Monday, December 5, 2011

apa khabar saudara ??


Ya Tuhan..
apa khabarnya abang-abangku, kakak-kakakku, adik-adikku disana??
Sesunguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Melindungi mereka Ya Allah...
dengan kebesaranMU,.. hanya Engkau tempat pergantungan sepenuhnya...

Ya Rabbul Izzati...
sesungguhnya saudara-saudaraku disana beruntung..
kerana kemenangan diakhirnya pasti milik mereka..
kemenangan didunia dan akhirat..
kerana Engkau ada membantu mereka...

Ya Rahman..
besarnya Gaza hanyalah sebesar Shah Alam saja...
penduduknya hanya 1.5 juta saja...
tetapi Ya Allah..
mereka dimusuhi oleh kuasa yang sangat besar,
yang mendapat sokongan padu dari Amerika dan British..
tapi ya Allah..
dengan kuasaMu.. dan dengan jihad Fisabillilah mereka..
tiada seorang pun yang mengangkat tangan menyerah diri, dan selama berpuluh tahun juga mereka tetap terus bersemangat melawan musuh..
SubhanaAllah...begitu kuat semangat mereka..
aku sangat kagum dengan mereka Ya Allah...

Ya Allah.. lindungi mereka...
kerana Engkau menjanjikan bahawa musuh tidak akan dapat mengapa-apakan mereka sehingga apa yang mereka perjuankan diperolehi iaitu kemenangan dan rahmat Allah..
Ya Allah.. jadikan aku sekuat mereka..
jadikan aku punya semangat sekental mereka..
sesungguhnya aku berjuang tidak mengangkat senjata...
tapi aku berjuang melawan musuhku yang utama...
ini juga aku ertikan sebagai perjuanganku kepadaMU..

Ya Allah..semoga saudara-saudaraku sentiasa dalam lindunganMu dan redhaMu.. sesungguhnya syahid itu milik mereka.. wallahualam...


subhanaAllah..indahnya diri dalam halaqah...indahnya iman bila berusrah, dekatkan hatiku dan diriku dengan muallim ya Allah, agar bertambah cintaku kepadaMu, yang Maha berILMU..Allahuma Aminnn Ya Rabb..

3 comments:

whitecappuccino said...

Aminnn..alhamdulillah.

CintaZulaikha said...

bila ati dah tertutup, selalunya ada yg akan berasa sedih..

semoga Tuhan akan sentiasa melindungi mereka..aminn

MataHati @ MH said...

selamatkanlah mereka. walau tidak mendapat sokongan dari jiran terdekat tapi mereka tetap berjuang mempertahankan negara dan agama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...