya,..ingin di MARAH semula, takut di buang kerja, tiba-tiba Si Bibik ternampak kucing yang sedang mencari-cari makanan di bakul sampah belakang rumah, dengan rasa geram dan MARAH, si bibik telah menendang kucing tersebut hingga tergolek....kucing itu tidak lagi bangun-bangun...KASIHAN KUCING ITU...


P/S ; MARAH, adalah sifat tabii manusia, iaitu sifat semula jadi yang Allah kurniakan kepada manusia....dapat kita lihat di sini, bahawa, sifat marah itu tidak akan pernah habis dan padam, sebaliknya beralih dari pihak ke pihak yang lain....itulah penangan marah, bila dipendam, menjadi geram dan dendam,...orang yang tidak bersalah menjadi mangsa,,,,



seharusnya, bila sudah dikurniakan akal fikiran oleh Allah, hendaklah kita menggunakan dengan baik untuk mengawal nafsu amarah....belajarlah kawal diri daripada marah.. amani juga mengingatkan diri sendiri... :)

kesian kucing tu kan....kalau amani ada rabbit nanti, amani tak nak marah kat rabbit...hehehehe :)

10 comments:

Solihin Zubir said...

heheh.. bleh plak marah secara berangkai mcm tu..
org lain punya psal, org lain yg kena tempias..

azwa amani said...

solihin : selalunya mcm tu lah kan... :)..kena marah dengan org lain, lepas tu lepaskan pada org lain. :) selalunya perempuan lah yg jadi mangsa.. :(

Unknown said...

tapikan awien depend pada seseorng itulah..ad orng yang ayie jumpa..dia marah kejap jer 5minit lepas selesai semua..kembali normal..herm..tidaklah berangkai2..huhu

Kak Amy said...

comel kucing tue dik tapi sayangnya aku takut dengan kucing..

whitecappuccino said...

tak pasal2 kucing jadi mangsa..:) kesian..

azwa amani said...

ayie : itu lah ayie, manusia ni macm 2 ragam...ada yang macam tu ada yg mcm ni....tapi sebaik2 manusia ialah yang cepat reda amarahnya, :) tapi kebanyakkan manusia lepaskan marah kat org lain..

ewanthology said...

menahan kemarahan sangat manis rasanya.

azwa amani said...

kak amy : huhuhuhu..amani pun takut kucing jugak...

azwa amani said...

wc : tu lah sis..... yang tak bersalah menjadi mangsa kemarahan org lain..

azwa amani said...

delarocha : betul tu... :) menahan kemarahan tu manis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...