Tuesday, December 27, 2011

segmen Qalam Illahi #10- jika tak membenarkan Al-Quran

Assalamualaikum semua.. syukur masih diberikan nikmat iman dalam Islam.... takut juga kalau Allah matikan amani dalam kekufuran, Nauzubillah...jadi sama-samalah kita jaga nikmat iman dan Islam ni...... macam mana nak kekalkan, cukup ke sekadar mengucap syahadah??..amani rasa, kawan amani orang cina tu pun pandai mengucap syahadah...mudah, kita kena yakin, seyakin-yakinnya dengan Allah dan amalkan apa yang diperintah dan tinggal apa yang dilarang.... jangan sampai bila langit dah runtuh ke bawah, bumi dah tergulung macam tikar, time tu ada Allah nak pandang kita lagi???...

mari sama-sama kita ambil pengajaran dari satu surah ini, iaitu surah Al-Furqan.. amani suka surah ini, maksudnya pembeda.. Islam itu berbeza dari yang lain, dan Al-quran itu sendiri namanya Al-Furqan... yang membezakan yang batil dan yang haq.. zaman sekarang ini ramai dah yang tak kenal halal haram, sebabnya dah jauh menyimpang dengan kitabullah... renung-renungkan dan selamat beribadah :)

kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. dan adalah (hari itu), adalah hari yang penuh kesukaran bagi orang-orang kafir# dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim mengigit dua tangannya, seraya berkata "aduhai, kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul" # kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku dulu tidak menjadikan sifulan itu teman akrabku # sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada Al-Quran ketika Al-Quran itu telah datang kepadaku. dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia-
Al-Furqaan 25:26-29

zaman sekarang ini, syaitan dah tak perlu susah-susah nak menghasut manusia untuk lakukan kejahatan, sebabnya manusia tu sendiri dah lebih setan daripada syaitan.. tak percaya?? bukalah akhbar, tengok kawasan sekeliling :) pasti jumpa kalau dinilai dengan mata hati....okey...itu sahaja buat hari ini, sama-sama ambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah.- suwit kan Allah, sayang sangat kat kita, even kita ni slalu je buat jahat.....

5 comments:

fRaMe+LenSeS said...

Manusia lg hebat dr setan bak kata ustaz azhar, setan ALLAH suruh sujud kt ALLAH dia wat, cuma kt adam ja dia xmo, tapi manusia? Tgl solat slumber ja

IMANSHAH said...

kat intenet ni pun bersepah dosa

pengemis Cinta~ said...

Allah sangat sweet..kita yang tak menghargai...;(

fiverul wan said...

sekarang zaman huru hara.. yg haram cuba dihalalkan, yang halal tak berapa diendahkan.. setiap hari bila terjaga dari tidur, byk benda2 yg mendatangkan dosa dpt kita lihat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam amani...

byk benda jahat berlegar2 di dpn mata kita skrg.kerja syaitan dah mudah kot?manusia pun sama2 menghasut sesama sendiri utk buat benda jahat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...