Friday, December 16, 2011

kad pengenalan


duduk sorang diri, mulalah tangan nak mengemas... nak kemas yang berat-berat tak mampu lagi, kemas yang ringan-ringan je.. tangan terus capai purse panjang yang comel, teringat pada seseorang kalau tengok purse tu.. terus tangan keluarkan duit-duit, kad-kad yang banyak, mata tiba-tiba terpandang pada KAD PENGENALAN...warnanya sudah kekuningan dan sangat buruk... terus aku menatap mukaku yang tertempek disitu..

terimbau zaman sekolah rendah dulu... aku lasak, sangat lasak.. semua aktiviti sukan aku nak masuk, tapi menangnya tu takdelah.. aku bukan olahragawati.. tapi aku sangat disayangi oleh guru-guru..boleh dikatakan sampailah sekarang,.. mungkin kerana aku adalah murid yang suka menolong guru... teringat pula aku pada cikgu ramlan, cikgu yusri, cikgu saliza, dan yang paling aku takut, cikgu norliza, sebab dia teacher BI aku... arghhh, tension dengan BI...


"wani, awak nak masuk hoki tak?? cikgu Maidin ajar"... cikgu Maidin ayah kepada kawan aku, Aisyah Maidin,.. " nak cikgu"... bermula daripada itulah aku rajin sangat berlatih hoki di padang... dulu main kat padang tak pakai tudung....dapatlah wakil sekolah pergi pertandingan sana sini......tapi aku tetap utamakan pelajaranku di dalam kelas,.. aku akan pastikan rangking aku hanya nombor satu dan dua dalam kelas...

bulan berganti bulan, aku masih lagi menjadi pelajar yang boleh dikatakan cemerlang akademik dan kokurikulum... "cikgu nak pilih murid yang boleh main bola jaring untuk wakil sekolah dalam pertandingan bulan depan..siapa nak masuk, besok pakai baju sukan dan ada pemilihan"...esoknya aku siap berpakaian track bottom dan t-shirt sukan sekolah yang tertera tulisan SK Dr. Sulaiman, Tampin, kasut pula aku sarungkan kasut pengawasku yang berwarna hitam dan sudah hampir koyak..... rambut ku ikat macam ekor kuda, dalam geng aku lah yang paling ganas sekali, yang semua nampak ayu-ayu je, najihah, aqilah, umi, afiqah, suhaili dan ain...aku ni nak berkawan memilih sikit, yang tak berapa pandai aku tak nak kawan.. hahaha, jahat betul aku dulu

kami pun berkumpul dengan kawan-kawan yang lain dan membuat bulatan, proses pemilihan dimulakan... dan aku adalah orang yang pertama dipilih menjadi pasukan DR. Sulaiman Team A.. dan aku disarungkan jersi C sebagai center.... di padang, walau aku tidak lah setinggi player yang lain, tapi aku agak lincah... cepat menyelinap,.. sekolah kami masuk ke peringkat negeri... bangga betul guru besar dengan team bola jaring kami.. huhu....

sampai satu hari, lepas game perlawanan persahabatan di padang, ayahku yang juga guru disekolah itu, merangkap guru kelasku ' cikgu Anuar' datang... "wani, ayah kau panggil balik".. aku pun cepat-cepat naik tangga lalu ke tempat parking dan masuk kereta wira warna maroon...berpeluh-peluh aku dalam kereta, dan air cond yang terpasang belum dapat menyejukkan ketiak ku yang basah.. hahaha..

" nak pergi mana ayah?"... " pergi buat kad pengenalan".. ALAMAK..aku lupa hari ini adalah hari aku akan menjadi dewasa, macam kaklong, ibu dan ayah,.. sebab dah ada kad pengenalan..ayah cakap, siapa yang dah ada kad pengenalan ialah orang yang dah besar...

sampai di Pejabat Pendaftaran Negara di Tampin Square, aku tengok ramai orang disana..ayah pakaikan aku tudung warna hitam, "perempuan kena pakai tudung, macam kaklong dan ibu".... dan sampai giliran aku, aku pun sudah siap proses membuat kad pengenalan...tak sabar nak jadi dewasa...

sekarang, di tangan aku, aku sedang memegang kad yang telah membuatkan aku dewasa... mukaku, hitam, siapa yang tengok kad pengenalan aku mesti ketawa... hahahahahaha.. aku sendiri ketawakan muka sendiri... entah bila aku nak tukar pun tak tahu, dan yang pasti, gambar kad pengenalan itu memberikan satu episod baru dalam hidup sebagai seorang yang dewasa...



kelak, satu lagi kad yang membuatkan aku telah dewasa iaitu " KAD NIKAH"...~~ belajar menegnali erti kehidupan..

11 comments:

Shuq Faqaţ said...

amboi3.. dah besar dah adik abg ni.. x sempat nk tgk adik membesar... kad pengenalan dah dapat.. lepas ni nk kad nikah plak ye??? gatal!!! hahaha :D

azwa amani said...

abg syukur : hahaha..jeles lah tu :P

aniki said...

haha..wa pun nak gak kad nikah tu tokk...huhu

azwa amani said...

aniki : kalo mung nak ambil kekgi deh... huhu :P

aReTikZ said...

kad nikah pakai gambar ker? <-- orang jujur yang lum ada kad nikah.. ahakz.

azwa amani said...

are tikz : wallahualam.. itu amani tah menahu pulak ada gambor ke tak..hehee.. sebab belum ada kad nikah lagi.huhuhu

JIJI YU said...

umur ko dah brapa

nabByla said...

kad nikah? hehe dah nak kawen ke kak? :)

Cik Zara Hannan said...

kad nikah jadi tumpuan kat situ. haha. lama tak jenguk amani. zara lama tak berblog. hehe.

محمد رازيق said...

wah dah ada kad pengenalan.. pasni kad nikah... hehe.. salam kenal.. free2 jmput singgah blog sy, jmput bc entri CAHAYAMATA :)

azwa amani said...

mohd razik : Amani dah lama ada kad pengenalan laaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...