Sunday, December 25, 2011

kusyuk

jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang hari sabtu, aku masih syok lagi layan citer hindustan kat TV3, sedangkan solat zohor belum lagi...haissshh, apelah nak jadi dengan aku. "sembahyang kejap je, 10 minit dah la... baik sembahyang cepat-cepat. lambat solat terlepas pula part hero jumpa heroin jap lagi"...itu monolog diriku...lantas aku ke bilik air mensucikan diri dan bersiap untuk solat.. ketika itu aku bercuti sekolah dan duduk di rumah alangku di seremban...usai sahaja solat yang aku kerjakan cepat-cepat, aku letakkan sejadah ditempatnya... TERPAKU... mataku terlihat satu hidayah yang Allah kurniakan kepadaku...tulisan tangan alangku yang ditampalnya dibilik solat...

"sejak kebelakangan ini, solatku sekadar pergerakan semata-mata, tidak membawa apa-apa rasa dalam hidupku, apatah lagi untuk membentuk hatiku bagi mencegah daripada dikawal nafsu... mulai saat ini aku harus perbaiki solatku,..".-saiful anuar mohd azhar

sentap aku seketika, hatiku rasa lain, rasa seperti ada yang tidak kena pada diriku... aku lantas menutup tv yang sementara tadi terpasang, mengambil kembali wudukku dan aku kerjakan semula tanggungjawabku dengan harapan, Allah kurniakan bagaimana 'rasa' solat itu.. aku kerjakan dengan sungguh-sungguh, aku rasakan seperti hanya ada aku dengan Dia.. aku rasa menggigil lututku saat aku menyebut namaNya.."Allahu Akbar"...lemah..... itulah aku rasa buat pertama kalinya solatku sempurna, ketika aku berusia 14 tahun... aku berfikir-fikir lagi, adakah solat yang aku kerjakan 'dengan cepat-cepat' selama ini Allah terima, Allahu Rabb, ruginya aku..ruginya umur yang aku habiskan dengan solat seperti itu sahaja...

*************************************************************************

solat...kalau tidak salah maksudnya 'hubung'..berhubung dengan siapa?? pastinya dengan Khalik kita iaitu Allah SWT. tapi, bagaimana untuk mendapatkan solat yang khusyuk?? sebelum itu, amani tertanya-tanya, khusyuk itu bagaimana?? adakah kusyuk itu kita fokus sampai tak dengar apa yang jadi disekeliling kita?? itu kah kusyuk?? amani pernah bertanya pada ustaz amani, dan jawapannya mudah.. analogi mudah, waktu kamu sedang sibuk baca novel cintun, adik kamu suruh kamu makan, " kak makan kak"..dengan rasa kusyuk kamu baca, agak-agak kamu nak layan tak jemputan adik kamu??..amani jawab " tak"...itulah kusyuk. kusyuk ini adalah rasa yang dimana kamu tak endahkan apa yang jadi disekeliling kamu, kamu dengar tapi kamu biarkan, kamu nampak tapi kamu biarkan...sedikit pun tidak menarik perhatian kamu ke arah itu... kerana apa kamu kusyuk?? sebab kamu sedang merasakan setiap bacaan solat kamu itu di dalam hati...owhh, macam tu rupanya kusyuk.. jadi kita renungkan kembali, adakah solat kita seharian selama ini betul-betul memberikan rasa penghambaan dalam diri?? tak perlu beri jawapan pada yang lain, cukup untuk makluman sendiri..

ustaz cakap, nak dapat kusyuk mudah, sebelum solat, minta pada Allah kurniakan nikmat kusyuk, dan baca dengan rasa rendah diri yang teramat rendah... tidak sukar kalau kita mahu kan... usahalah untuk memperbaiki diri... Allah itu lebih dekat dari sangkaan kita.. kita yang menjauhkan diri daripada Allah sebenarnya... carilah Dia, dan carilah CintaNya.. wallahualam bimuroddih... As-Salam..


amani kongsikan doa yang boleh kita amalkan untuk dapatkan kusyuk dalam solat..

doa menolak gangguan syaitan ketika solat
"ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung kepada Engkau wahai Tuhan daripada kedatangan mereka..aminnn "

dan mohonlah agar Allah kurniakan kusyuk, minta dengan sepenuh hati dan yakin Allah akan kurniakan...okey, sama-sama beramal, tingkatan kualiti solat, dan tak lupa, tingkatkan juga kauntiti perkara yang sunnat..daaaaa... :)

4 comments:

JIJI YU said...

khusyuk dalam solat juga adalah kurniaan tuhan

ieda said...

semoga kita dpt memperbaiki diri menjadi lebih baik dari skrg :)

azwa amani said...

jiji : yupp, sebab tu lah kita kena mohon kurniaan itu sebelum solat :) betul dak ostad :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nice entri amani..tq atas perkongsian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...