Thursday, December 8, 2011

anak-anakku


pertama kali bawa anak-anak kesayangan pergi masjid...
sebelum ni bawa solat kat rumah je..
semuanya seronok sangat...

nureen (5 years old) :teacher-teacher, nureen takut lah nak pergi masjid..
Allah sayang nureen tak??""

damiya (3+ years old ) :teacher, mia tak bising kan dalam masjid...solat takleh cakap-cakap kan"...

ain (3+ years old)"teacher, ain lupalah.. kita nak solat Asar berapa rakaat..."...

teacher : " kita nak pergi solat ni, tak boleh bising-bising nanti ustaz marah, Allah pun marah,.. solat tak boleh gerak lebih 3 kali, tak boleh cakap-cakap... lepas solat, beratur sama-sama.. siapa tak ikut cakap teacher Allah marah and teacher taknak bawa lagi tomorrow... behave your self because Allah love you all... teacher pun sayang juga..."..

semua,, " okey teacher, tak nakal lagi...."..

teacher : very good

subhanAllah... betul kata orang, melihat kanak-kanak hilang masalah... semuanya comel sangat. really loves children..nak mendidik anak dan membentuk budaya islamiyah dalam diri bukan susah, sebab mereka suka meniru, cuma kadang-kadang ibu bapa yang leka dengan kerja hingga anak-anak terabai.. jadikan diri sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kelak...


teringat pula kata ustaz semalam dalam kuliyah, ibu bapa sekarang banyak ajar anak-anak untuk kusyuk dengan main game, tenangkan fikiran dengan main bola kat padang, holiday tepi pantai,..tapi tak ajar anak-anak untuk merasa ketenangan dalam solat.. mungkin kita perlu lakukan perubahan ini.. insyaAllah,..

4 comments:

efa nur said...

bahagianya rasa jika dpt didik anak2 dengan ilmu agama kann :)

azwa amani said...

efa : mestilah, sebabnya sifat mereka yg suka pada benda baru dan suka mencuba.. kan lbih mudah kita didik drpd kecil untuk rajin solat dan ke masjid

nur Muhammad said...

ibu bapa skrg ni bnyk yg tak hntr anak ke skolah agama petang.. konon suruh fokus utk upsr/pmr,,..
haishh..pelik jugak org skng ni

CintaZulaikha said...

btol tu, tapi kadang2 kita sendiri tak tau bagaimana nak mengejar anak2 tuh sblom kita sdri perlu membetulkan diri, kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...